Pemohon berpeluang menerima barangan keperluan harian seperti beras, gula, garam, tepung, biskut, teh, makanan dalam tin dan mi segera, semasa situasi yang mencabar ini.
Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio, berkata, “Kami berharap Kami Care Helpline membantu lebih ramai rakyat Malaysia mendapat barangan keperluan harian mereka ketika waktu sukar ini. Kami berusaha untuk meningkatkan sokongan bantuan dan jangkauan kami kepada mereka yang memerlukan menerusi kempen ‘Kami Care’ dan berkongsi lebih maklumat pada masa akan datang.”
Semua rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh membuat permohonan menerusi WhatsApp pada bila-bila masa, setiap hari melalui talian Kami Care Helpline di bawah. Pendengar juga boleh menghantar permohonan bagi pihak orang lain yang memerlukan bantuan.
Permohonan Kami Care Helpline perlu disertakan nama penerima, nombor telefon, alamat rumah, dan maklumat ringkas mengapa mereka memerlukan bantuan ini. Mereka yang layak akan dimaklumkan secara langsung dan penghantarkan barangan keperluan dijalankan setiap hari.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web dan media sosial jenama-jenama Astro Radio: ERA, SINAR, GEGAR, ZAYAN, HITZ, MIX, LITE, MY, MELODY, GOXUAN, dan RAAGA
016 5127777 – ERA016 2570000 – ERA Sabah016 3150000 – ERA Sarawak | 016 3260000 – SINAR016 7369999 – GEGAR016 9175555 – ZAYAN |
016 6249999 – HITZ016 4985555 – HITZ Sabah016 532 7777 – HITZ Sarawak | 016 4935555 – MIX016 5108888 – LITE |
016 5073333 – MY016 8718888 – MY Sabah016 5413333 – MY Sarawak | 016 7459999 – MELODY016 9988889 – GOXUAN016 4913333 – RAAGA |