Di samping itu, pelanggan Astro juga akan ditemani pengisian baharu berbentuk rancangan-rancangan siar langsung, kerohanian, gaya hidup, radio dan digital yang menepati cita rasa setiap penonton, setiap hari.
Bertemakan ‘Semangat Lebaran Kita’, Astro sebagai stesen penyiaran utama negara sudah bersedia untuk mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadan dengan pengisian yang terbaik yang akan dipimpin drama-drama tempatan berkualiti tinggi, segmen bual bicara berbentuk kerohanian, program-program gaya hidup, realiti dan rancangan istimewa untuk kanak- kanak dan filem-filem blokbuster.
Pelanggan-pelanggan Astro akan dapat menikmati pengisian ini dalam definisi tinggi menerusi Astro Ultra Box atau Astro Ulti Box.
Pengisian drama di Astro akan diteraju oleh drama bersiri ‘Jangan Menangis Cinta’ di slot Megadrama yang dibintangi Amyra Rosli dan Remy Ishak. ‘Jangan Menangis Cinta’, terbitan SR One adalah penterjemahan layar nukilan Siti Rosmizah Semail, penulis ternama yang juga menghasilkan karya- karya hebat seperti ‘Lafazkan Kalimah Cintamu’, ‘Curi Curi Cinta’ dan ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’.
Di saluran yang sama, peminat drama juga dapat menyaksikan siri mini istimewa bertajuk ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ yang akan menampilkan Emma Maembong, Fikry Ibrahim dan Nadhir Nasar sebagai peneraju watak-watak utama. Drama-drama ini boleh ditonton di saluran definisi tinggi Astro Ria HD (104).
‘Dendam Seorang Isteri’ pimpinan Sharulezad Mohameddin dan diterbitkan oleh Radius One, adalah adaptasi drama bersiri Korea popular yang berjudul ‘Temptation of Wife’. Adaptasi ini akan menyaksikan persembahan Fasha Sandha, Nad Zainal, Wan Raja dan Aidit Noh. ‘Dendam Seorang Isteri’ akan tersedia di saluran Astro Prima HD (105).
Sebagai pelopor dan penyokong kandungan drama tempatan berkualiti tinggi, Astro sentiasa mengutamakan penulisan jalan cerita yang padu, penampilan pelakon-pelakon terhangat dan kerjasama bersama syarikat-syarikat penerbit termasyhur.
Petikan Rasmi Wakil Astro (Azlin Reza Azmi, Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro)
“Bagi menerajui sajian kandungan kami yang bakal menemui penonton bermula seawal minggu ini, kami di Astro, sebagai pioneer dan penyokong kandungan drama tempatan berkualiti tinggi akan sekali lagi mempertaruhkan drama-drama baharu yang diangkat dari naskah-naskah hebat serta dibarisi ramai nama-nama besar dalam industri.
“Bukan sekadar dari segi lakonan, kami juga menitikberatkan jalan cerita drama yang memberi dimensi yang lebih mendalam, dan mencerminkan pelbagai corak representasi lapisan masyarakat sebenar. Antara jalan penceritaan yang diketengahkan adalah seperti kisah anak syurga, pengkhianatan dan dendam, serta penderaan rumahtangga.â€
Untuk memeriahkan lagi kempen Ramadan 2022, Astro juga telah melantik duta-duta ‘Semangat Lebaran Kita’ yang akan berinteraksi dengan penonton di laman jaringan sosial mereka tentang rancangan-rancangan kegemaran mereka. Duta-duta tersebut termasuk Danial Zaini, Erissa Puteri, Hun Haqeem, Nadhir Nasar, Wafiy Ilhan, Wani Kayrie dan Yaya Zahir serta Upin & Ipin.
Sepanjang bulan Ramadan 1443H, Astro terus berusaha menyajikan pengisian menarik lagi istimewa setiap hari buat tatapan rakyat Malaysia yang juga boleh distrim melalui aplikasi Astro GO di mana jua, pada bila-bila masa.
“Ramadan pada tahun ini merupakan sesuatu yang istimewa buat umat Islam di seluruh Malaysia kerana sudah dua tahun kita semua tidak dapat meraikan sambutan bulan mulia ini dengan sempurna. Justeru itu, bagi mencetuskan semula semangat perayaan yang lama terpendam dan dirindui dalam hati kita semua, ‘Semangat Lebaran Kita’ telah kami angkat sebagai tema kempen Ramadan & Raya di Astro bagi tahun ini bersesuaian dengan transisi kita dalam beralih ke fasa baharu untuk bangkit dan pulih daripada gelodak ancaman pandemik.
