in , , ,

Nikmati Pengalaman Astro Baharu dengan 4K UHD dengan Astro Ultra Box

Nikmati Pengalaman Astro Baharu dengan 4K UHD, Rakaman Awan dan Paparan Terkini dengan Astro Ultra Box

Rakyat Malaysia kini boleh menikmati hiburan terbaik dengan Astro Ultra Box yang baharu. Pengalaman Ultra merangkumi ciri-ciri seperti 4K UHD, Rakaman Awan (‘Cloud Recording’), paparan pengguna baharu yang lancar ditawarkan kesemua peranti, cadangan kandungan yang diperkukuhkan mengikut padanan tontonan, fungsi ‘play from start’ dan keupayaan untuk merakam pelbagai program secara serentak. Kesemua ciri-ciri ini boleh didapati melalui Ultra box baharu dan Astro GO. Selain itu, Ultra Box juga membolehkan peminat sukan untuk menikmati UEFA EURO 2020, Liga Perdana, Formula 1 dan La Liga dengan pengalaman 4K UHD pertama di Malaysia. 

Majlis Pelancaran Astro Ultra Box

• Paparan pengguna baharu membantu pelanggan untuk nikmati dan strim lebih 50,000 program

• Nikmati kualiti 4K UHD – EURO 2020, Liga Perdana, F1, filem dan dokumentari

• Rakam program tanpa had secara serentak dan simpan di awan untuk tontonan pada mana-mana peranti.

• Set ‘top box’ baharu yang nipis dan bergaya dengan alat kawalan jauh bercirikan generasi hadapan

Majlis Pelancaran Astro Ultra Box

“Kami berada di landasan betul untuk terus menambah baik dan menyediakan perkhidmatan serta pengalaman yang terbaik buat pelanggan kami menerusi kandungan, kemudahan OTT dan pengalaman menonton di rumah.

Hari ini merupakan perjalanan baru di mana Ultra Box membawa hiburan ke tahap seterusnya yang membolehkan 4K UHD, rakaman awan, play from start dan memiliki paparan baharu yang dapat meningkatkan pengalaman hiburan di rumah melalui skrin besar.

Para pelanggan boleh menaik taraf ke Ultra Box untuk menikmati pengalaman baharu ini.

Pengalaman Ultra juga diperluaskan melalui Astro GO yang disediakan secara percuma kepada semua pelanggan.

Pelanggan hanya perlu memuat naik aplikasi dan strim program-program kegemaran mereka!”

“Lebih separuh juta pengguna di rumah mempunyai TV 4K di mana 70% adalah pelanggan Astro.

Pelancaran Ultra Box tepat pada masanya untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam pengalaman 4K UHD.

Di samping itu, pertubuhan komersial dalam sektor hospitaliti, runcit serta makanan dan minuman turut berpeluang untuk menyediakan pengalaman 4K UHD kepada peminat-peminat sukan dan kandungan-kandungan lain yang disajikan,”

Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro
Majlis Pelancaran Astro Ultra Box

Ultra Box menggunakan teknologi sistem hibrid dan capaian internet. Satelit pula memancarkan kualiti terbaik 4K. Sambungan Ultra Box ke internet membolehkan interaksi dan keupayaan untuk menyalurkan kandungan pada bila-bila masa mengikut permintaan. Astro turut menawarkan hiburan yang menarik dan pakej jalur lebar. 

Majlis Pelancaran Astro Ultra Box

Dengan kelancaran dan pelarasan paparan pada kedua-dua Ultra Box dan Astro GO, pelanggan dapat menikmati pengalaman tontonan yang dipertingkatkan seperti berikut: 

Astro Cloud Recording: Boleh didapati melalui Ultra Box baharu dan Astro GO. Ini bermakna, pelanggan boleh merakam pelbagai program secara serentak melalui Ultra Box atau menerusi Astro GO dan simpan di Astro Cloud yang boleh diakses pada mana-mana peranti dan pada bila-bila masa. Pelanggan diberikan 200 jam penyimpanan HD secara percuma dan boleh ditambah sehingga 1500 jam pada harga RM15 sebulan.

Play from Start: Kelebihan buat penonton – jika anda berada pertengahan program, klik butang restart untuk menonton semula program dari awal. 

New Home Screen: Membolehkan carian kandungan dengan lebih mudah. Semua program yang dipaparkan tersedia untuk ditonton tanpa dikenakan bayaran kecuali program yang dipaparkan di stor (Store).

Discover and Stream VOD: Sambungkan Ultra Box ke internet dan nikmati lebih 50,000 video on demand di rumah atau melalui Astro GO. 

Search: Carian mudah untuk kandungan dari katalog yang merangkumi siri TV, filem, program kanak-kanak, kandungan langsung dan rakaman anda sendiri. Cari mengikut padanan tajuk program, pelakon, pengarah dan juga saluran. 

Multi-screen and Stop Here, Continue There: Hentikan program pada satu peranti dan sambung semula program anda di peranti lain. 

Majlis Pelancaran Astro Ultra Box

Naik Taraf Percuma kepada Pelanggan dengan langganan RM100 ke atas

Pelanggan dengan langganan bulanan sebanyak RM100 dan ke atas boleh menaik taraf secara percuma. Pelanggan perlu menyambungkan Ultra Box ke internet untuk menikmati lebih daripada 50,000 video on demandcloud recording dan faedah lain. Untuk menikmati tontonan 4K UHD, pelanggan memerlukan TV 4K yang bersesuaian. Pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan Astro & Broadband menerusi tawaran kami. 

Majlis Pelancaran Astro Ultra Box

Sila rujuk maklumat harga seperti di bawah: 

Harga Pemasangan Ultra BoxPelanggan SemasaPelanggan Baharu
Harga Pakej Langganan Bulanan ≥RM100PERCUMARM99
Harga Pakej Langganan Bulanan < RM100RM199

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 7490 8000 atau layari www.astro.com.my/ultra. Ikuti perbualan tentang Ultra Box melalui media sosial dengan tanda pagar #AstroUltra

Majlis Pelancaran Astro Ultra Box Majlis Pelancaran Astro Ultra Box Majlis Pelancaran Astro Ultra Box Majlis Pelancaran Astro Ultra Box Majlis Pelancaran Astro Ultra Box Majlis Pelancaran Astro Ultra Box Majlis Pelancaran Astro Ultra Box

About Astro Malaysia Holdings Bhd

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) is Malaysia’s leading multi-platform content and consumer company, serving 23 million individuals in 5.7 million or 76% of Malaysian households. As a trusted brand, Astro has been entertaining Malaysians with the largest content offering, same day date as USA, Korea, China, Hong Kong and many more. Our video streaming platform, Astro GO caters to individual screens, with access to over 50,000 On Demand titles, anytime, anywhere. Our multilingual entertainment and lifestyle app, SYOK offers access to Astro’s 25 radio brands, podcasts, original videos and more. Our digital brands host 10 million average monthly unique viewers across multiple entertainment and lifestyle portals. Through Go Shop our home shopping and commerce business, we engage with 2 million shoppers. Astro is building an ecosystem to be Malaysia’s entertainment lifestyle destination of choice

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Tiket Anugerah Muzik Melon 2019

Fauziah Latiff Cabar Diri Berlakon Filem Bawa Watak Tun Hasmah