in

Astro Menang Anugerah Berprestij Pengerusi CASBAA 2009

TAHNIAH ASTRO! 

Astro, penyiar utama siaran media pelbagai platform dan siaran TV berbayar satelit terus kepada rumah dihadiahkan Anugerah Pengerusi 2009 Cable and Satellite Broadcasting Association of Asia (CASBAA) di atas sumbangannya yang cemerlang kepada industri TV berbayar di rantau ini.

Dalam perutusan tahniahnya kepada Astro, Pengerusi CASBAA, Marcel Fenez berkata, “Saya amat gembira dapat bersama dalam pemilihan tahunan Anugerah Pengerusi CASBAA. Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ASTRO dan Malaysia di atas kepimpinan pendapat  dan sumbangan kepada peningkatan lanskap TV berbayar di rantau Asia Pasifik. Anugerah Pengerusi CASBAA 2009 ini diberikan kepada ASTRO di atas kemampuannya untuk mencapai pertumbuhan yang berterusan dalam tempoh 12 bulan yang lalu.”
 
Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif ASTRO berkata, “Kami amat gembira di atas pengiktirafan CASBAA terhadap prestasi cemerlang ASTRO di dalam pasaran TV berbayar di Asia Pasifik. Memandangkan keadaan ekonomi yang mencabar pada ketika ini, ASTRO amat prihatin dalam memberikan nilai yang baik kepada pelanggan-pelanggannya dengan melabur semula dalam usaha merangsang infrastruktur penyiaran dan perkhidmatan pelanggan kami serta meningkatkan perbelanjaan terutamanya dalam isi kandungan tempatan dan mengubah suai isi kandungan luar untuk pasaran tempatan. Kami amat gembira bahawa strategi kami terbukti berjaya mencapai hasil yang diharapkan dan ini diperkuatkan lagi dengan anugerah yang berprestij ini. Anugerah Pengerusi CASBAA ini lebih bermakna apabila ASTRO dan Malaysia dipilih oleh rakan penyiar media Asia Pasifik yang lain, membuktikan prestasi kami setanding dengan piawaian serantau.
 
Di Astro, kami beraspirasi untuk memperkayakan nilai kehidupan seharian rakyat Malaysia. Ini sejajar dengan matlamat kami untuk kekal relevan kepada keluarga, pengguna dan masyarakat di Malaysia pada keseluruhannya dalam penyebaran nilai baik kepada pelanggan kami menurut piawaian serantau. Dalam menghadapi masa depan, kami komited untuk terus berinovasi dalam penyampaian isi kandungan dan perkhidmatan kami. Anugerah Pengerusi CASBAA adalah bukti komitmen kami yang tidak berbelah bahagi dari kami di ASTRO untuk memberikan yang terbaik di peringkat global daripada segi isi kandungan dan perkhidmatan pelanggan kepada 2.8 juta pelanggan yang semakin berkembang di Malaysia dan Brunei. Kami dengan rasa rendah diri, berterima kasih kepada Majlis Gabenor CASBAA kerana memilih ASTRO sebagai pemenang pada tahun ini.”
 
Anugerah Pengerusi ini ditentukan menerusi undian Majlis Gabenor CASBAA yang membuat pilihan untuk mengiktiraf individu atau syarikat yang telah memberikan sumbangan yang paling berkesan dalam sektor TV berbayar di Asia Pasifik dan disampaikan pada penutupan konvensyen CASBAA 2009 di Hong Kong.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik Aktif RTM

FourFourTwo Features Exclusive Interview with Cristiano Ronaldo