“Demi menyemarakkan ‘Semangat Lebaran Kita’ untuk bulan Ramadan ini, Astro akan memeriahkan platform- platform televisyen, radio, aplikasi dan digital kami dengan menampilkan pelbagai bentuk rancangan
PLATFORM TELEVISYEN
Drama Hebat, Lakonan Mantap!
Bagi peminat drama Melayu, kali ini Astro akan mempersembahkan empat buah drama hebat terbaharu. Di slot Megadrama saluran Astro Ria HD (104), naskah hasil garapan novelis ternama, Siti Rosmizah akan sekali lagi diterjemahkan dalam bentuk drama bersiri melalui ‘Jangan Menangis Cinta’. ‘Jangan Menangis Cinta’ memaparkan kisah ibu mithali dan anak syurga yang berusaha mendapatkan kasih sayang lelaki yang menghalau mereka kerana tak mampu menerima hakikat anaknya insan istimewa.
Didukung oleh gabungan lakonan mantap Amyra Rosli serta Remy Ishak, ‘Jangan Menangis Cinta’ akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis bermula dari 21 Mac – 26 Mei, jam 10.00 malam.
Astro Ria juga akan mengetengahkan sebuah mini-siri di slot telemovie istimewa melalui ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’, setiap Ahad, bermula 3 April, jam 9.00 malam. Siri mini ini mengisahkan penderaan rumah tangga tanpa mengira jantina – suami yang mendera isteri, dan isteri yang mendera suami – dari segi fizikal, psikologi, seksual, sosial dan kewangan. Drama ini akan menyaksikan gandingan Emma Maembong, Fikry Ibrahim dan Nadhir Nasar sebagai peneraju watak-watak utama.
Untuk sajian seterusnya, RIA meneruskan hidangan drama siri ‘Pok Ya Cong Codei Memburu Siti’ hasil lakonan dan arahan Sabri Yunus. Drama siri ini diangkat dari telemovie popular, ‘Pok Ya Siti Di Hati’ yang menempah tempat sebagai telemovie ketiga paling popular di CITRA. Drama bersiri ini akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, mulai 21 Mac – 14 April, jam 11.00 malam.
Saluran Astro Prima HD (105) dan Prima (126) pula akan menghidangkan drama bersiri yang diadaptasi dari drama popular Korea: ‘Temptation of Wife’. Selain diadaptasi di negara Filipina dan China, drama Korea ini pernah dinobatkan drama paling ditonton pada tahun 2013, di samping memenangi pelbagai anugerah seperti ‘Outstanding Adapted Drama Series’ di Golden Screen Awards 2014. Adaptasi tempatan ini akan membawa tajuk ‘Dendam Seorang Isteri’, pada setiap Isnin hingga Jumaat, mulai 21 Mac – 8 Julai, jam 6.00 petang. Saksikan gandingan hebat Fasha Sandha, Nad Zainal, Wan Raja dan Aidit Noh yang akan dihimpunkan sebagai teraju utama drama ini.
Pengisian Rohani Semarakkan Fitrah Ramadan
Demi menyemarakkan fitrah Ramadan tahun ini, saluran Astro Oasis HD (106) bakal membawa satu pendekatan baharu dalam mengimarahkan masjid-masjid bersama rancangan berbentuk travelog ‘Rockstar Ke Masjid’ yang akan bersiaran pada setiap Selasa bermula dari 5 April, jam 7.30 malam. Penonton dapat menyaksikan barisan Rockstar kita melakukan ‘street dakwah’ dan busking untuk mengumpul dana buat masjid-masjid yang memerlukan di samping bergotong-royong untuk mencantikkan masjid tersebut.
Saluran Astro Oasis juga akan kekal meneruskan rancangan sedia ada bersama Fakhrul dalam program ‘Tazkirah Malam Jumaat’, setiap Khamis, jam 9.00 malam, bagi menghuraikan persoalan- persoalan berkenaan dakwah, akidah dan tauhid. ‘Geng Ngaji’ juga akan kembali lagi untuk musim ketiga yang akan bersiaran pada setiap hari, dari 3 April – 2 Mei, jam 5.30 petang.
