Destinasi paling menyeramkan di Asia yang bakal membawakan pengalaman tanpa henti 24 jam sehari menerusi filem-filem seram dan mendebarkan di Astro, Saluran 404 dan juga secara On Demand dalam definisi tinggi (HD) bermula 31 Oktober 2016
Astro memperkenalkan ‘Boo’, Destinasi Seram Asia, yang bakal menyaksikan perkara-perkara yang paling mengerikan, menakutkan dan cukup memualkan serta luar dari imaginasi anda ke skrin televisyen rumah anda!
Astro Lancar Saluran BOO Destinasi Seram Terhebat di Asia
[dropcap]J[/dropcap]ika anda rasakan kegerunan dan keganasan mampu menggegarkan dunia anda, maka Boo merupakan destinasi terbaik untuk anda nikmati program-program Asia yang cukup mengerikan dan mendebarkan ini menerusi On Demand (yang boleh diakses menerusi sambungan PVR)! Selain itu, ia juga boleh didapati di aplikasi Astro on the Go dan juga siaran TV linear, saluran 404 berdefinisi tinggi, bermula hari ini 31 Oktober 2016 pada kadar RM 6.35 sebulan (termasuk GST).
Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi, Astro berkata,
“Setiap dari kita punyai pengalaman seram atau kisah yang ingin dikongsikan; cerita mengenai hantu dan dunia mistik sangat menebal dalam budaya Asia sehinggakan tidaklah sukar untuk menggali kisah-kisah seram yang bernilai ini”.
“Genre seram dan mistik merupakan di antara kegemaran para penonton maka pelancaran Boo pada hari ini adalah tepat pada masanya, dan kami percaya Boo dan kandungan vernakular Asia yang seangkatan dengannya mampu pergi lebih jauh lagi dari pasaran Malaysia dan menambat hati penonton di seluruh rantau Asia Tenggara”.
[pullquote align=”right”]Antara filem yang akan menghantui senarai Boo termasuklah psiko-thriller, komedi seram, aksi-seram dan banyak lagi termasuklah tayangan filem baharu pada setiap Jumaat.[/pullquote]
Sewaktu majlis pelancarannya, Boo turut telah menyiarkan selingan video eksklusif filem-filem menggerunkan dari Thailand, “Grace” yang mengisahkan seorang bekas idola Internet dan peminat nombor satunya serta percubaan mereka menculik idola Internet generasi kini; lagenda urban The Little Girl In Red dalam filem Taiwan, “The Tag-Along”; kisah penuh berhantu “Ghost Sense” yang juga dari Thailand; dan sebuah filem paranormal Indonesia, “Misterius”.
Boo akan juga menghantui penonton menerusi filem-filem klasik Thailand dan Jepun, “Nangnak” dan “Shutter”, “JU ON: White Ghost & Black Ghost” “Battle Royale” dan judul-judul popular tempatan seperti “Jangan Pandang Belakang Boleh?”, “Kami Histeria”, “Hantu Tok Mudim” dan “Spicy Killers”.
Dengan semua judul filem boleh didapati di On Demand, pelanggan Astro digalakkan menyambung sambungan PVR mereka kepada Internet untuk mengakses filem-filem Boo mengikut keselesaan mereka ataupun menontonnya di aplikasi Astro on The Go, sebagai tambahan kepada tontonan di layar TV menerusi saluran 404 dengan kadar langganan bulanan sebanyak RM 6.35 (termasuk GST), mulai 31 Oktober 2016.
Langgan Boo hari ini dan nikmati akses tontonan komplimentari sehingga 21 November 2016. Pelanggan boleh juga menamatkan langganan sebelum 21 November tanpa sebarang bayaran tambahan.
Boo turut boleh dilanggan pelanggan NJOI melalui Prabayar NJOI pada harga RM 16.90 (termasuk GST) untuk 30 hari tontonan dan pada harga RM 5.30 (termasuk GST) untuk 3 hari tontonan bermula 24 November 2016.
Untuk maklumat lanjut tentang cara melanggan saluran Boo, layari www.astro.com.my/boo atau menerusi saluran 200.
