Keseronokan berlibur itu akhirnya bertukar tragedi apabila dia difahamkan telah terhentak batu di kepala dan dikenakan lima jahitan.
Atiq memberitahu bahawa tragedi itu berlaku ketika dia hendak terjun ke dalam sungai namun tidak menyedari terdapat batu di dalam sungai yang berlokasi di Hulu Langat itu.
Tragedi itu membuatkan Atiq berasa sangat sakit di kepala dan mula berasa pening dan seperti hampir hendak pitam.
Meskipun begitu, pelakon drama Nur ini bersyukur tindakan pantas rakan-rakan membawanya ke klinik dapat menyelamatkan nyawanya.
Dia dalam pada itu turut memberi pesanan kepada mereka di luar sana agar sentiasa berhati-hati dan tidak berseorangan ketika melakukan aktiviti lasak di luar sana.