in

Awal Ashaari Selamat Kereta Terlibat Dengan Kemalangan

Kereta yang dinaiki pengacara Awal Ashaari bersama seorang rakan rosak teruk selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) berdekatan Hentian Rawat & Rehat (R&R) Ayer Keroh, Melaka arah Selatan, pagi Ahad.

Menurut wartawan Melodi, Zuan Azmi, kemalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 11.15 pagi ketika mereka dalam perjalanan ke program Jom Heboh bagi mengacarakan rancangan Melodi.

Awal Kemalangan

“Alhamdulillah, Awal dan rakannya yang tidak mengalami cedera parah, namun dia kini sudah dibawa ke Hospital Melaka bagi membuat imbasan x dan rawatan lanjut. Bagaimanapun, kereta tersebut mengalami rosak teruk, ketika ini masih lagi ditempat kejadian.”

Menurut Zuan, Kereta jenis BMW berwarna putih itu merupakan kerata rakannya Izuan Mokhtar.

Dalam pada itu, Zuan berkata, tempat Awal sebagai pengacara Melodi digantikan oleh penerbit Micheal dan Liza Hot Fm.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Marini’s Group Celebrates Malaysian GP

Harga ZALORA Lebih Murah Selepas GST