in ,

Astro Lancar INDAHKAN SENYUMAN, ERATKAN JALINAN Sempurnakan Ramadan Raya 2020

Kempen ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’ sempurnakan Ramadan Raya 2020 bersama Astro. Artis popular tanah air, Nabil Ahmad, Sherry Alhadad, Ben Amir, Hael Husaini, Ernie Zakri, Shiha Zikir dan Chubb-E tampil sebagai duta ke mpen

Kehadiran Ramadan Al-Mubarak semestinya dinantikan oleh setiap umat Islam di serata pelusuk dunia. Bulan mulia penuh keampunan yang cukup sinonim dengan amalan ibadah ini menjanjikan pelbagai ganjaran pahala yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan lain. Namun begitu, kedatangan Ramadan 1441H kali ini dilihat sedikit berbeza apabila kita diduga dengan pandemik COVID-19 yang mana sedikit sebanyak mengubah corak perjalanan rutin seharian masing-masing.

Sebagai sebuah stesen penyiaran utama tanah air, Astro peka akan hal ini dan terus komited memainkan peranan penting dalam memastikan rakyat Malaysia sentiasa bersama dan menyemarakkan semangat dalam diri setiap kita bahawa situasi ini akan beransur pulih kelak. 

Astro Ramadan 2020

Justeru, pada tahun ini, Astro sekali lagi tampil dengan sebuah tema utama diapit dengan mesej yang kuat di sebaliknya bagi melatari kempen Ramadan Raya 2020. Mengangkat tema ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’, Astro bakal memberikan sajian hiburan serta aktiviti-aktiviti kempen yang mengutamakan hubungan persaudaraan dengan penggunaan komunikasi maya menerusi kesemua platformnya yang didukung dengan pelbagai intisari rancangan.

Malah aktiviti mahupun rancangan yang bakal disajikan diyakini mampu mengukir senyuman serta menggembirakan setiap lapisan masyarakat.

Astro percaya bahawa keutuhan sesebuah ikatan bermula daripada senyuman dan ini membolehkan rakyat Malaysia bersatu dalam menghadapi apa jua cabaran.

ben-amir-raya-2020

Menarik tahun ini, Astro menggandingkan tujuh personaliti popular tanah air sebagai duta kempen ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’ yang hadir khusus buat pelanggan Astro, demi memberikan sinar harapan bagi hari-hari yang akan datang.

Duta-duta kempen ini adalah barisan selebriti, Nabil Ahmad, Sherry Alhadad, Ben Amir, Hael Husaini, Ernie Zakri, Shiha Zikir dan Chubb-E, yang masing-masing mempunyai daya tarikan yang tersendiri. 

Kehadiran ketujuh-tujuh mereka ini adalah sebagai pemangkin kepada kempen Ramadan Raya Astro 2020, bertujuan untuk membawakan senyuman menerusi pengacaraan, lakonan, persembahan serta pembabitan mereka secara amnya kepada penonton. Ia secara tidak langsung merapatkan jurang serta mengeratkan jalinan di antara rakyat Malaysia. 

senyuman ramadhan - hael husaini

Malah, Hael Husaini, di bawah pengurusan Rocketfuel Entertainment, juga tampil dengan sebuah lagu istimewa sempena bulan Ramadan ini berjudul ‘Senyuman Ramadan’. Tulisan lirik dan gubahan lagu yang penuh inspirasi ini merupakan hasil tangan Hael Husaini sendiri bersama MFMF. Lagu istimewa Ramadan ini merupakan usaha Astro sebagai obor untuk menyinari lagi bulan yang penuh dengan rahmat ini.

Dato' Khairul Anwar Salleh
Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh 

“Kami di Astro sentiasa komited untuk menyajikan program-program terbaik yang menepati citarasa setiap individu.

