in , ,

Astro Jalin Kerjasama Bersama I.E. Entertainment, 33 Filem Melayu Klasik Bakal Ditayangkan

Astro Jalin Kerjasama Bersama I.E. Entertainment Dalam Mempersembahkan 33 Buah Filem Melayu Klasik Terbaik Dari Cathay-Keris Films.

Astro bekerjasama dengan I.E. Entertainment yang berpengkalan di Singapura dalam membawakan 33 buah filem terbaik Melayu Klasik daripada penerbit filem-filem Melayu terkemuka era terdahulu iaitu, Cathay-Keris Films 

Filem-filem ini akan ditayangkan di Astro Citra dan Astro Prima serta platform penstriman OTT, Astro Go dan On Demand bermula September 2021. Selepas lebih sedekad, ini merupakan kali pertama karya-karya tersebut akan ditayangkan di Astro. 

VP, Malay Nusantara Business and Head of Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad

Menurut Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, berkata,

Pihak kami rasa amat berbesar hati dan teruja dapat bekerjasama bersama Cathay-Keris Films menerusi syarikat pengedarnya di rantau Asia, I.E. Entertainment Pte. Ltd. dalam membawakan 33 filem melayu klasik terbaik untuk dipersembahkan kepada penonton Malaysia dan Brunei menerusi platform Astro. Menariknya, kesemua filem tersebut akan ditayangkan semula setelah lebih 10 tahun tidak dipertontonkan di mana-mana platfrom televisyen berbayar Malaysia.

Kami percaya nilai hiburan di dalam 33 filem ini pasti akan mengubati rindu penonton dengan karya-karya yang pernah mengecapi kegemilangan suatu ketika dahulu serta dalam pada yang sama memperkenalkan kepada generasi baru kepada filem melayu klasik.

Lebih istimewa, filem- filem ini juga adalah sebagai tanda penghargaan buat barisan penerbit serta produksi gergasi, dan nama-nama besar yang pernah mewarnai industri perfileman melayu seperti Nordin Ahmad, Latifah Omar, Hajah Umi Kalsom, Mat Sentul dan ramai lagi.

Kami harap initiatif ini mampu membuatkan karya-karya seni tempatan sentiasa dihargai dan tidak lapuk ditelan zaman.” 

Raja Jastina Raja Arshad
Indra Suharjono, co-founder of I.E. Entertainment

Indra Suharjono, Pengasas Bersama I.E. Entertainment

Indra Suharjono, Pengasas Bersama I.E. Entertainment berkata, “Saya rasa amat gembira dengan usaha Astro dalam mempersembahkan Filem Klasik Melayu di Malaysia dan Brunei menerusi platform Astro. Kami percaya Astro adalah rakan kerjasama terbaik dalam mengembalikan nostalgia filem klasik Melayu daripada arkib Cathay- Keris Films kepada penonton muda yang akan menontonnya buat  pertama kali sekali gus melihat bagaimana pembikinan filem yang telah berkembang selama bertahun-tahun. Ini adalah cara yang baik untuk mengenali filem, era, dialek, trend fesyen, gaya, dan proses pembikinan karya Melayu.” 

Pic 1

Kesemua 33 buah filem tersebut adalah antara filem hebat yang pernah ditayangkan pada tahun 1950an sehingga 1960an. Antaranya adalah Pontianak Gua Musang, Sumpah Pontianak, Jula Juli Bintang Tiga, Tunang Pak Dukun, Dang Anom, dan Chuchu Datuk Merah yang menampilkan sentuhan gubahan muzik oleh komposer Singapura yang terkenal dengan menghasilkan lagu kebangsaan negara tersebut, Zubir Said. 

Filem-filem ini juga mengangkat kisah dan jalan cerita yang amat dekat dengan masyarakat Melayu Malaysia dan Singapura seperti mengetengahkan tradisi dan muzik, serta mencerminkan nilai sosial ketika di era itu. Dengan mengembalikan filem-filem ini, sekali gus ia mampu mengekalkan nilai budaya dan seni masyarakat Melayu di rantau ini dan merangkumi warisan Malaysia dan Singapura. 

Pic 8

Kerjasama dalam mendapatkan hak pelesenan eksklusif ini melibatkan pihak pengedar eksklusif Cathay Keris, I.E. Entertainment yang diterajui oleh pasangan adik beradik Indra Suharjono dan Erlina Suharjono yang berpengalaman luas dalam bidang media dan industri seni di peringkat Asia. 

