Kami ingin menjelaskan dan menasihatkan orang awam untuk tidak berkongsi sebarang maklumat sulit kepada sesiapa sahaja melalui sebarang mesej atau panggilan telefon yang mungkin diterima daripada AirAsia X Berhad.
AirAsia X ingin menekankan bahawa syarikat dan kakitangannya sama sekali tidak mempunyai penglibatan dengan amalan penipuan ini dan tidak pernah melakukan permintaan sedemikian. AirAsia X tidak berkomunikasi dengan para tetamunya melalui mana-mana aplikasi sembang seperti WhatsApp. Semua pengumuman rasmi AirAsia X akan diumumkan di laman rasmi kumpulan airasia melalui media sosial dan media massa.
AirAsia X tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau kumpulan yang menggunakan jenama AirAsia X atau airasia untuk melakukan penipuan atau kecurian identiti.
Jika ada keraguan, sila laporkan penipuan yang disyaki menggunakan jenama AirAsia X dan airasia melalui saluran komunikasi rasmi airasia seperti berikut:
Twitter: www.twitter.com/airasia
Instagram: www.instagram.com/airasia
Facebook: www.facebook.com/airasia
Orang ramai diingatkan bahawa AirAsia X tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan berikutan penipuan ini yang tidak melibatkan kakitangan rasmi syarikat.