Gaya Hidup, Merapatkan Ukhuwah
Peminat Chef Wan akan dapat bersama beliau lagi sepanjang bulan Ramadan ini di Saluran Astro Oasis HD (106), melalui rancangan ‘Kembara Chef Wan’, pada setiap Rabu, mulai 6 April, jam 7.30 malam. Kali ini pengembaraan Chef Wan akan membawa penonton menerokai keindahan dunia makanan, budaya dan warisan di negara-negara Timur Tengah.
Kak Lina Pom-Pom (Elly Mazlein) akan ditemani selebriti jemputan untuk melawat destinasi-destinasi makanan viral tempatan dan memasak juadah istimewa untuk berbuka puasa. Program ini akan mempamerkan sisi berbeza selebriti jemputan melalui gurauan nakal dengan pengacaranya, tugasan memasak yang mencabar, serta sesi mukbang dan ASMR. Tontoni Kelentang Kelentung Pom Pom ini di saluran Astro Ria HD (104), Isnin hingga Khamis, bermula dari 4 April – 2 Mei, jam 6.30 petang.
Di saluran Astro Prima HD (105) dan Prima (125), sebuah rancangan realiti-majalah baharu, ‘Jejak’ akan memaparkan aktiviti amal kebajikan serta mendekati golongan masyarakat yang memerlukan, tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama. Jejak akan menampilkan usaha selebriti dari pelbagai bidang seperti pakar motivasi, pendakwah, pelawak serta selebriti hiburan tanah air. Rancangan ini akan bersiaran setiap Isnin, bermula 4 April – 18 April, jam 9.00 malam.
Bergelak ketawa mengubat kelesuan
Bagi menghilangkan kelesuan setelah seharian berpuasa, saluran Astro Warna HD (108) bakal terus membekalkan rancangan-rancangan komedi yang telah tersedia menjadi minat ramai seperti ‘Megalawak’ yang akan bersiaran pada setiap Jumaat, bermula dari 8 April, jam 9.00 malam; dan ‘Sepahtu Al Puasa 2022’, setiap Khamis, jam 9.00 malam, dari 7 April.
Astro Warna juga buat julung kalinya akan mempersembahkan sebuah animasi selebriti pertama di Malaysia ‘Lu Pikir La Nabil TuuDeh..!’. Diilhamkan dari kisah zaman remaja pelawak ternama Nabil Ahmad, siri animasi ini bakal mencuit hati penonton setiap Khamis, mulai 7 April, jam 10.00 malam.
Berhibur sambil belajar untuk anak-anak
Tidak ketinggalan, khas untuk kanak-kanak, pelbagai rancangan juga telah disusun untuk menghibur sambil mencurah ilmu menepati semangat bulan Ramadan yang mulia, dengan saluran Ceria mengangkat tema #CeriaSLK, selari dengan tema utama Astro tahun ini. Melalui tema ini, kanak- kanak digalakkan untuk kongsikan semangat bulan Ramadan mereka di laman sosial Ceria dan menggunakan hashtag #CeriaSLK.
Saluran Astro Ceria HD (611) dan Ceria (631) akan mengetengahkan sebuah siri animasi baru ‘Hafiz dan Hafizah’ yang bakal membawa anak-anak mengembara bersama pasangan kembar Hafiz dan Hafizah berserta rakan-rakan mereka pada setiap hari Isnin hingga Khamis, bermula dari 11 April, tepat jam 7.30 malam.
Spin-off ‘Salam Skuad’ juga akan kembali pada setiap Jumaat, bermula dari 15 April, jam 3.00 petang.
PLATFORM DIGITAL
Kemeriahan ‘Semangat Lebaran Kita’ juga turut diserukan dengan pengisian segar lagi original. Gempak akan membawakan sebuah drama komedi yang mengisahkan tentang Kak Aspalela, seorang penjual Nasi Beriani Gam yang disukai ramai. Setiap Ramadan, nasi beriani beliau amat laris dan dicari-cari di TTDI. Bagaimanapun, anak-anak gadisnya, Ukisha, Umaya dan Ulala amat malas untuk membantunya di warung. Mereka lebih berminat untuk menjual produk kosmetik.