  1. Ayer Mata Duyong 1964
  2. Badang 1962
  3. Bawang Puteh Bawang Merah 1959
  4. Chelorong Cheloreng 1962
  5. Chuchu Datuk Merah 1963
  6. Dang Anom 1962
  7. Dosa Wanita 1967
  8. Dua Kali Lima 1966
  9. Gurindam Jiwa 1966
  10. Jalak Lenteng 1961
  11. Jula Juli Bintang Tiga 1959
  12. Jula Juli Bintang Tujuh 1962
  13. Kaseh Ibu 1965
  14. Keranda Berdarah 1969
  15. Korban Fitnah 1959
  16. Laila Majnun 1962
  17. Lela Satria 1961
  18. Masok Angin Keluar Asap
  19. Mat Magic
  20. Mat Bond
  21. Pak Pandir Modern 
  22. Pontianak Gua Musang 1964
  23. Puteri Gunong Ledang 1961
  24. Satay 1958
  25. Selendang Delima 1958
  26. Siti Zubaidah 1961
  27. Sri Mersing 1961
  28. Sultan Mahmood Mangkat Di-Julang 1961
  29. Sumpah Pontianak 1958
  30. Tunang Pak Dukun 1960
  31. Yatim Mustapha 1961
  32. Gila Talak 1963
  33. Ikan Emas 1965
     

I.E. Entertainment merupakan sebuah syarikat media yang merangkumi isi kandungan, produksi, dan pengedaran. Syarikat ini diterajui oleh adik beradik Suharjono, Indra dan Erlina. Nama Indra dan Erlina tidak asing lagi dalam kalangan media Asian dan industri seni melalui pengalaman luas mereka selama 30 tahun dalam industri ini.

Pengalaman Indra lebih tertumpu kepada pengurusan jenama/ francais untuk media, hiburan, perlesenan dan industri barang dagangan (merchandise), manakala Erlina lebih tertumpu kepada konten khususnya dalam pemerolehan, pengedaran, pameran, dan produksi filem tempatan dan pemprosesan filem ke Indra dan Erlina menyedari konten dan bakat tempatan semakin mendapat perhatian sejak lima tahun lalu dan ia adalah peluang yang baik untuk melebarkan jalan cerita dan bakat Asia ke tahap lebih tinggi.

Menerusi I.E. Entertainment, Indra dan Erlina memanfaatkan pengalaman dan hubungan baiknya dalam membawa filem dan konten televisyen Asia ke persada antarabangsa. 

I.E. Entertainment memperoleh hak pengedaran eksklusif dan hak cipta remake bagi filem-filem dari Cathay- Keris iaitu sebanyak 166 konten Cina dan 91 konten Melayu dalam pelbagai genre, termasuklah komedi, drama dan muzikal. Filem-filem ini adalah filem terkenal di Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Malaysia sejak zaman kegemilangannya. Kesemua konten tersebut dipersembahkan dalam perspektif baru untuk pasaran Asia. 

Pic 2

Mengenai Cathay-Keris films PTE.LTD. 

Cathay-Keris films ditubuhkan sejak tahun 1953 sehingga 1974 dan turut menerajui Cathay Organization ketika “zaman kegemilangan”nya menerusi dua produksi studio iaitu – Cathay-Keris Films di Singapura dan Motion Picture & General Investments yang berpusat di Hong Kong. 

Cathay juga turut memiliki artis naungan sendiri yang amat popular dan menjadi ikon seperti penyanyi Grace Chang yang popular dengna dramam Wild, Wild Rose, Jeanette Lin yang terkenal dengan watak tomboy menerusi Our Sister Hedy, Lucilla Yu (Her Tender Heart dan Sun, Moon and Star) dan Betty Loh Ti, Linda Lin Dai, and Julie Yeh Feng. 

91 konten daripada arkib media Cathay-Keris menampilkan filem di era kegemilangan perfileman Singapura di tahun 1950an sehingga 1960an. Konten tersebut menyaksikan kisah daripada masyarakat Singapura dan Malaysia seperti memaparkan tradisi, muzik dan nilai sosial. Kesemua karya tersebut yang meliputi sejarah, budaya, seni merupakan warisan masyarakat Melayu. 

Cathay-Keris terkenal dengan karya filem PONTIANAK, pada tahun 1957. Filem ini sangat popular dan ditayangkan di pawagam selama dua bulan. Filem ini juga turut dialih suara bagi versi Kantonis dan Inggeris untuk pasaran Hong Kong dan Amerika. Selepas kejayaan filem tersebut, Cathay-Keris menampilkan triologi Pontianak iaiti “Dendam Pontianak” dan “Sumpah Pontianak” dan telah mengangkat genre seram di Singapura dan Tanah Melayu. Disamping itu ia turut melahirkan bintang Maria Menado dan S.M. Satay. 

Pada bulan Disember 2014, 91 buah filem Melayu, yang diterbitkan oleh Cathay-Keris Studio dan disimpan di Arkib Filem Asia (AFA), telah secara rasminya disenaraikan dalam United Nations Educational, Scientific, and Cultural Organisation’s (UNESCO) Memory of The World Asia-Pacific Regional Register. 

Mengenai Astro Malaysia Holdings Berhad 

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) merupakan syarikat peneraju kandungan dan hiburan pelbagai platform yang menawarkan perkhidmatan kepada 5.7 juta kediaman atau 74 peratus isi rumah di Malaysia, 8,700 pengusaha perniagaan, 17 juta pendengar radio pada setiap minggu (FM dan digital), 13.2 juta pengunjung unik atas talian dan 2.9 juta pembeli merentasi TV, radio, digital dan platform dagangan. Di Astro, kami sentiasa komited untuk menghiburkan, menyediakan informasi terkini dan berhubung dengan setiap pelanggan kami dengan sajian kandungan terhebat dari dalam negara, serantau mahupun antarabangsa. Sebagai pemain dan pencipta kandungan terbesar dalam negara ini, Astro menerbitkan dan mengkomisenkan lebih dari 9,000 jam kandungan tempatan dan vernakular pada setiap tahun, yang mana secara tidak langsung berjaya mengukir momen terindah di kalangan jutaan rakyat Malaysia. 

