Atilia, 49, berkata, hubungannya dengan bekas suami bagaimanapun masih lagi sebagai sahabat memandangkan mereka bekerja dalam industri sama.
“Dah lama sebenarnya, iaitu sejak sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lagi. Tapi, saya dan Adam masih berkawan baik sebab masing-masing bekerja di dalam industri sama,”Â
– Atilia
Kini, Atilia sedang menjalin hubungan cinta dengan pengarah, Shimy Latif yang juga pengarah video muzik single baharunya, Cinta Sampai Mati.
“Ya, ada. Namanya Shimy Latif. Dialah yang mengarahkan video muzik single baharu saya, Cinta Sampai Mati ini. Saya dah kenal dia sejak dua tahun lalu.
– Atilia
“Dia adalah pengarah untuk video muzik, pengarah iklan online, dokumentari dan sebagainya. Dia orang industri, tapi seorang yang introvert.
“Alhamdulillah, dia memahami kerjaya saya dan kami pun masing-masing melihat hala tuju hubungan ini,”
Ditanya sama ada hubungan ini akan menjadi kali ketiga dia mendirikan rumah tangga, Atilia berkata, dia dan Shimy belum merancang apa-apa.
“Mestilah semua orang nak berkahwin. Tapi, buat masa sekarang, kami tak rancang apa-apa lagi sebab saya nak fokus kepada kerjaya muzik saya,”
– Atilia
Atilia ditemui di sisi tayangan pelancaran dan tayangan video muzik Cinta Sampai Mati, ciptaan komposer Indonesia, Choky Naggolan.
Video muzik Cinta Sampai Mati menampilkan sahabat-sahabat Atilia iaitu Serena C, Sazzy Falak, Yasmin Hani, Aisyah Sinclair, Daphne Iking dan Dynas Mokhtar.