Selepas berjaya mencipta fenomena tersendiri menerusi program Pencetus Ummah, kini saluran gaya hidup Muslim, Astro Oasis buat julung-julung kalinya bakal tampil dengan sebuah program realiti terbaharu bertajuk Tahfiz Muda yang akan bersiaran setiap hari Khamis jam 9.00 malam bermula 14 April 2016 secara eksklusif di saluran Astro Oasis (106) dan siaran serentak di Maya HD (135).
Tahfiz Muda merupakan sebuah program realiti yang menguji dan mencungkil bakat kemahiran kanak-kanak yang berumur lingkungan antara 6 hingga 12 tahun terhadap kebolehan mereka dalam menghafaz kitab suci Al-Quran.
Seramai 10 orang peserta terbaik daripada 120 calon yang mengikuti sesi uji bakat pada Mac lalu di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur telah dipilih untuk menyertai musim yang pertama ini.
10 peserta tersebut ialah (Syadril) Muhammad Syadril Idham Sable, 11, Perak; (Anas) Muhammad Anas Ajwad Noor Hisham, 10, Negeri Sembilan; (Uzair) Muhammad Uzair Ahmad Bakri, 9, Kedah; (Iman) Nurul Iman Kamila Norhisyam, 8, Kedah; (Haneef) Muhammad Haneef Kamarulzaman, 8, Kuala Lumpur; (Amin) Muhammad Aminuddin Mohd. Basir, 9, Penang; (Amir) Muhammad Amiruddin Mohd. Basir, 9, Penang; (Fatimah) Fatimah Azzahra Bukhari, 12, Perak; (Nura) Nura Mohd. Nazir, 10, Melaka dan (Aqil) Mohamad Aqil Khair Mohamad Fairos, 11, Perak.
Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Ahmad Fuad Mat Ali,
“Melihat kepada sesi uji bakat yang dijalankan pada awal Mac lalu, apa yang dapat kami rumuskan rata-rata peserta yang hadir mencuba nasib ternyata mempunyai bakat besar dan memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk mengikuti program Tahfiz Muda. Sepuluh calon terbaik telahpun dikenal pasti menerusi sesi pemilihan dan uji bakat yang menguji kepintaran mereka dalam menghafaz al-Quran.
“Secara jujurnya, kami sendiri berasa amat berbesar hati kerana dapat menyediakan peluang kepada kanak-kanak ini menerusi platform yang kami miliki untuk mereka mengasah dan mengembangkan bakat dalam hafazan serta mendekatkan diri dengan Al-Quran pada setiap masa,†katanya.
Mengangkat tema ‘Quranku, Sahabatku’, program yang bakal bersiaran selama tujuh minggu ini akan membawa penonton untuk menghayati Al-Quran sebagai panduan dan cahaya dalam hidup sekali gus menambahkan lagi ketaqwaan umat Islam kepada Allah SWT agar lebih gigih berusaha untuk memahami Al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Tambah Ahmad Fuad,
“Selain memenuhi keperluan dan permintaan masyarakat untuk melihat sebuah program realiti kanak-kanak yang tidak terbatas hanya kepada kebolehan bernyanyi atau berlakon semata-mata, program ini dilihat mampu memberi suntikan positif kepada khalayak khususnya golongan anak muda masa kini dalam bidang keagamaan.
“Program ini adalah satu cabaran buat kita golongan dewasa apabila melihat kelancaran kanak-kanak ini menghafal ayat-ayat Al-Quran di usia yang masih mentah. Sebagai hamba Allah di muka bumi ini, kita juga perlu mempelajari, menghayati dan menghafaz Al-Quran kerana ia merupakan bekalan paling baik di akhirat kelak.
“Diharapkan program ini akan menjadi cetusan terbaik buat seluruh umat Islam tatkala melihat kehebatan kanak-kanak ini menghafaz Al-Quran sekali gus menerbitkan kesedaran serta mengajak seluruh umat Islam untuk menjadikan kitab suci ini sebagai teman hidup, tempat rujukan, serta mengubat segala kesedihan dan keresahan jiwa,†ujarnya.
Untuk musim pertama ini, program Tahfiz Muda akan diadili 100 peratus oleh tiga juri tetap iaitu Ustaz Zamri Zainuldin sebagai Hakim Tajwid, PU Hafiz sebagai Hakim Hafazan dan Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzzaman sebagai Hakim Tarannum Kreativiti.
Program Tahfiz Muda ini juga bakal menampilkan kelibat Imam Muda Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan sebagai pengacara untuk musim ini. Selain itu, program ini akan turut menyaksikan pembabitan Ustaz Don Daniyal sebagai Murabbi (Pembimbing) kepada para peserta Tahfiz Muda.
