in

Astro Raikan 1Malaysia Dengan Lebih 50 Program Baru

Astro meraikan 1Malaysia dengan lebih 50 program baru serta sebuah saluran baru, MyMusic (Saluran 318)

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 54, para pelanggan Astro kini berpeluang untuk menikmati lebih 50 program-program baru yang menekankan semangat 1Malaysia serta sebuah saluran baru iaitu MyMusic (Saluran 318) menerusi Kempen “NEGARAKU, THE BEST OF 1MALAYSIA” yang menampilkan lebih 140 program di platform Astro bermula 15 Ogos hingga 16 September 2011.

Group Shot with Astro Talents (Detailed Caption in txt file) 2

Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro berkata, “Keindahan negara kita terletak kepada kemampuan masyarakat yang berbilang kaum untuk hidup bersama dengan penuh harmoni dan saling menghormati walaupun berbeza latar belakang. Kepelbagaian inilah yang mahu kami contohi menerusi program-program yang telah disusunkan. Para pelanggan kini ditawarkan pelbagai pilihan kandungan NEGARAKU yang menampilkan keunikan budaya kita menerusi program-program pelbagai genre; daripada yang bersejarah hinggalah kontemporari. Hasil perkongsian bersama dengan rangkaian media global seperti Discovery Channel, National Geographic Channel, The History Channel dan Disney Channel serta saluran-saluran tempatan Astro yang lain seperti Astro Awani, Astro Arena, Astro Vaanavil serta banyak lagi, kami akan bawakan pengisian yang terbaik sempena meraikan Negara Malaysia khusus buat para pelanggan.”

Mulai 15 Ogos hingga 16 September 2011, rakyat Malaysia berpeluang untuk menonton pelbagai program-program baru seperti ‘In Person: Unsung Heroes’ dan ‘Meja Bulat Merdeka Special’ di Astro Awani (Saluran 501), ‘Hotels of Malaysia’ dan ‘Nature’s Keepers Malaysia’ di Discovery HD (Saluran 571), ‘Arena Sukan: DYMM Sultan Azlan Shah’, ‘Marina Chin’ dan ‘Ishtiaq Mubarak’ di Astro Arena (Saluran 801) serta banyak lagi.

Selain daripada saluran antarabangsa, saluran-saluran Astro yang lain juga turut membariskan sajian istimewa khas untuk para penonton sepanjang bulan kemerdekaan ini. Antaranya termasuklah ‘Waktu Rehat – Squire Anding’ dan ‘Merdeka Day Specials’ di Disney Channel (Saluran 615), ‘Passage to Malaysia – Into the Wild’ di TLC (Saluran 707), ‘P Ramlee’ di History Channel (Saluran 555), ‘Mahathir’ di The Biography Channel (Saluran 731), ‘A Leader’s Legacy: Tun Abdul Razak’ di National Geographic Channel (Saluran 553), Prebet Jamilah 2 di Astro RIA (Saluran 104), Hai Zi (Musim 4) di Astro AEC (Saluran 301), MY FM 13th Birthday Bash di Astro Wah Lai Toi (Saluran 311), ‘Merdeka Special Musical Concert’ dan ‘Tun VT Sambanthan’ di Astro Vaanavil (Saluran 201) serta banyak lagi.

Selain itu, Astro juga cuba menyemai semangat 1Malaysia menerusi muzik yang diterbitkan sendiri oleh rakyat Malaysia di sebuah saluran baru iaitu MyMusic di Saluran 318 yang boleh ditonton mulai 31 Ogos hingga 16 September 2011. Ini merupakan sebahagian daripada Kempen NEGARAKU yang mana MyMusic memberi peluang kepada belia Malaysia untuk menghantarkan video muzik terbitan tempatan yang menampilkan bakat seni, suara dan elemen bunyian Malaysia.

Sebagai tambahan kepada Kempen MyMusic, Astro turut memperkenalkan MyMusic Indiepretasi yang mana ia memberi peluang kepada artis-artis muda tempatan untuk merakam semula 10 buah lagu yang diundi sendiri oleh rakyat Malaysia. Antara lagu-lagu yang tersenarai untuk gubahan dan rakaman semula termasuklah “Balada Pemuzik Jalanan” oleh Search, “Standing in the Eyes of the World” oleh Ella, “31 Ogos” oleh Sudirman serta banyak lagi. Rakyat Malaysia boleh melayari laman http://www.mymusic.my/ untuk mengundi 10 lagu terbaik kegemaran mereka yang mana lagu-lagu yang bakal disenarai pendek akan dirakam semula dan diberi gubahan baru dan segar oleh artis-artis muda tempatan. Lagu-lagu tersebut juga boleh didapati secara muat turun digital dan akan diterbitkan dalam bentuk album kompilasi untuk edaran sekitar tahun ini. Rakyat Malaysia juga boleh menyertai peraduan reka cipta kulit album yang diadakan di laman sesawang rasmi.

Bagi menjayakan inisiatif ini, Astro telah bekerjasama dengan penggiat seni tempatan yang berbakat besar seperti Hafiz, Adira, Hazama, Fina, Najwa, Azlan & The Typewriter, Altimet & Aizat, Phoebe, Mei Yan, Aanantha serta ramai lagi untuk merakamkan semula lagu “Saya Anak Merdeka” nyanyian asal oleh Dr. Sam seawal tahun 1986 dengan gubahan dan suntikan baru dan segar yang kini berjudul “Saya Anak Malaysia”. Astro juga turut menggalakkan rakyat Malaysia untuk menghantarkan klip video “Saya Anak Malaysia” yang dihasilkan mengikut terjemahan dan versi sendiri untuk disiarkan di Saluran MyMusic.

Para penonton boleh melayari laman sesawang www.astro.com.my untuk jadual penuh program-program istimewa ‘NEGARAKU, THE BEST OF 1MALAYSIA’ bermula 15 Ogos hingga 16 September 2011. Manakala untuk maklumat lanjut mengenai MyMusic, layari http://www.astro.com.my/mymusic


Henry Tan, COO Astro

Henry Tan, COO Astro

Yasmin Megat, Vice President, GenNext

Yasmin Megat, Vice President, GenNext

(Fr L-R) Henry Tan, COO Astro_ Vincent De Paul, News Controller, Astro_ Dato' Rohana Rozhan, CEO Astro

(Fr L-R) Henry Tan, COO Astro_ Vincent De Paul, News Controller, Astro_ Dato’ Rohana Rozhan, CEO Astro

Group Shot with Astro Talents (Detailed Caption in txt file)

Vincent De Paul, News Controller, Astro

Vincent De Paul, News Controller, Astro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karyawan Sumbang Duit Raya Untuk Artis Veteran

Beli Barangan Berjenama Secara Online di Reebonz.com