Pengacara Awal Ashaari meluahkan rasa syukur apabila dia dan isteri, Scha Al-Yahya serta dua anak perempuan mereka iaitu Lara Alana, 7, dan Lila Amina, setahun, dilantik menjadi duta lampin bayi jenama antarabangsa, Molfix.
“Satu pengalaman yang baru bila dapat berkunjung ke negara asal Molfix dan dapat belajar bagaimana lampin dihasilkan. Banyak kajian sudah dibuat terhadap gaya hidup bayi Asia untuk mencipta sesuatu yang sesuai buat bayi Malaysia kita.
“Molfix adalah jenama antarabangsa yang pakar dalam lampin bayi dan tisu telah menjadi peneraju pasaran di Turki dan kebenyakan negara di serata dunia sejak lebih 20 tahun lalu,” katanya menerusi satu perkongsian di laman Instagram.
“Hari ini, mereka adalah antara pengeluar lampin terbesar di dunia, dan kini berada Malaysia. Kami sangat berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga Molfix,”
– Awal Ashaari
Menurut Scha, dia mula mengenali jenama Molfix ketika berjalan-jalan di Turki.
“Sebelum ini saya berpeluang pergi ke Turki semasa mengandung anak pertama saya dan di kedai serbaneka di sana saya mula kenal dengan Molfix.
“Ketika itu baru saya tahu yang Molfix memang cukup popular di Turki namun jenama itu hanya terdapat di beberapa negara sahaja,”
– Scha Alyahya
Jelas Scha, sekian lama menunggu, akhirnya jenama lampin itu masuk juga ke Malaysia dan tambah istimewa, dia dilantik menjadi duta.
“Apa yang saya boleh lihat ialah anak saya sangat gembira dan aktif bila memakai lampin itu kerana ianya tidak menyebabkan sebarang ruam dan kegatalan pada kulitnya.
“Ia membantu anak saya menjalani aktiviti hariannya dengan baik. Perkara-perkara sebegini mampu membuatkan kaum ibu seperti saya berasa amat senang hati dan tenang,”
– Scha Alyahya
“Kami sangat bangga menjadi sebahagian daripada keluarga Molfix.
“Selamat datang ke Malaysia, Molfix,”
– Awal Ashaari
Awal pula berkata, dia sudah melawat kilang pembuatan produk tersebut dan percaya dengan kualiti yang diberikan Molfix.
“Sebenarnya saya tidak pernah sesekali bekerja dengan jenama yang kami tidak percaya.
“Sebab itu kami yakin dengan Molfix yang mampu memberi penyelesaian terbaik untuk anak kami dan bayi yang lain,”
– Awal Ashaari
Dalam pada itu, Awal berkata, dia sekeluarga berasa bangga apabila dengan pelantikan tersebut dan teruja untuk memperkenalkan jenama itu kepada rakyat Malaysia.