Walaupun kita dilanda musibah dan dugaan yang tidak disangka, dengan penularan wabak berbahaya COVID-19, penjarakan sosial dan perintah kawalan pergerakan; Ramadan ini, Astro tetap dengan usaha proaktifnya untuk melakar senyuman indah anda dengan pengisian yang mengukuhkan ‘hablum minallah wa hablum minannas’ atau dalam erti kata lain hubungan manusia dengan Allah SWT (hablumminallah) dan hubungan manusia dengan manusia yang lain (hablumminannas). 

Setiap platform di Astro seperti televisyen, radio, digital dan sebagainya memainkan peranan utama masing-masing dalam menyusun sajian program terbaik bagi menemani rakyat Malaysia di saat-saat yang memerlukan ini.

Kami menawarkan banyak rancangan baharu yang merangkumi genre keagamaan, telefilem, dokumentari, drama bersiri, sketsa, animasi, komedi serta rancangan khas seperti variasi serta bual bicara.

Bukan itu sahaja, kami juga tampil dengan podcast dan drama audio melalui aplikasi SYOK, waktu solat dan arah kiblat melalui aplikasi AWANI, komik digital bersama Gempak, solat tarawih secara virtual bersama personaliti radio ZAYAN, dan banyak lagi.

Terdapat juga pelbagai promosi hebat dan hadiah istimewa khas untuk pelanggan setia Astro yang sentiasa dekat di hati kamiJadi, jangan ketinggalan untuk sama-sama memeriahkan bulan penuh keberkatan ini. 

Gunakanlah peluang ini untuk sentiasa indahkan senyuman dan terus eratkan jalinan bersama yang tersayang.

Bersama-sama kita terus mengamalkan penjarakan sosial demi kelangsungan keselamatan dan kesejahteraan kita semua.

Jarak akan menguatkan kita, untuk esok yang lebih bermakna. Indahkan senyuman, eratkan jalinan dan terus setia bersama kami di Astro.”

Datuk Khairul Anwar Salleh

Berikut adalah pengisian menarik dari Astro sempena Ramadan 1441H, yang juga boleh distrim melalui aplikasi Astro GO di mana sahaja, pada bila-bila masa:

nabil-ahmad-syawal-raya

PLATFORM TELEVISYEN

Kembali Kepada Fitrah

Saluran gaya hidup Muslim, Astro Oasis HD (106) dan Oasis (126) turut menghiasi bulan mulia ini dengan program-program hebat dan berinformasi bernas dengan rancangan ‘Ala Kazim musim ke-2’ mulai 20 April, setiap Isnin, jam 7.30 malam dan ‘Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus’ mulai 21 April, setiap Selasa hingga Khamis, jam 7.30 malam. Selain dari Astro Oasis, saluran Naura (109) pula tampil dengan program ‘Art of Healing’ mulai 4 Mei, setiap Isnin, jam 9 malam, dan ‘Jodoh Talk’ mulai 7 Mei, setiap Khamis, jam 9 malam.

Gaya Hidup

Di Astro Ria HD (104) dan Ria (124), ikon fesyen Dato’ Rizalman akan menghiasi program ‘Pung Pang Rizalman’mulai 27 April, setiap Isnin hingga Rabu, jam 6 petang bersama barisan artis seperti Neelofa, Amy Search, Alif Satar dan ramai lagi. Juara Big Stage musim ke-2, Hanbyul pula akan berkongsi pengalaman menyambut puasa di Malaysia dengan program ‘The Cuba Show Edisi Puasa’ yang bakal menemui peminat mulai 30 April setiap Khamis dan Jumaat, jam 6 petang. 

Manakala di Astro Prima HD (105) dan Prima (125) pula menampilkan chef terkemuka tanah air, Dato’ Chef Wankembali dengan ‘Rasa Nostalgia Ramadan musim ke-2’ mulai 24 April, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 5 petang! 

