in

Astro Lancar Saluran Baru A-List

Adakah anda sudah bersedia untuk berada di dalam senarai ‘A-List’? Kini para penggemar filem berpeluang untuk merasai pengalaman tontonan yang berbeza dengan pelancaran saluran A-List, yang merupakan saluran berdefinisi tinggi (HD) terbaru daripada Astro yang bakal menyiarkan variasi filem antarabangsa dan serantau terbaik yang pernah memenangi pelbagai anugerah perfileman. Saluran A-List akan disiarkan di Astro saluran 456 bermula dari 1 Oktober 2013.

Astro Lancar Saluran Baru A-List

Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro berkata,

“Kami memahami kehendak rakyat Malaysia yang suka menonton filem seperti filem blokbuster Hollywood sehinggalah kepada filem arus perdana Asia, di samping karya-karya alternatif dan ‘indie’ yang semakin berkembang di serata dunia, yang mana ianya dilihat semakin mendapat tempat dalam industri perfileman dunia serta pelbagai festival filem. Terdapat ramai peminat filem yang lebih gemar menonton karya antarabangsa dan menggemari filem yang mempunyai cerita yang tersendiri dengan tema yang mendalam walaupun berunsur provokasi, namun disulam bersama dalam satu bentuk seni sinematik. Astro terus komited untuk memenuhi kehendak golongan pelanggan ini yang menghargai kandungan sofistikated yang ditawarkan melalui saluran A-List kami.”

“Saluran A-List boleh didapati buat para pelanggan televisyen berbayar kami yang berada di Malaysia dan Brunei. Selain itu, kami sedang berusaha untuk meluaskan siarannya kepada para penonton serantau melalui pelantar Astro On-The-Go dan pelantar televisyen yang lain di masa hadapan.”

Astro Lancar Saluran Baru A-List

Filem-filem di saluran A-List akan ditayangkan dalam bahasa asal filem tersebut dengan pilihan sarikata dalam pelbagai bahasa disediakan. Setiap bulan, A-List akan menyiarkan sebanyak lapan buah filem yang diiktiraf di Malaysia dari festival-festival filem seperti Busan International Film Festival, Berlinale Film Festival, Toronto Film Festival dan Cannes Film Festival.

Bagaimana filem-filem dipilih untuk saluran A-List di Astro:

Filem-filem yang tercalon dan memenangi anugerah ini dipilih secara terperinci untuk disiarkan di saluran A-List berdasarkan kriteria berikut:

  1. • Tema, tahap relevan, ciri tersendiri dan unik dengan mengetengahkan isu dan keupayaan untuk menjana daya pemikiran dan perbincangan.
  2. • Hasil karya para pengiat filem baru yang kreatif.
  3. • Filem-filem yang mendapat perhatian di Malaysia dan juga serantau.
  4. • Berdasarkan kisah benar dan mempunyai unsur lanskap sosial, ekonomi dan politik dunia serta serantau yang relevan.

Pada bulan Oktober ini, A-List akan menayangkan sebanyak 8 buah filem kontemporari termasuklah drama kisah benar yang mencetuskan kontroversi mengenai penjara di Korea Selatan bertajuk National Security yang telah meraih pencalonan dalam kategori Filem Bahasa Asing Terbaik di 86th Academy Awards 2014. National Security menceritakan mengenai penderitaan fizikal dan mental yang dihadapi oleh seorang ahli politik muda sepanjang tiga minggu tempoh penyeksaan di pusat tahanan Nam Young Dong yang terkenal di bawah pemerintahan tentera Korea Selatan pada tahun 1980-an.

Bulan Oktober ini juga, A-List akan menyiarkan sebuah drama kelansungan hidup daripada Iran yang berjudul Berlin-7 yang mengisahkan mengenai sebuah keluarga dari Iraq yang cuba melarikan diri daripada kekecohan perang di negaranya ke bandar Berlin, lantas mengakibatkan mereka menghadapi bahaya dan kesusahan yang lebih dahsyat. Tidak ketinggalan juga sebuah filem Argentina yang telah merangkul anugerah di Academy Awards iaitu The Secret in Their Eyes yang mengisahkan tentang seorang ejen penguatkuasa Persekutuan Argentina yang cuba mencari kebenaran di sebalik kes rogol dan pembunuhan kejam seorang gadis. Plot penceritaan filem ini akan menjadi semakin rumit tatkala dia semakin hampir dengan jawapan yang dicari.

Saksikan juga filem hiburan ringan berunsur komedi romantik dari Korea Selatan berjudul How to Use Guys with Secret Tips dibintangi oleh Lee Si Young dan Oh Jung Se yang telah memenangi anugerah di 2013 Udine Far East Film Festival dan 2013 FanTasia International Film Festival. Pastikan anda turut menonton sebuah lagi filem komedi romantik dari Taiwan yang berjudul When Wolf Falls in Love with Sheep yang telah meraih pelbagai anugerah di Anugerah Filem Asia 2013. Selain itu, Sir Michael Caine yang merupakan pemenang Anugerah Oscar sebanyak dua kali akan menghiburkan anda dengan sebuah kisah cinta mengenai seorang lelaki berusia yang sangat degil bertemu dengan maksud cinta dan kehidupan sekali lagi selepas berjumpa dengan seorang gadis secara kebetulan dalam drama komedi berjudul Mr Morgan’s Last Love yang diarahkan oleh seorang pengarah yang telah memenangi pelbagai anugerah iaitu Sandra Nettlebeck.

Para pelanggan Astro boleh menantikan lebih banyak filem-filem kontemporari yang baru dan menghiburkan di saluran A-List seperti Much Ado About Nothing (telah memenangi Anugerah Khas Penonton di 13th Belfast Film Festival) yang diarahkan oleh pengarah filem Avengers iaitu Jose Wheedon. Juga sebuah filem yang telah memenangi dua anugerah berjudul A Monkey On My Shoulder dibintangi oleh Juliette Binoche yang turut merangkul pelbagai anugerah. Para pelanggan boleh menonton saluran A-List melalui langganan bulanan sebanyak RM15 untuk lapan buah filem berbeza setiap bulan ataupun menempah secara ala-carte dengan bayaran RM8 untuk sebuah filem melalui Astro B.yond VOD.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk melanggan saluran A-List, sila ke saluran 200 atau layari www.astro.com.my/A-List atau hubungi talian 1300 82 3838.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sulwhasoo Limited Edition Charity Skincare Kit

Review Hotel One World Bandar Utama