Sinopsis Tayangan Perdana di Saluran Boo
Ghost Sense (Thai)
Jumaat, 4 November, 10:30 malam
Rose adalah seorang gadis yang menjalani sebuah kehidupan sempurna. Beliau merupakan seorang pelakon yang semakin meningkat naik namanya, dan beliau juga akan berkahwin bersama tunangnya Yuth. Kehidupannya secara tiba-tiba telah berubah sepenuhnya. Ketika itu juga, rakan lakonnya telah dibunuh dengan cara yang amat misteri. Tunangnya pula telah mati secara mengejut seminggu sebelum majlis perkahwinan mereka. Selepas kejadian itu, Rose menjadi sangat tertekan dan tertanya-tanya tentang punca semua kejadian aneh ini berlaku dan beliau kemudian meninggalkan kerjayanya sebagai pelakon dan kemudian berpindah ke tempat lain seorang diri.
Beliau telah berpindah ke sebuah rumah yang telah diberikan sebagai hadiah oleh Yuth sebelum dia mati dan rumah itu juga merupakan tempat tinggal Yuth semasa zaman kanak-kanaknya. Menggunakan kelebihannya yang boleh berkomunikasi dengan alam ghaib, Rose kemudian mula berkomunikasi dengan roh Yuth. Dia kemudian mula mengesan kehadiran makhluk halus di dalam rumah itu. Rakan-rakan Rose yang bimbang tentangnya telah cuba untuk membawanya keluar dari rumah itu tetapi mereka bimbang adakah usaha itu akan mengubah kehidupannya. Lama kelamaan, Rose mula mengetahui tujuan sebenar hadiah itu diberi kepadanya.
Misterius (Indonesia)
Jumaat, 11 November, 10:30 malam
Suami kepada Lestari telah mati tiga tahun yang lalu dan beliau telah mengusahakan perniagaan pakaiannya sendirian. Lestari juga mempunyai dua orang anak; Agus dan Wulan. Setelah seorang daripada pekerjanya bernama Sumiyati mati, Lestari dan anak-anaknya mula dihantui oleh roh Sumiyati yang sering mengganggu mereka. Di sebabkan perkara itu, Lestari terpaksa meminta bantuan bomoh bagi menghalau roh jahat tersebut. Setelah berjumpa bomoh, dia mendapati bahawa Sumiyati masih berhutang sesuatu dengan keluarga Lestari. Siapa sebenarnya Sumiyati? Dan apakah punca yang menyebabkan kematiannya itu?
Grace (Thai)
Jumaat, 18 November, 10:30 malam
Care merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang terkenal dan berperwatakan comel. Selain itu dia juga sememangnya ingin menjadi terkenal di Internet. Untuk merealisasikan impiannya itu, dia dan rakan karibnya Ple telah membuka sebuah akaun Facebook untuk berkongsi gambar-gambar peribadinya termasuk video-video dan telah mendapat banyak Likes. Namun, ketika itu segala kegiatan dan popularitinya itu telah di perhatikan oleh Grace, yang juga merupakan individu terkenal di Internet pada suatu ketika dahulu. Perasaan cemburu Grace terhadap Care semakin bertambah apabila teman lelakinya, Jack juga turut meminati Care dan membuatkan mereka mengikuti perkembangan harian Care di Facebook. Dengan menggunakan segala maklumat yang di kongsi oleh Care di Facebook, mereka telah merancang untuk menculiknya. Grace kemudian ingin menghancurkan hidup Care dan memberitahu dia bagaimana Internet boleh menghancurkan hidupnya dan dunia ini bukan sekadar perkara yang indah sahaja.
The Tag-Along (Mandarin/Taiwan)
Jumaat, 25 November, 10:30 malam
Seorang broker yang tinggal bersama neneknya tetapi dia tidak sedar bahawa wanita tua itu telah hilang tetapi rumahnya sentiasa berada dalam keadaan rapi. Kemudian apabila dia memeriksa di kamera CCTV, dia dapati bahawa neneknya itu telah diikuti oleh seorang gadis berbaju merah. Akhir sekali, neneknya telah pulang ke rumah dan kemudian, dia pula yang dikatakan telah hilang.