Hiburan

Hiburkan hati anda bersama satu-satunya saluran komedi tanah air, Astro Warna  HD (107) dan Warna (127) dengan program ‘Seminggu Sekali’ mulai 17 April, setiap Isnin dan Jumaat, jam 10 malam, dan program bual bicara ‘Sembang #DudukRumah bersama Dato’ AC Mizal’, setiap Khamis, jam 9 malam! Juga saksikan program ‘Kennot Brain’, setiap Selasa, jam 10.30 malam. Dan, jangan lupa, dua episod istimewa ‘Sepahtu Reunion Al Puasa 2020’pada 15 dan 22 Mei, jam 9 malam! 

Drama & Telefilem

Saksikan telefilem kekeluargaan, ‘Empat Penjuru’ di Astro Ria HD (104) dan Ria (124) mulai 25 April, setiap Sabtu, jam 10.30 malam. Astro Warna HD (107) dan Warna (127) juga menawarkan drama khas dari Singapura ‘Kisah Tok Kadi’ mulai 27 April, setiap Isnin dan Selasa, jam 9 malam. Astro Citra HD (108) dan Citra (128) pula membawakan drama bersiri Nusantara, ‘Sepenggal Puisi’ mulai 29 April, setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam.

Kanak-Kanak

Astro Ceria (631) dan Ceria HD (611) juga tidak ketinggalan dengan segmen animasi dan kanak-kanak dalam menyemarakkan lagi bulan mulia ini bersama musim baharu ‘Salam Squad 2.0’ mulai 22 April. Salam Squad 2.0 merupakan sebuah siri komedi yang penuh dengan pengajaran buat seisi keluarga. Animasi popular ‘Omar & Hana’juga tampil dengan musim baharu dengan lagu-lagu Islamik kanak-kanak mulai 17 April. Selain itu, ‘New Doraemon’dan ‘Super Wings musim ke-4’ juga bakal menghiburkan hati kanak-kanak dengan episod-episod baharu. 

Saluran Astro Prima HD (105) dan Prima (125) pula menampilkan program selingan Upin & Ipin, ‘Lepak @ Les Copaque’ bertemakan Ramadan mulai 20 April, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 petang! Eksklusif di Astro GO dan on demand pula adalah siri komedi ‘Gurau Je’ dengan episod baharu setiap hari Sabtu.

Antarabangsa

Segmen antarabangsa Astro juga menyediakan banyak pengisian menarik bagi peminat-peminat filem pecah panggung Hollywood, seperti ‘Godzilla: King of the Monsters’ (HBO, 9 Mei, 9 malam), ‘Fast & Furious: Hobbs & Shaw’ (HBO, 23 Mei, 9 malam) dan ‘The Lion King’ (Fox Movies, 25 Mei, 10 malam). 

Saksikan juga program-program gaya hidup seperti ‘Buddy’s Big Bakedown’ di TLC secara on demand, musim ke-18 dan 19 ‘5 Rencah 5 Rasa’ di Asian Food Network mulai 1 Mei setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 petang serta musim ke-7 ‘Kids Baking Championship’ di saluran Food Network mulai 2 Mei, jam 7 petang! Untuk inspirasi gaya hiasan rumah, tonton program terbaharu saluran HGTV, ‘Extreme Makeover: Home Edition’ mulai 6 Mei setiap Rabu, jam 10 malam.

Bagi penggemar program Korea pula, saksikan drama ‘Good Casting’ mulai 28 April, setiap Selasa hingga Rabu, jam 8.10 malam di saluran ONE (393), rancangan aneka ragam ‘I Live Alone’ di saluran oh!K (394) setiap Ahad jam 10.50 malam, program si cilik ‘The Return of Superman’ di saluran KBS World (391) dan KBS World HD (392), setiap Ahad jam 6.15 petang, dan kemuncak episod akhir drama ‘Memorist’ di saluran tvN (395) pada 1 Mei jam 9.45 malam.