Untuk mengekalkan misi sebagai destinasi dan pusat sehenti utama pilihan rakyat Malaysia dalam mendapatkan hiburan terhebat di negara ini, Astro mengagregasikan perkhidmatan penstriman dari peringkat global untuk melebarkan lagi capaian khususnya di kalangan pengguna digital. Dapat dilihat pada hari ini, lebih banyak penyedia perkhidmatan penstriman yang menjadi sebahagian dari keluarga baharu Astro, di antaranya adalah Astro GO, HBO GO, iQIYI, Disney+ Hotstar and Netflix. 

Dalam pada itu, perkhidmatan penstriman kami sendiri, sooka, yang menyasarkan golongan milenial, menawarkan acara sukan berprestij dunia secara langsung, menerajui hiburan tempatan dan menyediakan kandungan sooka yang ekslusif dan original pada harga yang amat berpatutan. 

Ultra Box Astro yang hadir dengan fungsi 4K UHD dan Ulti Box dalam versi HD atau berdefinisi tinggi, ‘Cloud Recording’ atau Rakaman Awan, ciri-ciri ‘Play from Start’ dan ‘Pause’, juga perkhidmatan terkini Ultra Plug & Play Box, digandingkan bersama sajian kandungan Astro yang penuh variasi dan gabungan perkhidmatan jalur lebar, menawarkan pengalaman tontonan tahap terhebat di kediaman-kediaman pelanggan, dan membenarkan mereka menikmati yang terbaik dari apa yang ditawarkan Astro. Manakala menerusi Astro GO pula, aplikasi penstriman kami yang sentiasa menemani pelanggan dengan lebih dari 65,000 judul On Demand, sedia untuk ditonton pada bila-bila masa, di mana sahaja anda berada. 

Perkhidmatan ‘freemium’ kami, NJOI, menawarkan saluran TV secara komplimentari dan hadir dengan pilihan prabayar untuk kandungan terpilih. Pek NJOI HD dan aplikasi My NJOI pula menaik taraf pengalaman pelanggan apabila mereka membeli dan menonton sajian kandungan kegemaran masing-masing, dalam versi HD atau berdefinisi tinggi. 

Astro BUSINESS menawarkan pakej langganan yang disediakan khas atau disesuaikan mengikut kepada kehendak pelanggan perniagaan kami di premis-premis komersial seperti di rangkaian kedai makan (F&B), hotel, pejabat, kedai runcit dan pusat-pusat penjagaan kesihatan, yang mana secara tidak langsung melebarkan capaian kami merentasi kediaman persendirian. 

Astro Radio, ‘rumah’ kepada rangkaian jenama radio yang merekodkan rating tertinggi dalam negara, merentasi pelbagai bahasa, dan jenama digital seperti Gempak, Xuan, Ulagam dan AWANI telah berjaya menghubungkan rakyat Malaysia dengan sajian kandungan dan kisah-kisah menarik yang berlaku di sekeliling kita pada setiap hari. Go Shop, platform e-dagang dan pusat membeli belah dari rumah kami pula menawarkan pengalaman yang menyeronokkan serta menghiburkan, menepati kehendak gaya hidup rakyat Malaysia. 

Sebagai jenama yang dipercayai di negara ini, kami sentiasa komited dalam melaksanakan pelbagai inisiatif yang melibatkan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus atau ESG, dengan memberi penekanan khusus buat pembelajaran berpanjangan, pembangunan komuniti, sukan dan alam sekitar, menerusi Yayasan kendalian syarikat, Yayasan Astro Kasih. Sepanjang dari 10 tahun yang lalu, Astro telah melaburkan lebih dari RM120 juta demi melestarikan segmen pendidikan di kalangan rakyat Malaysia, dengan menawarkan kandungan berbentuk pendidikan dan pembelajaran seperti Tutor TV dan TVIQ, yang mana telah berjaya mencapai lebih dari 5 juta pelajar di seluruh negara pada setiap tahun. Kami juga turut berbesar hati apabila dipilih sebagai pemenang Platinum dalam kategori Rangkaian Media untuk tahun ke-11 bertanding di Anugerah Putra Brand 2020. 

Bersandarkan kepada capaian dan pangkalan data pelanggan yang tiada tandingannya, diapit dengan sajian kandungan terbaik, produk yang inovatif, suntikan teknologi yang sentiasa diperbaharui dan digerakkan oleh pasukan pekerja yang berdedikasi, Astro akan terus mempergiatkan usaha transformasinya demi mencapai misi utama untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan pengalaman tontonan terhebat. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Feros Sayna Kini Jadi Ketua Rocketfuel Entertainment

Ernie Zakri Nafi Khabar Angin Dakwa Dirinya Sedang Hamil