in

Astro Publications Kini Melangkah Ke Dunia Digital

Dalam persekitaran yang serba pantas hari ini, keupayaan untuk mengadaptasi merupakan kunci survival terpenting. Arena digital kini merupakan medium penting penyalur hiburan dan penyebaran maklumat.

Peka dan memahami akan kedatangan gelombang baru ini, maka Astro Digital Publications (ADPUB) melancarkan 6 penerbitan edisi digital – Style: (majalah fesyen dan gaya hidup wanita Bahasa Inggeris), Car (majalah automatif), InTrend (majalah fesyen, kecantikan dan gaya hidup wanita Bahasa Malaysia), FHM (majalah gaya hidup lelaki Bahasa Inggeris), Men’s Uno (majalah fesyen dan gaya hidup lelaki Bahasa Cina) dan ifeel (majalah fesyen, kecantikan dan gaya hidup wanita Bahasa Cina), kesemuanya kini boleh dimuat turun dari App Store, membawakan interaksi dan sensasi pembacaan era baru hanya dengan satu klik.

Henry Tan, Chief Operating Officer of Astro at the launch of Astro Digital Publications

Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata:

“Pelancaran 6 penerbitan digital ini menandai satu era baru, yang menyaksikan Astro Publications dinamakan semula sebagai Astro Digital Publications berkuat kuasa serta merta. Dunia penerbitan berubah dengan pesat dan penerbitan digital seperti kami akan membuka dunia baru kemungkinan yang menarik untuk pengguna dan pengiklan. Astro Digital Publications berusaha dan berinisiatif untuk mengisi minda, menjamu mata dan memuaskan jari jemari.”

Penerbit integrasi bersepadu yang pertama di Malaysia

[dropcap]P[/dropcap]engiklan tidak lagi terhad kepada advertorial dalam majalah cetak kerana Astro Digital Publications memberi laluan kepada pengalaman baru di mana rakan-rakan pengiklanan kami kini boleh berkongsi kandungan terbaik mereka pada platform digital kami, antaranya laman sesawang, rangkaian media sosial, majalah-e versi interaktif sepenuhnya, acara-acara terbuka yang menggegarkan, juga sensasi dunia realiti tanpa sempadan dengan platform meluas merangkumi medium mudah alih, dalam talian, iPad dan lain-lain.”

Sree Pathmanathan , Ketua Pegawai Operasi Astro Penerbitan Digital berkata,

“Kami dengan besar hati mengumumkan bahawa versi majalah-e untuk kelima-lima majalah digital kami kini boleh dimuat turun PERCUMA, dan ia merupakan tawaran eksklusif buat semua 3.4 juta isi rumah Astro mulai 10 Februari. 60% daripada isi rumah Astro memiliki telefon pintar atau tablet sendiri. Dengan mengandaikan bahawa 2 individu bagi setiap isi rumah ini membaca majalah kami, kami mempunyai jumlah pembaca yang dianggarkan sebanyak 4 juta pengguna yang berkualiti, dan Astro Digital Publications berpotensi untuk menjadi platform digital paling luas liputannya di Malaysia.”

Muat turun majalah-e FHM pula boleh dimiliki pada harga USD0.99 sen. Sementara itu, mereka yang bukan pelanggan Astro masih boleh memuat turun mana-mana majalah yang mereka ingini pada harga USD0.99 untuk setiap edisi dari App Store. Dengan memberi keutamaan teratas kepada semua pelanggan, kami kini berhijrah daripada medium pembacaan statik kepada paparan visual secara siaran langsung dengan memfokuskan elemen interaktif dan daya kekal berhubung sebagai agenda utama. Kami yakin kedua-dua elemen ini bakal mencetus pengalaman baru terhebat dalam melayari majalah-majalah terbitan kami dari platform yang sama sekali berbeza namun ke hadapan. Dunia baru yang kami tawarkan ini sedia untuk diterokai pada bila-bila masa, di mana-mana jua menerusi pelbagai peranti elektronik demi memastikan para pelanggan kami sentiasa seiring dengan berita terkini fesyen, kecantikan, gaya hidup, automotif dan banyak lagi.”

Dan tidak lama lagi, pelanggan-pelanggan Astro bakal menikmati akses dan pengalaman lebih baik termasuk informasi Sukan, Hiburan dan Pendidikan serta majalah AstroView turut ditransformasi kepada naskhah digital yang disediakan dalam beberapa pilihan bahasa untuk kemudahan para pelanggan. Ini bermakna mereka boleh mengakses maklumat program dengan mudah dan serta-merta, bila-bila masa yang mereka suka.

Kami telah merangka dan menyusun pelan 2014 yang amat komprehensif lagi menjanjikan. Dengan kehadiran medium interaktif baru dan produk digital yang dipertingkatkan ini, ia bukan sahaja memperkasakan lagi kumpulan Astro bahkan turut menampung minat serta kehendak pelanggan-pelanggan kami yang bervariasi dalam genre hiburan, sukan, gaya hidup dan pendidikan.

Inilah definisi baru dunia keselesaan, akses dan hiburan, dibawakan khas untuk anda oleh Astro Digital Publications.

Untuk maklumat lanjut dan mendaftar, sila lawati www.astro.com.my

Henry

Sree Pathmanathan, Chief Operating Officer of Astro Digital Publications

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro On Demand Dramas Now Available on On-The-Go

Kumpulan HASHTAG Perkenal Single Pertama MY CRUSH