Terdapat banyak varian COVID-19 yang dikenal pasti iaitu varian alpha, beta dan delta. Namun tahukah anda, dalam ketiga-tiga varian ini, delta merupakan varian yang paling berbahaya.
Merujuk perkongsian Kementerian Kesihatan (KKM), varian delta merupakan Variant of Concern (VOC) yang paling dominan di seluruh dunia serta paling berbahaya berbanding varian lain.
Bagi varian biasa (yang belum tahap berbahaya sebelum ini), simptom yang dialami pesakit mungkin bermula dengan hilang deria bau dan rasa. Namun bagi varian delta, ianya bertambah lebih banyak.
Simptom-simptom baharu yang perlu diberi perhatian antaranya adalah sakit kepala berpanjangan; keletihan dan kelesuan; hidung berair atau tersumbat; sakit tekak; cirit-birit; muntah dan sakit otot.
Justeru, jika anda mengalami simptom-simptom tersebut, anda disarankan untuk segera melakukan ujian saringan COVID-19 bagi mengenal pasti status kesihatan. Jaga diri, kita jaga kita.