in , ,

Awal Ashaari Tak Paksa Scha Alyahya Bertudung Selepas Pulang Umrah

Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari berkata dia tidak memaksa isterinya, Scha Alyahya melakukan perubahan bertudung sepenuhnya selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah pada Februari lalu.

Memetik Kosmo, Awal mengakui isterinya itu kelihatan lebih manis apabila mengenakan hijab namun hanya mendoakan yang terbaik.

“Sebagai suami mestilah saya mahu isteri menuju ke arah kebaikan dan tidak mahu sebarang perubahan dilakukan dengan cara paksaan. Perkara seperti ini perlu datang dari dalam dan apa paling penting kami mahu perbaiki hubungan dengan Allah,” katanya.

Menurut Awal lagi, isterinya perna menolak tawaran sebagai model bertudung tetapi semakin terbuka bagi menerima peluang tersebut selepas pulang dari umrah.

AWAL ASHAARI

“Sebelum ini banyak jenama yang menghampiri Scha untuk menjadi model bertudung tetapi dia belum bersedia. Namun, selepas balik umrah dia jadi lebih terbuka dan menerima kerja begitu.

“Sebagai suami saya hanya menyokong dan berada di belakang apa sahaja keputusan yang dilakukannya,” katanya.

Dalam pada itu, Awal menyifatkan penghijrahan bukan perkara mudah serta menyerahkan kepada Scha untuk membuat keputusan. Tambahnya lagi, dia bukan tidak ingin memaksa isterinya namun dia yakin ianya akan datang dengan sendiri.

“Saya rasa ini merupakan perubahan besar bagi dia dan selalu juga saya usik sama ada dia ke arah penghijrahan. Dia tidak menidakkan dan mengiyakan cuma nampak lebih selesa memakai tudung.

“Jika dia buat keputusan untuk bertudung suatu hari nanti, mengapa tidak. Benda ini keputusan yang besar dan perlu beristiqamah.

“Kalau cakap tak paksa Scha, nanti ­netizen akan cakap, sebagai suami saya boleh berbuat demikian. Namun, kalau paksa dan perbuatan tersebut tidak datang dari hati, tiada guna juga.

“Penghijrahan datang dari dalam dan hijrah satu komitmen yang besar kerana jika sudah melakukannya kita mahu perkara tersebut kekal,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAM BUNKFACE

“Saya Sedar Hanya Orang Biasa & Tiada Pengaruh” – Bekas Isteri Sam Bunkface

Siti Nurhaliza Teruja Nyanyi Lagu OST Filem ANWAR THE UNTOLD STORY