in ,

Awal Muzik Entertainment Lancar Lagu Raya JOM RAYA & RAYA RAYA

Sedar tak sedar raya kian menjelang, pastinya raya tahun 2023 disambut dengan penuh kesyukuran.

Awal Muzik Entertainment kali ini muncul dengan dua lagu raya di awal bulan Ramadhan yang mulia iaitu JOM RAYA dan RAYA RAYA dengan menampilkan 10 bakat besar dan baru dalam industri muzik Malaysia.

Lagu Jom Raya dimeriahkan lagi dengan kemunculan gabungan 5 suara Syameer Azmi, Zulhadi, Ellisda, Andika dan Rizdwan menyanyikan lagu raya terbaharu dan lagu ini sebagai hadiah kepada semua peminat kerana selama dua tahun sebelum ini lagu raya daripada awal muzik menjadi “trending for music” di Youtube dan di semua “digital platform”.

Syameer Azmi berkata “kali ni raya Syameer nak tunjukkan kelainan dalam vokal syameer seiring dengan permintaan peminat”. Syameer azmi yang mempunyai 1.5 Juta pengikut di media sosial amat teruja dengan lagu raya tahun ini kerana digabungkan dengan 4 orang pendatang baru dalam industri.

“Syameer amat teruja bila digandingkan dengan 4 orang bakat baru daripada Awal Muzik kerana Syameer yakin 4 orang yang dipilih pihak pengurusan adalah yang terbaik kerana mereka mempunyai suara yang unik dan berbeza-beza”. Syameer Azmi yang muncul dengan single pertama beliau bertajuk Alah Kantoi menjadi perhatian netizen terutamanya di Tiktok kerana lagu beliau telah trending selama 32 minggu selepas lagu nya dikeluarkan dan meraih 320 Juta tontonan di Tiktok.

Awal Muzik Entertainment Lancar Lagu Raya JOM RAYA & RAYA RAYA

Menurut Zulhadi pulak, beliau merupakan pendatang baru dalam industri yang muncul dengan lagu Bidadariku yang meraih 1 Juta tontonan di youtube selama 4 bulan lagu itu dikeluarkan di youtube dan semua digital platform.

“Terima kasih kepada Awal Muzik dan peminat saya yang dahulu yang sambut saya dari saya bukan siapa-siapa sehingga saya menjadi viral sejauh ini”. Zulhadi pernah menjadi sebutan ramai apabila suaranya disamakan dengan Charly ST12. “Saya tak rasa suara sama dengan penyanyi tersebut tapi apabila pendengar yang menviralkan saya mendengar, saya tetap dengan pendirian saya tetapi akur dengan sebutan netizen” kata Zulhadi.

“Saya yakin lagu Jom Raya akan mendapat sambutan semua lapisan masyarakat”.

– ZULHADI
Awal Muzik Entertainment Lancar Lagu Raya JOM RAYA & RAYA RAYA

Bagi bakat baru yang hadir seperti Ellisda yang viral kerana mempunyai suara seperti watak animasi BoboiBoy yang popular juga merasa agak teruja dan dalam masa yang sama agak gementar dengan kolaborasi ini, “Bagi Ell pulak, Syameer dan Zulhadi merupakan bakat besar dalam industri dan menjadi penanda aras kepada pendatang baru seperti kami kerana pencapaian mereka begitu mengagumkan sekaligus menjadi garis panduan untuk Ell bertapak dalam industri”.

Andika atau lebih dikenali sebagai Andyoso di tiktok merupakan salah seorang pempengaruh yang dikenali dengan pakej yang cukup untuk menjadi seorang artis. “Saya bermula dari bawah atau FROM ZERO TO HERO.

Setelah memasuki label, saya mempersiapkan diri dengan memasuki kelas vokal untuk memantapkan lagi bakat saya yang sedia ada”, Tambahan Andika lagi,

“Sejujurnya saya tidak pernah memasuki apa-apa pertandingan nyanyian tetapi terima kasih kepada Awal Muzik kerana nampak dan yakin dengan bakat yang ada pada diri saya”.

Manakala bagi Rizdwan pulak cabaran yang besar bagi beliau untuk kolaborasi ini adalah beliau merupakan yang paling muda antara 5 artis ini. Rizdwan merupakan salah seorang bakat yang diambil oleh Awal Muzik melalui ujibakat yang dianjurkan menerusi applikasi tiktok.

“Kali pertama saya digandingkan dengan bakat daripada Awal Muzik saya merasa diri saya kerdil sahaja kerana semua mereka sudah bertapak dalam industri ni sebagai pempengaruh dan artis bbnu, dari segi pengalaman memang saya adalah yang paling kurang tapi saya sudah dilatih menyanyi dari kecil lagi dan selalu membuat persembahan nyanyian di majlis kahwin dan sebagainya”.

Seterusnya kelainan yang dibuat untuk lagu RAYA RAYA kerana menampilkan Danial Kifli bersama Youtuber yang menjadi sambutan ramai iaitu MannTv Team.

