Bulan Ramadan sememangnya sinonim dengan amalan bersedekah, berkongsi rezeki dan mempererat silaturahim. Dalam semangat itu, Astro Shaw dan Mirinda berganding bahu menghulurkan kasih sayang dan kegembiraan kepada mereka yang memerlukan, khususnya 40 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur, Rawang, Selangor. Program istimewa ini bukan sekadar sekadar majlis berbuka puasa biasa, malah penuh dengan aktiviti bermakna yang diraikan dalam suasana mesra dan penuh kemanusiaan.
Majlis yang diadakan pada 23 Mac 2025 ini berlangsung dalam suasana cukup meriah dan penuh kasih sayang, dengan kehadiran para selebriti tanah air yang turut meluangkan masa bersama anak-anak yatim tersebut.
Antaranya termasuk barisan pelakon filem Keluang Man seperti Nas Muammar Zar, Anwaar Beg Moghal, dan Shweta Sekhon, serta pelakon dari filem Abah Saya Uncle Mike iaitu Idan Aedan, Nor Merah, dan Umar Shakur. Turut hadir memeriahkan acara adalah pelakon dari drama premium One Cent Thief 2 seperti Azira Shafinaz, Syarul Ezani, dan Trisha Ooi, serta pelakon First Wives iaitu Malek Mccrone dan Charles Roberts.
Uncle Mike Yang Sebenar Turut Hadir Meriahkan Majlis
Yang menjadikan majlis ini lebih menyentuh hati, kehadiran individu sebenar yang menginspirasi kisah Abah Saya Uncle Mike, iaitu Michael Tong Wai Siong atau lebih mesra disapa sebagai Uncle Mike bersama tiga anak angkatnya Rafei, Rasyid, dan Rahman. Kehadiran mereka benar-benar menyemarakkan lagi semangat kekeluargaan dan kasih sayang dalam kalangan tetamu yang hadir.
Amy Gan, Ketua Penjenamaan, Pemasaran & Pengedaran Astro Shaw, dan Norsalvina Alwee telah menyampaikan sumbangan duit raya serta hamper kepada anak-anak yatim tersebut, sambil menikmati juadah berbuka puasa dalam suasana yang penuh kemesraan dan keikhlasan.
Sokongan Padu Daripada 7UP, Wonda Coffee Dan Goodday Charge
Majlis ini turut mendapat kerjasama erat daripada jenama-jenama popular seperti 7UP, Wonda Coffee, dan Goodday Charge. Kehadiran selebriti dan penaja menjadikan suasana majlis lebih bermakna, bukan sahaja untuk anak-anak yatim, tetapi juga kepada semua pihak yang terlibat dalam acara kebajikan ini.
Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Ketua Astro Shaw, “Astro Shaw berbesar hati dapat bekerjasama dengan Etika menerusi filem dan siri premium kami. Kolaborasi ini bukan sahaja menguatkan jenama, malah memberi kami peluang untuk dekat dengan masyarakat dan mencipta pengalaman inspirasi. Dalam bulan mulia ini, tiada yang lebih bermakna selain berkongsi rezeki dan kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan.”
Tayangan Treler Raya ‘Abah Saya Uncle Mike’ Meriahkan Suasana
Majlis ini turut menjadi platform eksklusif untuk tayangan treler rasmi Raya ‘Balik Rayaaahhh’ daripada filem Abah Saya Uncle Mike. Filem ini menceritakan tentang Uncle Mike yang kembali bersatu dengan tiga anak angkatnya sempena perayaan Aidilfitri di kampung halaman. Treler ini sudah boleh ditonton di semua platform media sosial Astro Shaw, sekaligus membangkitkan rasa teruja dalam kalangan peminat filem tempatan.
Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd turut menambah, “Kolaborasi kami dengan Astro Shaw bukan sekadar menyampaikan semangat Raya, tetapi juga menyemai kegembiraan dan semangat kebersamaan dalam hati semua anak-anak Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur. Di Etika, kami komited untuk memberi kenangan manis kepada masyarakat, selaras dengan nilai perpaduan dan kasih sayang.”
Mirinda Riang Raya: Sesi Ramah Mesra Bersama Selebriti Tempatan
Bagi menyemarakkan lagi sambutan Ramadan dan Syawal, Astro Shaw dan Mirinda turut menganjurkan sesi ramah mesra bersama pelakon di pasar raya terpilih sekitar Lembah Klang. Peminat berpeluang bertemu selebriti, mendapatkan autograf, bergambar, serta menyaksikan klip eksklusif di sebalik tabir. Lebih menarik, 25 peminat pertama yang berbelanja sekurang-kurangnya RM20 daripada jenama seperti Mirinda, 7UP, Goodday Charge dan Wonda berpeluang bertemu selebriti secara peribadi!
Peluang Emas Sertai Drama Premium ‘Bad Cop’
Tambahan pula, sesi uji bakat untuk drama ‘Bad Cop’ turut dijalankan di lokasi pasar raya tersebut. 50 individu pertama yang membuat pembelian minimum RM20 layak memasuki laluan ekspres untuk uji bakat ini. Ini satu peluang besar bagi mereka yang bercita-cita untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Bonus Raya Mirinda: Rezeki Berlipat Ganda Untuk Diraikan
Dalam semangat memberi, Mirinda tampil dengan kempen e-Duit Raya berjumlah RM260,000! Dengan setiap pembelian bernilai RM15 dalam satu resit, pembeli berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang lumayan. Kempen ini berlangsung dari 1 Mac hingga akhir April 2025, memberikan peluang kepada semua untuk menyambut raya dengan lebih ceria dan penuh keberkatan. Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman peraduan rasmi Mirinda Riang Raya Bersama-Sama.
Filem Dan Drama Premium Bakal Menghiasi Aidilfitri Anda
Bagi peminat setia filem tempatan, nantikan filem aksi Keluang Man yang bakal menghentak pawagam mulai 29 Mei 2025, serta filem Abah Saya Uncle Mike yang diinspirasikan daripada kisah sebenar dan bakal menemui anda Ogos ini. Sementara itu, drama premium First Wives akan mula ditayangkan pada 11 April 2025 di Astro Go, On Demand dan saluran Astro Ria jam 9 malam. Jangan lupa ikuti perkembangan lanjut di media sosial Astro Shaw seperti Instagram, X, Facebook dan TikTok.
Apa Kata Budiey?
Budiey rasa usaha Astro Shaw dan Mirinda ini benar-benar mencerminkan nilai murni dan semangat perpaduan yang seharusnya diamalkan oleh semua syarikat korporat, terutamanya dalam bulan Ramadan. Aktiviti seperti ini bukan sahaja menyuntik keceriaan dalam kalangan anak yatim, malah membina hubungan erat antara selebriti dan peminat serta masyarakat secara keseluruhan. Budiey harap lebih banyak inisiatif sebegini dilaksanakan, bukan sahaja sempena musim perayaan tetapi sepanjang masa.
Bayangkan kalau setiap jenama besar di Malaysia menghulurkan bantuan dengan cara kreatif dan berimpak tinggi seperti ini, pasti lebih ramai yang dapat menikmati keindahan sebenar bulan Ramadan dan Syawal. Tahniah Astro Shaw dan Mirinda – inilah contoh kolaborasi yang memberi makna dan berjiwa rakyat!