Astro Warna bakal melancarkan dan membawakan sebuah program realiti muzikal komedi terbaharu yang diberi nama, ‘Muzikal Lawak Superstar’ yang akan bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap hari Jumaat bermula pada 28 Jun 2019 ini, jam 9.00 malam.
‘Muzikal Lawak Superstar’ yang menampilkan konsep hiburan yang lebih unik dan segar ini bakal menyaksikan gandingan 14 kumpulan yang tediri daripada barisan pelawak bersama pelakon, penyanyi atau personaliti popular, untuk 10 minggu berturut-turut.
Menarik lagi, program lawak ‘Muzikal Lawak Superstar’ ini akan diterajui oleh gabungan hos popular tanah air, Nabil Ahmad dan Nabila Huda, serta barisan Juri Tetap yang terdiri dari nama-nama besar industri, di mana akan diumumkan secara rasmi sewaktu majlis sidang media kelak.
Di antara barisan astis dan selebriti yang akan hadir bagi memeriahkan majlis ini termasuklah Ain Edruce, Elly Mazlin, Bell Ngasri, Tomok, Achey, Abam, Black, Fad Bocey, Zulin Aziz, Issey, Fakhrul UNIC, Ezad Lazim, Azmi Caliph Buskers, Tauke, Khir Rahman, Shiha Zikir, Joey, Vicha, Ali Puteh, Mamak Puteh, Man Raja Lawak, Amir Raja Lawak, Ammar, Daniel Lawak Solo, Tapai Gegar Lawak, Ilham Gegar Lawak, Nadzmi Adhwa, Wan Gegau, Syura, Chiwan Chilok, Achok Chilok, Kamal Chilok, Nonie Akademi Fantasia, Shahrul Akademi Fantasia, Leez Akademi Fantasia, Eyya Gegar Lawak, Pinky Miss Lawak, Atu Zero, Sharif Zero, Caca, Azmir, Nabil Ahmad dan Nabila Huda.
Nantikan info lanjut tentang program ini yang bakal menyusul di blog ini tak lama lagi.