in , ,

Diana Amir & Tiaz Al Kherd Jadi Hos AURA HIJAB

Penampilan gaya fesyen yang di potretkan oleh golongan selebriti dilihat menjadi ikutan dan citarasa masyarakat masa kini.

Padanan gaya khusus untuk wanita berhijab turut menyumbang kepada mengekalkan penampilan sebagai Muslimah sejati.

Dihoskan oleh Diana Amir dan Tiaz Al Kherd, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program majalah terbaharu, “Aura Hijab” mulai 9 Ogos ini, setiap Isnin hingga Rabu, pukul 3.00 petang menerusi TV2 yang membicarakan tentang fesyen terkini untuk Muslimah.

“Aura Hijab”, Tutorial, Solekan, dan Fesyen Muslimah Terkini Bersama Hos Diana Amir dan Tiaz Al Kherd di TV2

Menariknya penonton dapat berkongsi tutorial memakai tudung yang mudah dan pantas, semua bentuk muka, longgar dan ‘stailo’, selendang, musim panas, kelihatan muda dan ayu, santai, bagi yang berkaca mata, hijab harian, dan menggayakan hijab bercorak penuh.

Turut ditonjolkan solekan trend masa kini seperti solekan ala Arab, ‘baby doll’, wajah bujur, “sweet & glamour”, makan malam, majlis pertunangan, menutup cela, gadis bercermin mata, untuk ke pejabat, warna ‘nude’ dan ala Korea.

Dalam 13 episod, program ini berkongsi tiga segmen iaitu ‘Alisha’ yang mewawancara pereka asal atau pencetus sesuatu rekaan, ‘Azyan’ yang memberi info tentang gaya fesyen yang sesuai dipadankan dengan hijab dan ‘Amanda’ yang menampilkan selebriti tanah air yang berhijab. Mereka menceritakan bagaimana mereka terbuka hati untuk berhijab dan perkembangan terkini selepas berhijab.

Antaranya artis undangan termasuklah Puteri Sarah Liyana, Syera Aiyob, Yatt Hamzah, Linda Rafar, Mardiana Alwi, Raja Farah, Azza Elite, Falisha Crossley, Amanda Misbun, Zulin Aziz dan bekas Atlet Gimnastik Negara, pembaca berita sukan dan pengacara iaitu Nurul Fatiha berkongsi pengalaman semasa mula berhijab, perkembangan terkini dan pandangan mereka tentang wanita berhijab. Kesemuanya dirangkumkan dalam segmen ‘Amanda’.

Ikuti perkongsian info bersama pereka hijab terkenal seperti Norzieha Yusri membincangkan tentang pemilihan kardigan sesuai yang kainnya tidak melekat di badan, Eyqa Sulaiman bercerita tentang tudung Madison, jenis separa segera yang boleh dililit seperti shawl, Nur Liyana Abdul Rahman yang telah membuat rekaan baju kurung komtemporari, El Azman yang memperkenalkan ‘Jubah Couple’, Jasmine Ashraff yang membawa abaya dari Timur Tengah ke sini dan membuat rekaannya sendiri, pereka tudung ‘awning’ iaitu Puan Norkhalida Mazlan yang menerangkan kelebihan tudung awning yang cepat dipakai serta nampak eksklusif.

Turut ditemu bual Puan Syena yang memperkenalkan fesyen ‘Plus Size’, Puan Mas yang memperkenalkan tudung niqab, pereka telekung inovasi iaitu Puan Padzilah Edna, pengasas Telekung Siti Khadijah, Rosnizan Mat Nawi yang memperkenalkan fesyen kain rajut atau ‘knit’, Puan Eja Shahril yang membuat rekaan baju pengantin muslimah dan pereka blaus muslimah iaitu Puan Muniraa Abu Bakar.

Sementara itu menerusi segmen ‘Azyan’, ditunjukkan berbagai-bagai rekaan fesyen seperti skirt maksi yang terdapat di pasaran, jenis seluar “palazzo”, rekaan fesyen yang menggunakan bahan bercorak bunga ros merangkumi tudung, jubah, selendang, kain dan banyak lagi, jenis blaus ataupun ‘tunic’ iaitu rekaan baju yang labuh menghampiri paras lutut. Turut sama dikongsikan jenis-jenis kain ‘lace’, rekaan fesyen kaftan atau baju kelawar, jenis fesyen songket, fesyen pakaian yang menggunakan kain bercorak ‘polka dot’, jenis rekaan eksesori, jenis anak tudung, dan jenis fesyen kardigan.

Tiaz Al Kherd menemubual tetamu program ini
Diana Amir...pengacara
Diana Amir dalam salah satu episod Aura Hijab

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Hantaran Kahwin Tinggi Dalam Telemovie MEK MINYAK

Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang JEUNESSE