Penyanyi Awi Rafeal berkata dia mengenali tunangnya, Atikah Suhaimi ketika masih menjadi kekasih kepada pelakon Hanez Suraya sebelum aktres itu berkahwin pada 2015.
Bagaimanapun Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael, 32, memberitahu hubungannya dengan Atikah semakin serius sejak lima bulan lalu.
“Sebenarnya saya kenal Atikah dah tujuh ke lapan tahun lalu. Ketika itu saya masih kekasih kepada Hanez Suraya. Tapi kami hanya kenal dan berhubung sebagai kawan sahaja. Namun lima bulan lalu, saya dan dia semakin rapat. Sejak itu, kami semakin serius dan mengambil keputusan untuk membawa hubungan itu ke peringkat seterusnya,â€
Awi ditemui ketika sidang media Gema Gegar Vaganza Musim Kedua di Hotel Istana pada Rabu. Tambah Awi, sifat penyabar dan tenang serta sentiasa positif yang ada pada pelakon itu membuatkan hatinya terpikat.
“Atikah ini seorang yang sangat penyabar dan tenang orangnya. Dia juga sentiasa positif dan sifat-sifatnya itu membuatkan saya terpikat,†ujarnya.
Kedua-dua mereka berasal dari Singapura.
Dalam pada itu, Awi juga ada mencipta sebuah lagu istimewa berjudul Rahasiaku untuk buah hatinya itu.
Lagu tersebut juga merupakan salah satu lagu di dalam album terbaru Euphoria yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
“Lagu terbaru Rahasiaku itu sangat istimewa buat saya kerana ia dicipta dan ditujukan khas untuk Atikah.
“Malah, ia juga salah satu lagu dalam album terbaru saya yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Dalam album itu mengandungi lapan buah lagu,†katanya.
Awi dan Atikah bertunang pada 17 Mac lalu yang mengejutkan ramai pihak kerana sebelum ini tiada laporan mereka bercinta.
Pasangan tersebut melangsungkan pertunangan di Royal Palm, Clarke Quay Singapura dan akan melangsungkan perkahwinan pada 15 Mac tahun depan. – Mstar Online