Dalam tempoh 24jam lagu Raya Raya ini menjadi “trending for music” di Youtube. Ini merupakan sejarah bagi “content creator” kerana berjaya menempah nama dengan penerimaan yang memberangsangkan dari pelbagai lapisan masyarakat.

Awal Muzik Entertainment Lancar Lagu Raya JOM RAYA & RAYA RAYA

Danial Kifli merupakan nama yang tidak asing dalam industri setelah “cover” lagu beliau di youtube mencecah 2 Juta lebih tontonan. Beliau bermula dari membuat “content prank” dan mendapat sambutan ramai kerana bakat nya yang tersendiri. Beliau juga pernah muncul dengan single pertama beliau “Permata Istimewa”.

“Tahun ni adalah lagu raya kedua buat saya dan saya memang nak kan kelainan, tapi kelainan kali ini agak menggembirakan saya kerana saya bermula dari youtube dan saya digabungkan dengan youtuber, so ini merupakan pengalaman baru buat saya sebagai seorang artis”. Tambahan Danial lagi,

“Cabaran buat saya adalah masing-masing ada bakat tersendiri daripada pihak Manntv Team yang mengejutkan saya, rupanya diorang ni bukan saja berbakat dalam lakonan malah berbakat besar dalam nyanyian”.

Bagi pihak Manntv Team pulak yang bersama Danial Kifli dalam lagu Raya Raya, ini merupakan Langkah kanan dan permulaan ke dunia baru bagi mereka. “Sebelum ini orang mengenali kami sebagai content creator di Youtube dan Tiktok, kami kejutkan peminat kami dengan menampilkan kelainan dengan lagu Raya Raya. Sambutan agak memberangsangkan dan mengejutkan kami sendiri sehingga kami di beritahu Official Lirik Video mendapat trending for music di youtube. Pencapaian yang luar biasa bagi kami sebagai youtuber yang berkecimpung buat kali pertama dalam mainstream”, kata Ceknen. Ceknen merupakan salah seorang ahli MannTv Team.

Bagi pasangan merpati dua sejoli yang baru berkahwin Ammor dan Teah tidak menyangka mereka akan pergi sejauh ini dan bagi mereka ini merupakan hadiah perkahwinan mereka buat semua peminat mereka. “Kami dah bagi sehabis baik untuk lagu Raya Raya walaupun sewaktu rakaman Teah mengalami sakit tekak dan demam”. Tambahan Teah pulak, “Walaupun sakit, tapi Teah mampu memberi kelainan dalam lagu Raya Raya ini, siap ada harmoni lagi Teah buat”. “Dengan sokongan suami tercinta dan rakan-rakan, Teah teruskan juga dan hasilnya kita Nampak sendiri, suara langsung tak macam sakit, tak lupa juga terima kasih kepada pengurusan Awal Muzik kerana menyemarakkan lagi raya Teah tahun ni”.

Akhir sekali dari Aieman Hamdan, nama yang tidak asing di media sosial dengan bakat beliau yang mengejutkan ramai pihak. “Aieman pun terkejut dengan sambutan yang diberikan masyarakat menerusi salah satu video teaser di laman tiktok Aieman menyanyi mendapat tontonan 1.2 JUTA dalam tempoh 24 jam”.

Menurut Aieman lagi,”Dari dulu Aieman memang suka menyanyi dan menyanyi ni sebagai hobi, disebabkan banyak sambutan, Inshaallah Aieman akan teruskan dalam bidang nyanyian dan kemungkinan bau bau rezeki untuk single pertama tu inshaallah akan diterbitkan”.

Menurut komposer dan penulis lirik Knight Cydeen dan juga merupakan Pengarah Awal Muzik, beliau memberikan kelainan tahun ini untuk 2 lagu yang diciptakan oleh beliau sendiri. Beliau juga menyatakan,”Saya mengharapkan kelainan kali ini kerana saya yakin dengan bakat-bakat baru yang ada, Saya juga menampilkan mereka yang popular di media sosial untuk membuktikan kepada semua masyarakat ada dikalangan mereka mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian tapi tidak diketengahkan, tetapi mereka yang popular tidak mempunyai bakat diketengahkan sebagai penyanyi”.

“Saya yakin dengan 10 penyanyi saya tampilkan mempunyai bakat besar tersendiri dan mempunyai tone suara yang berbeza, sebelum mereka dipilih untuk lagu ini, mereka saya ujibakat kan dahulu untuk memastikan kualiti dan lagu saya disampaikan dengan sempurna,” kata Knight Cydeen.

Diharap dengan kemunculan 2 lagu raya daripada Awal Muzik diterima semua lapisan masyarakat dan pendengar muzik tanah air. Lagu Jom Raya dan Raya Raya boleh didapati di semua digital platform dan di Youtube Awal Muzik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FARID KAMIL RAMBUT PANJANG

“Kenyataan Diana Yang Dipaparkan Bercanggah Dengan Laporan Polis” 

HONOR Magic5 Pro Tiada Tandingan, Juara Global DXOMARK