Suatu hari Kak Aspalela berpura-pura hilang ingatan. Demi menyelamatkan perniagaan warung ibu mereka, anak-anak gadis Kak Aspalela terpaksa belajar untuk memasak Nasi Beriani Gam mengikut resepi ibu mereka. Adakah mereka berjaya untuk menyelamatkan perniagaan ibu mereka? Untuk mengetahui nasib warung ‘Beriani Gam Kak Aspalela’, ikuti drama ini di Gempak yang akan muncul pada setiap Rabu, jam 9.30 malam bermula dari 30 Mac. Barisan pelakon yang akan menjayakan drama ini terdiri daripada Sheila Mambo, Cik Manggis, Chacha Maembong dan Sharifah Aryana.
Peminat dunia komedi tanahair pastinya terkesan dengan kehilangan bakat besar tatkala sutradara terkenal Allahyarham Mamat Khalid kembali ke Rahmatullah pada penghujung tahun lalu. Bulan Ramadan ini akan menemukan penonton Gempak dengan kemunculan terakhir Allahyarham di kaca TV, ‘Warung Pak Jabit’, pada setiap Isnin hingga Jumaat, bermula 11 April, jam 6.00 petang. Melalui program ini, Allahyarham Mamat Khalid bersama anaknya Adam akan memperkenalkan menu-menu resipi tradisional yang telah lama dilupakan kaedah pembuatannya sambil diselangkan dengan adegan-adegan lucu dan watak-watak popular daripada karya-karya beliau yang terdahulu. Siri ini turut diarahkan oleh salah seorang anak Allahyarham, Amen Khalid.
ASTRO FIRST
Astro First akan mempersembahkan 6 buah tajuk pengisian yang segar dan orginal dalam pelbagai genre drama dari romantik komedi, seram, misteri fantasi dan aksi, khas buat hiburan pelanggan Astro sepanjang Ramadan ini.
Bagi peminat drama komedi, saksikan filem romantik komedi tempatan pertama tahun ini yang menjalani sesi penggambaran di Wales, ‘Autumn In Wales’ bermula pada 24 Mac ini.
Menampilkan kemunculan pertama Jaa Suzuran menerusi filem dan gelagatnya yang sangat bersahaja cukup mencuit hati serta bergandingan dengan Eyka Farhana, Keith Foo dan Wanna Ali. Manakala ‘Kedai Antik Wak Jambi’, lakonan Mat London, Wafariena Roslan, Aling Cham, Wahid Senario pula akan bermula pada 26 Mac.
Untuk peminat genre fantasi filem Korea, ‘Spirit Walker’ lakonan Yoon Kye-Sang, Park Yong-Woo, Lim Ji-Yeon dan Park Ji-Hwan akan bermula siaran juga pada 26 Mac. Sementara itu buat peminat yang terlepas menonton filem ‘Rumah the Movie’ di pawagam, Astro First membawakan filem gabungan pelakon hebat daripada tiga generasi iaitu Erra Fazira, Puteri Balqis dan Mak Jah bermula 31 Mac.
Gabungan lakonan hebat daripada tiga generasi iaitu Erra Fazira, Puteri Balqis dan Mak Jah akan menemui penonton dalam filem genre seram ‘Rumah the Movie’ pada 31 Mac.
Sebuah filem aksi, ‘Gila Gusti’ yang akan dibintangi Syafie Naswip, Elizabeth Tan, Ayez Shaukat, Pekin Ibrahim dan Jalaluddin Hassan akan bermula tayangan pada 7 April.
Untuk para genre komedi, buat pertama kali selepas lebih sedekad, kumpulan pelawak lagenda Senario kembali dengan gelagat lebih menghiburkan menerusi ‘Jaga-Jaga Senariounion’ bermula pada 21 April. Pastinya kemunculan ‘comeback’ ini akan memberi keterujaan buat peminat dan penonton.
PLATFORM RADIO
Bagi menyahut seruan kempen ‘Semangat Lebaran Kita’ untuk Ramadan 1443H, jenama-jenama Astro Radio seperti ZAYAN, ERA, SINAR dan GEGAR turut menyajikan pengisian yang bersesuaian dengan sambutan bulan mulia ini.
Di saluran ZAYAN, pendengar boleh mengambil iktibar tentang fadhilat Ramadan dalam program ‘ZAYAN Fikir Istimewa’, setiap hari pada jam 5.00 pagi dan 7.00 petang. Keindahan tarawikh pula akan diceritakan melalui ‘Tarawikh Talk’, sebuah perbincangan bermanfaat tentang keistimewaan solat tarawikh bersama Mawi dan Anas, serta tetamu jemputan.