Discovery Asia (553) juga membawakan program menarik ‘Majestic Mosques’ dan ‘The Mosque Next Door’ mulai 1 Mei jam 6.35 petang dan 9.05 malam. Sementara itu, National Geographic Channel (551 HD dan 571 SD) pula tampilkan program ‘Supercar’ mulai 2 Mei ini.

sherry-alhaddad-syawal-raya

ON DEMAND, ASTRO FIRST & ASTRO BEST

Pelanggan Astro boleh strim program-program baharu penuh bermakna sempena bulan Ramadan ini secara on demand seperti ‘Capharnaum’, ‘Latitute 6’, ‘Harim Di Tanah Haram’, ‘Kalam Kalam Langit’, ‘Cendol: Kepada Allah Aku Berserah’, ‘Makrifat Cinta’, ‘30 Hari Puasa’, ‘Mail & Sudin Sambut Ramadan’, dan juga ‘Mike & Mark: Diari Mualaf’, ‘Makkah: Sebuah Kisah dan Kemuliaan’, dan ‘RASA’. Juga boleh didapati di aplikasi Astro GO.

Di Astro First (480) pula terdapat ‘Rock 4’ (16 April), ‘Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini’ dan M4M4 (23 April), serta ‘Dharala Prabhu’ (7 Mei). Astro Best (481) juga membawakan yang terbaik buat pelanggan Astro. Nantikan kemunculan ‘Star Wars Episode IX: The Rise of Skywalker’, ‘Birds of Prey’, ‘Spies in Disguise’, dan ‘Terra Willy’ di skrin anda nanti.

RADIO

Jenama-jenama radio di bawah naungan Astro, ZAYAN, GEGAR, SINAR dan ERA turut sama memeriahkan kempen ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’ dengan pengisian-pengisian menarik di sepanjang bulan Ramadan.

ZAYAN menyajikan ‘ZAYAN Virtual Tarawih’ iaitu panduan dan solat tarawih serta berselawat secara langsung di laman sosial ZAYAN diiringi tazkirah pada setiap waktu tarawih. Juga terdapat program ‘ZAYAN Ngaji Ramadan’ dan ‘ZAYAN Review Ramadan’ bersama tokoh-tokoh agama dan personaliti ZAYAN sendiri. 

GEGAR pula bakal menghiburkan pendengar setianya dengan ‘Madinah Ramadan GEGAR’ dan juga ‘Dikir Dakwah Ramadan’ di mana pendikir akan memberikan pengisian tentang bulan Ramadan. Selain itu, SINAR pula akan menampilkan ‘1 Hari 1 Doa’ bersama ustaz untuk doa-doa harian yang boleh dipratikkan seluruh ummah, serta slot ‘Kisah Ramadan’. 

Sentiasa mementingkan kesihatan pendengarnya, ERA pula bawakan ‘Tips Sihat ERA’ di mana setiap petang, seorang jurulatih kesihatan akan memberikan petua senaman yang boleh dilakukan di rumah ketika bulan puasa untuk kekal sihat. Terdapat juga slot ‘E-Salam Ramadan’ bagi yang berjauhan dengan yang tersayang untuk mengeratkan jalinan dengan menujukan ucapan Ramadan secara personal melalui siaran radio.

DIGITAL

Tidak dilupakan di ruangan digital pula, Gempak membawakan musim kedua ‘Iftar Ala King’ bersama hos, Naim Daniel! Program ‘Mind Your Jawi’ pula mengajar tentang sejarah penulisan jawi, cara-cara menulisnya dan fakta-fakta menarik tentang jawi. Dan, buat julung kalinya, Gempak menampilkan sebuah komik eksperimental ‘30 Hari Puasa Fifi’.

Ria X pula mempersembahkan game show ‘Hang Peka Hang Teka’ edisi Ramadan serta ‘The Cuba Show XTRa with Hanbyul’ yang menyaksikan pemenang Big Stage 2, Hanbyul mencuba juadah Ramadan dan Raya.