Lebih mengujakan, menerusi program ini setiap peserta akan menempuh cabaran dan tema yang berbeza pada setiap minggu. Para peserta dikehendaki menghafal surah-surah yang terkandung di dalam juzuk 30. Manakala kriteria permarkahan akan dilihat dari segi Tajwid, fashahah/kelancaran, Tarannum & Kreativiti, Personaliti (keterampilan) dan Asas Fardhu Ain.
Rangkaian program-program Tahfiz Muda akan mula bersiaran di Astro Oasis (saluran 106) melalui ‘Cahaya Tahfiz Muda’ bermula 12 April 2016, pada hari Selasa, jam 9.00 malam yang memaparkan senario menarik yang berlaku di sepanjang sesi pemilihan yang berlangsung di Astro, Bukit Jalil.
Rakaman program ‘Muqadimah Tahfiz Muda’ pula akan bersiaran pada 13 April 2016, pada hari Rabu, jam 9.00 malam. Rancangan bual bicara khas ini menyaksikan pembabitan para juri dalam memberi pendapat dan pandangan mengenai halatuju serta perkembangan aktiviti tahfiz masa kini selain menampilkan pelbagai persepsi dan reaksi masyarakat mengenai fenomena Tahfiz dan hafazan pada masa mendatang.
Menariknya lagi, penonton juga dapat menyaksikan bagaimana kesemua calon-calon Tahfiz Muda yang terpilih ini mengikuti kelas pengajaran Al-Quran dan aktiviti-aktiviti menarik yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah menerusi program ‘Rehal Tahfiz Muda’ pada setiap hari Selasa dan Rabu, jam 9.00 malam bermula 19 April 2016.
Pada setiap minggu, calon-calon Tahfiz Muda kemudiannya akan disatukan di dalam program ‘Persada Tahfiz Muda’ yang akan bersiaran pada setiap hari Khamis, pukul 9.00 malam bermula 14 April 2016. Program ini bakal menentukan nasib calon-calon Tahfiz Muda sama ada mereka akan terus bertahan atau disingkirkan.
Juara Tahfiz Muda bakal membawa pulang hadiah lumayan iaitu wang tunai berjumlah RM10,000.00 beserta trofi sumbangan Astro. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai RM7,000.00 dan trofi.
Manakala pemenang tempat ketiga dan keempat pula masing-masing akan memenangi wang tunai RM5,000.00 dan RM3,000.00 beserta trofi.
Untuk musim ini, Almas Beauty & Health hadir selaku penaja. Manakala Radio Sinar FM, THR Gegar dan Aplikasi radio Raku pula hadir sebagai Geng Ngaji untuk menjayakan musim ini. Manakala Salam Muslim turut hadir memberi sokongan selaku portal rasmi.
Untuk mengetahui segala informasi terkini seperti maklumat lengkap mengenai program Tahfiz Muda, berita-berita tentang aktiviti terkini, gambar, video eksklusif dan peraduan permainan interaktif Tahfiz Muda, sila layari laman web rasmi di http://www.tahfizmuda.com.my atau laman Facebook rasmi di http://www.facebook.com/salammuslim ataupun tweet menggunakan #TahfizMuda dan laman rasmi Instagram @MySalamMuslim.
Jangan lupa saksikan Tahfiz Muda yang bakal membawa penonton untuk menghayati Al-Quran sebagai panduan dan cahaya hidup yang akan mula bersiaran 14 April 2016 pada setiap hari Khamis, pukul 9.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Oasis (106) dan siaran serentak di Maya HD (135).
Mengenai ALMAS
ALMAS BEAUTY & HEALTH telah ditubuhkan pada tahun 2009. Ia merupakan sebuah syarikat milik penuh 100% Bumiputera. ALMAS mengeluarkan dan mengedarkan produk-produk berasaskan kesihatan dan kecantikan yang berkualiti, bermutu tinggi serta bertaraf antarabangsa. Berbekalkan moto ‘CANTIK, CERAH, GEBU, ALMAS mengeluarkan Jus Nusantara yang digelar “Penghulu Segala Produkâ€. Istimewanya Jus Nusantara adalah gandingan bahan-bahan sunnah dan herba-herba tempatan seperti Delima, Habatus Sauda, Madu, Kurma, Temulawak, Halia Bara, Cekur, Kunyit, Kulit Kayu Manis dan lain-lain yang berfungsi memelihara kesihatan melalui kaedah pengilangan bertaraf GMP, suci dan selamat. Testimoni kami telah merasai sendiri keberkesanannya dan memperoleh hasil menakjubkan, cepat dan hebat. Untuk pengguna yang bermasalah serta mereka yang mementingkan kesihatan, bolehlah mencuba Jus Nusantara.