Bulan Ogos dan September bukan sekadar bulan biasa bagi rakyat Malaysia—ia adalah waktu untuk kita bersatu padu meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Tahun ini, Astro hadir dengan sesuatu yang istimewa melalui kempen ‘Inilah KITA’. Bermula dari 15 Ogos hingga 16 September 2024, Astro mengajak kita semua untuk merasai semangat perpaduan dan kepelbagaian budaya yang menjadi nadi kehidupan di Malaysia.
Pelbagai Inisiatif Menarik Sepanjang Kempen ‘Inilah KITA’
Astro bukan sahaja mengangkat tema perpaduan tetapi juga memberikan pelbagai kandungansepanjankempen ini. Salah satu highlight adalah Saluran KITA (CH100) yang menampilkan lebih dari 100 tajuk terpilih yang bakal disiarkan di Astro, NJOI, dan sooka. Tak cukup dengan itu, anda juga boleh menikmati enam saluran percuma bermula 30 Ogos hingga 16 September. Saluran percuma ini termasuk SHOWCASE (CH413), HITS MOVIES (CH401), tvN Movies (CH416), HITS NOW (CH702), Zee Cinema (CH251), dan ABO Movies Thangathirai (CH241).
Tayangan Istimewa di Saluran KITA (CH100)
Jangan lepaskan peluang untuk menonton tayangan perdana dan kandungan eksklusif di Saluran KITA (CH100). Antara yang menarik perhatian ialah:
- Lion Girl: Kisah Sakina, gadis yang bercita-cita menjadi penari singa walaupun menghadapi pelbagai cabaran keluarga. Drama ini mengetengahkan budaya Malaysia dan semangat juang anak muda.
- Rombongan Makciks Ke Dataran Merdeka: Menampilkan Rozita Che Wan, Mandy Chong, dan Satthiya Kandi, drama ini mengisahkan perjalanan sekumpulan makcik-makcik dari kampung ke Dataran Merdeka yang penuh dengan gelak tawa dan cabaran.
- The Music Journey: Program muzik yang menampilkan artis tempatan seperti Priscilla Abby, Firdhaus, dan Uriah See yang menginterpretasi lagu-lagu kegemaran rakyat Malaysia dalam cara yang segar dan menghiburkan.
- Pasanga Musim ke-2: Siri Tamil popular ini kembali dengan kisah kekeluargaan yang penuh emosi dan drama, menonjolkan hubungan yang terjalin antara ahli keluarga dalam menghadapi cabaran hidup di Malaysia.
- Oga & Friends: Siri animasi tempatan ini membawa mesej penting tentang kepentingan menjaga alam sekitar, sesuai dengan inisiatif ESG Astro, RimbaKita.
SYOK FEST KITA: Perayaan Budaya Malaysia
Tidak hanya terhad kepada tontonan di kaca TV, Astro turut menganjurkan SYOK FEST KITA pada 6 hingga 8 September di Setia City Park Oval Lawn. Acara ini bakal menghimpunkan lebih dari 25 artis tempatan seperti Floor 88, Hattan, Misha Omar, dan banyak lagi. SYOK FEST KITA menjanjikan hiburan yang pelbagai, dari muzik hingga ke aktiviti-aktiviti menarik yang meraikan kepelbagaian budaya di Malaysia. Jangan lupa untuk mendengarkan saluran Astro Radio OR1 FM pada 6 September yang akan bersiaran secara langsung dan berinteraksi dengan anda semua!
‘Inilah Hero KITA Movement’: Kongsi Cerita Inspirasi Anda
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Astro mengajak rakyat Malaysia untuk turut serta dalam pergerakan sosial ‘Inilah Hero KITA’. Anda boleh berkongsi cerita inspirasi tentang individu yang menunjukkan kebaikan, dedikasi, dan sikap positif di laman media sosial menggunakan tanda pagar InilahKITA.
Lagu Tema ‘Inilah KITA’
Untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan, Astro turut mempersembahkan lagu tema ‘Inilah KITA’ yang dinyanyikan oleh barisan artis tempatan seperti Hael Husaini, Wani Kayrie, dan Balan Kash. Lagu ini boleh distrim di semua platform kegemaran anda bermula 15 Ogos 2024.
Nikmati Tawaran Istimewa Langganan Astro
Bagi anda yang belum melanggan Astro, ini adalah masa yang sesuai! Anda boleh melanggan Astro dengan harga serendah RM41.99/sebulan dan nikmati potongan sebanyak 30% serta pemasangan percuma.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘Inilah KITA’, layari laman web astro.com.my/InilahKITA. Mari kita bersama-sama menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan penuh semangat dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.