Para pendengar ERA juga berpeluang untuk berbuka bersama JoHaRa Pagi ERA dengan mengambil bahagian dalam ‘Berbuka JoHaRa’. Pendengar boleh mendaftar di talian dan pemenang bertuah akan dikunjungi oleh JoHaRa Pagi ERA di rumah mereka.
Di bulan mulia ini, peminat boleh turut mendapat manfaat dalam ‘Goodday Berkat Sepakat Bersama ERA’, program tanggungjawab sosial untuk memberi barang keperluan kepada penduduk di sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru.
Manakala ERA Sabah pula akan menganjurkan ‘Pes Sungkai Sama’, aktiviti berbuka bersama mereka yang kurang berkemampuan dan mengambil alih tugas warga Sabah seketika, sewaktu mereka berbuka puasa.
Sempena bulan Ramadan yang penuh keinsafan ini, Pagi Di SINAR akan berkongsi rezeki dalam ‘SINAR Belanja Sahur’, di mana personaliti SINAR akan belanja pendengar bersahur di kedai makan terpilih, serta membuka peluang kepada pendengar untuk memohon kemaafan daripada sesiapa yang mereka inginkan melalui progam ‘Projek Kemaafan’ di udara.
Para pendengar GEGAR di Pantai Timur juga boleh mendapatkan sejadah eksklusif dalam ‘Projek Sejadah’ yang akan diagihkan kepada pendengar untuk meraikan bulan Ramadan, serta berpeluang menyaksikan video personaliti GEGAR dalam ‘Vlog GEGAR Berbuka dan Moreh’, aktiviti menghayati bulan ramadan seperti berbuka puasa, solat tarawikh, moreh dan sebagainya di platform media sosial.
PEK-PEK ASTRO
Pek Movies
Nikmati rancangan-rancangan kegemaran anda di HBO, Disney+ Hotstar, tvN Movies dan lebih 95 saluran bersama keluarga anda tanpa had! Dari 16 Februari – 31 Mei, langgani Astro dari serendah RM94.99 sebulan dan dapatkan 30 hari percuma! Layari astro.com.my (Movies Pack) atau WhatsApp “GET Astro†ke 03 9543 3838 untuk mendapatkan tawaran ini.
Astro Rewards
Dari 11 April – 11 Mei, pelanggan-pelanggan Astro berpeluang untuk memenangi baucar percutian (termasuk tiket penerbangan dan penginapan), tudung eksklusif dari dUCK, diskaun perabot daripada Fella Design, diskaun baju raya keluaran Hatta Dolmat dan banyak lagi menerusi Astro Rewards! Layari astro.com.my/rewardsraya untuk maklumat lanjut.
GO SHOP
Sempena dengan sambutan Ramadan and Syawal 1443H, Go Shop juga telah melancarkan kempen ‘Salam Ramadan Bersama Go Shop’ sehingga 10 April.
Berslogankan ‘Sambutan Lebih Kepelbagaian’, Go Shop menawarkan Diskaun Berganda sehingga RM50 di mana apabila pelanggan menggunakan kod promo ‘GS25’, pembelian pertama membolehkan pelanggan mendapat potongan RM25, dan potongan tambahan RM25 akan diberi untuk pembelian seterusnya. Juga ditawarkan Baucar Kejutan 11.00 pagi dan Promosi Kejutan 9.00 malam, setiap hari!
Pelbagai rancangan menarik bersama selebriti juga telah disusun khas di saluran-saluran berikut:
Go Shop RUUMA (CH 118): Setiap hari, pada jam 11.00 pagi
▪ Dapur Ramadan (Isnin dan Khamis), Jom Try Rasa (Selasa dan Ahad), Gazebo Riuh (Jumaat), Gaaya Raya (Rabu), Happy Village Ramadan Raya (Sabtu)
Go Shop GAAYA (CH 120): Setiap Isnin hingga Jumaat, pada jam 9.00 pagi
▪ Ihya Ramadan
Go Shop BAARU (CH 111)
▪ Go Anggun (10.00 pagi, Jumaat dan Ahad)
▪ Gazebo Santai (9.00 malam & 10.00 malam, Rabu – Jumaat)
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan tawaran hebat untuk sambutan lebih kepelbagaian sepanjang Ramadan ini, layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop menerusi Google Play dan App Store.