Ia merupakan malam yang penuh dengan kegembiraan dan keseronokkan apabila KFC meraikan lebih 100 orang peminat mereka pada majlis yang bertemakan “Merdeka”. Antara tetamu yang hadir termasuk 30 orang peserta yang terpilih melalui pertandingan foto KFC Sehati Sejiwa Bersama Schawal. Turut hadir pada malam tersebut ialah Pengurus Besar Kanan, KFC Marketing, Angelina Villanueva, Timbalan Pengurus Besar, KFC Marketing, John Warkey, serta pasangan selebriti popular Scha Alyahya dan Awal Ashaari.
Pertandingan yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 3 September 2015 ini telah menerima jumlah penyertaan yang begitu menggalakkan. Melalui peraduan ini, peserta dikehendaki mengambil gambar secara bersendirian atau berkumpulan berserta pesanan makanan yang dibeli melalui KFC Delivery (hotline: 1300-222-888 atau laman web: www.kfcdelivery.com.my ) mengikut kreativiti mereka. Gambar-gambar tersebut juga perlu membawa pengertian “Sehati Sejiwa” dan bagaimana mereka menghayatinya.
Peserta kemudiannya dikehendaki untuk memuat naik gambar tersebut di akaun Instagram atau Facebook mereka atau laman Facebook KFC Malaysia dengan hashtag #KFCdelivery dan #SehatiSejiwa. Pemenang kemudiannya dipilih berdasarkan kreativiti dan keaslian dalam mempamerkan produk di dalam gambar berserta slogan yang menarik.
“Kami amat teruja dengan sambutan yang diterima terhadap pertandingan ini. Pelanggan-pelanggan KFC sememangnya kreatif, bersahaja dan benar-benar bersemangat patriotik,” kata Angelina Villanueva, Pengurus Besar Kanan, KFC Marketing.
“Sebagai sebuah jenama yang sentiasa meraikan kebersamaan, kami berasa amat bertuah kerana dapat menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat,” tambah beliau.
10 pemenang bertuah telah terpilih daripada 30 peserta yang telah disenarai pendek, berdasarkan gambar yang terbaik. Afanddy Bin Hushni merupakan pemenang utama yang berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,500.00, manakala Khairuddin Bin Muhammad memenangi RM1,300.00 selaku naib johan, dan Zarith Nadiah Binti Zulkefli memenangi RM1,000.00 selaku pemenang tempat ketiga. Tujuh pemenang saguhati pula membawa pulang wang tunai sebanyak RM200.00 setiap seorang.
“Saya berasa gembira, terutama sekali apabila melihat anak-anak saya begitu teruja. Mereka sangat seronok berada di sini,” kata Afanddy Bin Hushni yang memenangi hadiah utama. Afanddy turut berkata dia sememangnya tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai apa juga pertandingan yang dianjurkan oleh KFC dan KFC Delivery pada masa yang akan datang.
“Saya dan isteri memang gemar makan KFC sejak dari zaman kanak-kanak lagi, sehinggalah kini anak-anak kami turut menggemarinya. Perkara ini yang memberi inspirasi kepada saya untuk menyertai peraduan ini,” kata Khairuddin Bin Muhammad yang datang dari Johor Bahru bagi menghadiri majlis itu bersama isteri dan dua orang anaknya.
Sementara itu, pemenang tempat ketiga, Zarith Nadiah Binti Zulkefli begitu terharu dan gembira kerana memenangi pertandingan ini. “Saya tidak sangka akan menang, kerana semua penyertaan lain memang hebat-hebat belaka. Tetapi saya amat bersyukur kerana rezeki saya untuk menang pada malam ini,” katanya.
Ia semestinya malam untuk diingati bukan sahaja untuk para pemenang tetapi juga kepada semua tetamu yang hadir. Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan telah diadakan termasuk lucky draw, face painting, pelbagai permainan yang menghiburkan, sesi beramah mesra dengan selebriti jemputan, photo booth dan semestinya, hidangan ayam goreng lazat dari KFC! Dengan pelbagai hadiah, beg cenderahati serta cabutan bertuah yang diberikan, semua yang hadir gembira dan tiada yang pulang dengan tangan kosong.