‘Zon Lawak’ pula mahu mengajak anda mempelajari cara-cara memasak yang ringkas, ala-bujang, dengan program‘Dapur Noob’!  Juga sertai Aliza Kim bersama ‘Salam Muslim’ dengan program ‘Halal Love Guide’

PROGRAM GANJARAN

‘Astro Rewards’

Pelanggan Astro boleh membeli 2 buah tayar melalui Astro Rewards dan dapatkan 2 buah tayar lagi secara percuma di Lim Tayar! Juga, beli sahaja keperluan rumah dan keluarga dengan aplikasi Happy Fresh yang menawarkan penghantaran percuma untuk pembelian minima RM200. Berbelanja sakan di Zalora dan dapatkan diskaun 20% untuk pembelian minima RM150 bagi pengguna sedia ada, dan 24% untuk pengguna baharu, tanpa pembelian minima. Untuk maklumat lanjut, layari rewards.astro.com.my. Tertakluk kepada Terma & Syarat.

‘Astro GO Muat Turun & Menang’

Sehingga 17 Mei 2020, muat turun sahaja aplikasi Astro GO dan pelanggan Astro berpeluang untuk memenangi telefon pintar Vivo V17 Pro dan baucar tunai JD Sports yang bernilai sehingga RM500 di mana pemenang akan dipilih setiap 2 minggu! Untuk memenangi hadiah tersebut, pelanggan Astro hanya perlu muat turun aplikasi Astro GO, log masuk dan isi borang di contests.astro.com.my/go. Bagi pengguna Astro GO sedia ada yang aktif, isi borang peraduan di pautan di atas dan dapatkan peluang untuk menang.

‘Pek Starter’

Promosi hanya RM2* sehari untuk dos hiburan dengan Pek Starter! Saksikan pelbagai seleksi drama tangkap leleh, pertandingan realiti popular dan rancangan komedi yang paling lawak di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03 7481 9000. #BiarBetul? Betul!

‘Pek Senyuman Untuk Keseronokan Keluarga!’

Mulai 30 April hingga 30 Jun, nikmati saluran Ria (saluran 124) dan Warna (saluran 127) selama 30 hari dengan Pek Senyuman dengan hanya RM30! Dapatkanya di saluran 200 atau njoi.com.my.

APLIKASI 

Sempena Ramadan ini, SYOK memperkenalkan siri video ‘Puasa Sana Sini’, yang mengikuti pengalaman umat Islam dalam mengharungi cabaran menyambut bulan Ramadan yang indah di saat pandemik COVID-19 masih menular, dan juga ‘Hikmah’, drama audio yang mengisahkan pelbagai pengajaran dari al-Quran. Aplikasi SYOK boleh dimuat turun secara percuma di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery. Aplikasi AWANIpula tampil serba baharu! Pengguna boleh bergerak bersama berita terkini dan dapatkan fakta sahih melalui notifikasi, fungsi LIVE TV yang ditambah baik, arkib podcast, video dengan skrol tanpa henti serta info solat dan kiblat.

GO SHOP

Bersempena Ramadan, kempen ‘Go Shop e-Bazar Ramadan’ menawarkan diskaun sehingga 60% kepada para pelanggan dari 15 April hingga 30 April 2020. Para pelanggan boleh menikmati program eksklusif ‘Assalamualaikum Ramadan’ di Go Shop GAAYA (saluran 120) pada jam 9 pagi sepanjang Ramadan. Program ini juga akan disiarkan secara serentak di Astro Oasis, dan menampilkan produk gaya hidup Muslim, makanan kesihatan dan banyak lagi. Selain itu, para pelanggan juga dapat menggunakan kod ‘CARE30’ atau ‘CARE60’ untuk menikmati potongan segera sebanyak RM30 atau RM60 apabila mereka membeli produk yang dipamerkan melalui program TV Go Shop.

Jangan lupa, temujanji anda bersama kami di Astro, mulai 14 April hingga 30 Jun 2020

#IndahkanSenyuman #EratkanJalinan |  www.astroraya.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Lancar DANA PKP SITI NURHALIZA, Berhibur Sambil Menderma di Youtube

Faizal Tahir Buat Video Muzik SUMANDAK Bersama Peminat Dari Rumah