in

Astro Lancar NEGARAKU THE BEST OF 1MALAYSIA STORIES ON AIR

Ogos sudah tiba. Seperti biasa, bulan Ogos – bulan kemerdekaan disambut seperti biasa biarpun pada bulan Ramadan. Semarak cinta pada negara masih dilaung-laungkan dan ternyata program TV juga tak ketinggalan disediakan oleh stesen-stesen TV.

Pada 10 Ogos 2010 lalu, Budiey sempat menghadiri Majlis Pelancaran Negaraku, The Best of 1Malaysia Stories on Air yang diadakan di Galeri Petronas, tingkat 3 Ampang Mall, KLCC jam 11 pagi.

My Story Astro Launching

My Story Astro Launching

My Story Astro Launching

Dihoskan oleh hos Astro Awani, Syed Farradino, majlis itu juga turut dihadiri oleh selebriti. Antaranya, Emma AF8, Ain AF8, Marion Caunter, Elfira Loy, Mawi dan ramai lagi.

Syed Farradino Awani

Astro turut meraikan ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-53 dengan melancarkan saluran baru yang diberi nama MySTORY (saluran 318) untuk musim sambutan kemerdekaan dengan menghimpunkan lebih daripada 150 judul yang boleh ditonton bermula 15 Ogos hingga 16 September 2010.

Para pelanggan Astro boleh menikmati barisan program hebat yang diterbitkan bersumber ilhamkan daripada rakyat Malaysia yang sememangnya padat dengan pelbagai warisan, adat resam budaya dan alam semulajadi secara percuma.

Pada masa yang sama, Astro juga akan menyiarkan klip video hasil kiriman orang ramai yang menampilkan pelbagai cerita rakyat 1Malaysia yang menarik menerusi saluran baru MySTORY ini.

Biarpun ia bukan sebuah pertandingan filem pendek yang menawarkan hadiah wang ringgit, program ‘Negaraku, The Best of 1Malaysia Stories on Air’ berjaya menarik penyertaan lebih 150 klip video rakaman hasil sentuhan masyarakat setempat.

Dari kisah seorang kanak-kanak India yang berkongsi cerita mengenai keseronokan menyambut Tahun Baru Cina dan rakan-rakan berbilang bangsa di sekolahnya hingga kisah sekumpulan anak muda menaiki lif digarap dengan penuh simbolik sekali gus membuka minda kita mengenai konsep cintakan negara dari pelbagai persepsi.

Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Ekskutif Astro berkata: “Kami percaya bahawa asas kehebatan sesebuah negara disokong kuat oleh rakyatnya sendiri. Malaysia sangat bertuah kerana kaya dengan pelbagai budaya unik dan istimewa yang mana ianya telah diterjemahkan dengan begitu indah menerusi kempen NEGARAKU, THE BEST OF 1MALAYSIA STORIES ON AIR. Astro amat berbesar hati membawakan himpunan cerita-cerita menarik yang diinspirasikan daripada rakyat Malaysia sendiri menerusi saluran baru khusus untuk semua. Selain itu, kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi tentang adat resam budaya kita yang unik dengan seluruh dunia menerusi variasi program yang telah disusun hasil kerjasama yang mantap dengan rangkaian media global seperti Discovery Channel, National Geographic Channel, BBC Asia, Asian Food Channel, Animal Planet, The History Channel, Disney Channel dan lain-lain. Kami juga berharap ini dapat menyemai semangat kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia menerusi kisah-kisah menarik yang bakal disiarkan menerusi platform kami.”

My Story Astro Launching

Selama sebulan bermula 15 Ogos hingga 16 September 2010, rakyat Malaysia berpeluang untuk menonton pelbagai program hebat yang telah disusun khas seperti The Malayan Emergency dan Vat 69: Malaysia’s Very Able Troopers di The History Channel (saluran 555), King of Pitch: Supermokh di National Geographic Channel (saluran 553), Waktu Rehat di Disney Channel (saluran 615), Mahathir dan Michelle Yeoh di The Biography Channel (saluran 731), Sajian Raya dan Best Wan! di Asian Food Channel (saluran 703) serta banyak lagi.

Sebagai tambahan kepada saluran antarabangsa, saluran berjenama Astro juga telah menyusun pelbagai program istimewa khusus buat para penonton sepanjang sambutan bulan kemerdekaan. Antara program-program yang telah disusun termasuklah Lakaran Merdeka dan Sudut Pandang di Astro Awani Saluran 501, Semangat Merdeka dan Suatu Ketika… Rosly Dhoby di Astro Prima (saluran 105), Kata Kau Merdeka di Astro Ria (Saluran 104), Lagenda Sukan Malaysia: Tam Sri M. Jegathesan di Astro Arena (saluran 801), Merdeka Marathon Vizhutugal di Astro Vaanavil (saluran 201), Generasiku di Astro TVIQ (saluran 552 dan sebagainya.

Selain diwar-warkan di media cetak dan saluran Astro sendiri, mereka turut mendapat kerjasama daripada AMP Radio untuk menyampaikan mesej baik ke udara di sembilan stesen radionya malah melalui skuad bergerak setiap stesen radio dan secara ‘online’.

Hingga ke hari ini, Astro masih membuka peluang kepada orang ramai untuk menghantar penyertaan kisah cerita mereka dalam format video. Malah orang ramai juga digalakkan untuk menghantar rakaman mereka secepat mungkin supaya kisah mereka dapat disiarkan sebelum tamat tarikh siaran pada September depan.

Menurut Henry lagi, sekiranya orang ramai tidak mempunyai peralatan untuk merakam kisah mereka, Astro akan menghantar kru untuk merealisasikan kisah mereka ke kaca televisyen.

Para penonton juga boleh melayari laman sesawang di www.astro.com.my untuk mengetahui jadual waktu program istimewa NEGARAKU, THE BEST OF 1MALAYSIA STORIES ON AIR bermula 15 Ogos sehingga 16 September 2010.

Ain AF & Emma
Emma & AIn AF8

My Story Astro Launching
Henry Tan – COO Astro

My Story Astro Launching

My Story Astro Launching

My Story Astro Launching

My Story Astro Launching

My Story Astro Launching

My Story Astro Launching

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SHOUT! AWARDS 2010 Anugerah Hip Kategori Baru

Gossip Acha Septriasa Bercinta dengan Kerabat