Program kesetiaan pelanggan Astro, Astro Rewards sekali lagi tampil dengan program berbentuk ganjaran kepada pelanggan setianya. Kali ini, Astro Rewards bekerjasama dengan CIY Club, kelab pengekodan yang dibangunkan oleh ScopeIT Education, Australia bagi menganjurkan ‘Kem Coding, 3D Design & Printing dan Game Design’ di musim cuti sekolah ini. Pelanggan Astro layak menerima 50% diskaun eksklusif untuk yuran pendaftaran dan hanya perlu membayar RM194 untuk kursus selama dua hari (harga biasa untuk bukan pelanggan Astro adalah RM388). Pelanggan Astro boleh melayari https://rewards.astro.com.my/details/CIYClub2019 untuk butiran lanjut.
Program kem coding ini bertujuan untuk memberi anak-anak pendekatan berkenaan asas pengekodan serta menyiapsediakan mereka dengan ilmu digital untuk masa hadapan. Di kem ini, peserta didedahkan dengan kemahiran reka cipta permainan digital dan mengasah skil reka bentuk tiga dimensi (3D).
Program yang mensasarkan seramai 500 peserta dari lingkungan umur 5 hingga 12 tahun itu bakal berlangsung mulai 23 November hingga 24 Disember 2019, di lebih 25 lokasi di seluruh negara.
Antara lokasi yang terlibat dalam program ini termasuklah di Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bharu, Terengganu, Sabah, Kota Bharu, Pulau Pinang, Kedah dan beberapa lagi lokasi terpilih. Sesi akan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang dan melibatkan 20 peserta bagi setiap kem. Komputer riba sertaalatan keperluan dan makanan juga disediakan untuk kesemua peserta.