Asyraf mendedahkan sepanjang tiga tahun dia belajar dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman (Doc), namun ramai yang menuduhnya belajar untuk menjadi scammer. Ujarnya, apa yang diperkatakan oleh mereka di luar sana mengenai Dr Azizan banyak yang tidak betul.
“Selalu saya dengar orang kata ‘biar betul anak Datuk K berguru dengan scammer?’. Padahal Dr Azizan merupakan guru dan mentor saya dalam dunia perniagaan ini.
“Apa yang orang cakap pasal beliau, banyak yang tak betul jadi saya rasa sebagai salah seorang usahawan yang beliau bimbing dan tranformasi, saya perlu untuk perjelaskan perkara ini.
“Dr Azizan sebenarnya adalah seorang jurulatih bisnes yang dah bantu banyak perusahaan kecil & sederhana (PKS) di Malaysia untuk capai jualan dalam jutaan ringgit,” katanya.
Menerusi perkongsian di Instagram itu juga, Asyraf berkata sejak berguru dengan Dr Azizan, jenama Mutyara Beauty berjaya menambah pendapatan walaupun dalam tempoh sukar.
“Asbab bimbingan dari Dr Azizan yang sentiasa menyediakan kami untuk hadapi apa-apa situasi, kami dapat jadi seperti yang anda lihat hari ini.
“Banyak lagi jenama lain atau pengasas yang sebenarnya asal dari zero yang Dr Azizan sudah bimbing sehingga menjadi terkenal malah ada juga bisnes yang dah lama, tetapi berjaya naik semula.
“Bagi saya bisnes ini memang tak mudah, tapi saya bersyukur beliau sentiasa ada untuk bantu capai apa yang saya nak capai.
“Jujurnya, saya ni adalah seorang anak murid yang tak bagus, tapi Dr Azizan tak pernah putus asa dan buat macam-macam proses untuk pastikan saya menjadi orang lebih baik malah pemimpin yang bagus,” katanya.
“Hasil bimbingan beliau, saya rasa dunia sudah banyak berubah. Hari ini, hubungan saya dengan Allah, mak ayah, isteri, anak-anak dan orang sekeliling adalah jauh lebih baik dari dulu,” tulisnya.