in , ,

Astro Himpun Lebih 270 Program Istimewa Sepanjang Syawal Tahun Ini

Pengisian lengkap di rangkaian platform TV, radio, digital, iklan komersial, tawaran eksklusif Go Shop, program ganjaran kesetiaan pelanggan serta inisiatif CSR

Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi berkata,

“Walaupun sambutan Aidilfitri pada tahun ini sekali lagi diraikan ketika penularan pandemik Covid-19 masih di tahap yang membimbangkan, ia tidak sedikitpun melunturkan semangat kami untuk terus mencari ruang penambahbaikan bagi memastikan pelan inisiatif kandungan strategik yang dirangka secara holistik mampu memberi impak hingga terus ke hati segenap pelanggan Astro.

Seperti yang telah dikongsikan sebelum ini, tema ‘Buka Lembaran Baharu’ telah dipilih khas untuk menerajui Kempen Ramadan Raya Astro 2021 kerana elemen tersebut membawa pengertian yang sungguh bermakna dalam menyuntik inspirasi sekaligus mengangkat semula semangat rakyat Malaysia yang pastinya terkesan akibat pandemik.

Wakil Astro bersama Sherry Al Hadad dan Alif Satar selaku pengacara Tayangan Perdana dan Sesi Sidang Media Program Raya Astro 2021

Dengan inspirasi tersebut, pengisian Syawal tahun ini bakal disemarakkan dengan himpunan lebih 270 program-program hebat di semua rangkaian platform Astro termasuklah televisyen, radio dan digital.

Sebanyak 229 buah rancangan televisyen baharu pelbagai genre bakal disajikan di saluran-saluran Melayu Astro. Manakala stesen-stesen yang bernaung di bawah Astro Radio juga akan memperluaskan lagi penyampaian mesej ‘Buka Lembaran Baharu’ menerusi segmen yang dikeudarakan. Gempak, Ria X, Rojak Daily dan SYOK juga turut tidak ketinggalan memperbanyakkan pengisian yang seiringan dengan kempen ini di platform digital.

Bagi peminat karya premium, filem-filem terbaharu turut dibawakan terus ke pawagam rumah anda menerusi platform Astro First dan Astro Best untuk dilanggan. Rocketfuel Entertainment juga hadir dengan buah tangan terbaharu menerusi dua buah lagu raya pada tahun ini.

Iklan komersial terbitan Astro juga merupakan antara pengisian utama yang sering menjadi perhatian ramai dan cukup dinantikan setiap kali Syawal menjelma. Jika tahun lepas kita hadir dengan genre animasi, tahun ini kami kembali memilih naskhah pendek yang cukup dekat dengan hati masyarakat zaman sekarang. 

Menerusi kisah ‘Singkap Dari Tingkap’, konsep jendela telah diangkat sebagai nadi kepada penceritaan kali ini bagi meneruskan kesinambungan tema ‘Buka Lembaran Baharu’. Plot twist kisah ini juga sarat dengan mainan emosi serta penuh dengan iktibar. Semoga kisah kali ini sekali lagi diterima baik dan mampu memberikan kesan yang mendalam seperti iklan-iklan komersial yang pernah diterbitkan sebelum ini.

Azlin Reza Azmi, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro

Sebagai tanda penghargaan, pelbagai tawaran menarik menanti para pelanggan sepanjang musim perayaan ini menerusi program kesetiaan pelanggan ‘Astro Rewards’ serta promosi eksklusif di Go Shop.

Selain itu, kami juga tidak lupa membawa amanat yang sama menerusi kolaborasi aktiviti CSR yang telah pun direncanakan menerusi program ‘Astro Bersama McDelivery Berbakti’.”

  1. Konsep jendela menjadi nadi kepada penceritaan iklan komersial raya menerusi kisah ‘Singkap Sebalik Tingkap’ pada tahun ini yang diinspirasikan bersempena tema Kempen ‘Buka Lembaran Baharu’. Menggunakan jendela sebagai simbolik, penceritaan kali ini membawa mesej tentang kisah yang tersembunyi di sebalik tingkap berbeza dengan pandangan luar yang dilihat secara zahir. Elemen suspens yang dilatari dengan rumah kampung lama sebagai propsturut disuntik bagi memberi kelainan berbanding iklan-iklan raya yang pernah diterbitkan sebelum ini.
  • Bagi menghidupkan lagi suasana kemeriahan sambutan Aidilfitri dalam norma baharu, dua buah lagu istimewa raya terbitan Rocketfuel Entertainment hasil ciptaan komposer S. Atan dan lirik oleh Siso Kopratasa berjudul ‘Aidilfitri Lembaran Baru’ dan ‘Lebaran Telah Tiba’ turut dilancarkan di platform JOOX, Spotify, Apple Music, iTunes dan Deezer bermula 23 April 2021.
  • Lagu ‘Aidilfitri Lembaran Baru’ bakal menyaksikan paduan suara barisan penyanyi seperti Syamel, Ernie Zakri, Ruffedge, Ara Johari, Masya Masyitah dan Usop. Manakala lagu ‘Lebaran Telah Tiba’ pula menampilkan Syamel, Ernie Zakri, Sufi Rashid, Amira Othman, Irfan Harris, Timah dan Yuka Kharisma.
  • Istimewa di musim perayaan, pelanggan NJOI kini boleh mendapatkan program kegemaran mereka dalam format definisi tinggi (HD) menerusi Pek HD NJOI bermula 28 April 2021. Pek baharu ini menawarkan akses langganan 10 buah saluran HD dengan hanya RM15 selama 30 hari. Nikmati pengalaman lancar di aplikasi baharu My NJOI sewaktu membuat pembelian, menambah kredit prabayar serta melihat pilihan kandungan yang ditawarkan menerusi Pek NJOI. Layari www.njoi.com.my untuk sebarang maklumat lanjut mengenai NJOI HD dan aplikasi My NJOI.

KANDUNGAN TELEVISYEN MENARIK SEPANJANG SYAWAL

  1. Hiburan tanpa henti pada malam raya turut menghidangkan program menarik seperti filem ‘Syif Malam Raya’ di Astro Ria, ‘Sepahtu Reunion Al Raya’, ‘Punchline DAC Malam Raya’ dan ‘Perang Prank’ menerusi Astro Warna serta banyak lagi.
  • Pada tahun ini, program istimewa ‘MegaRaya Ria’ yang menawarkan pelbagai ganjaran menarik untuk dimenangi bakal disiarkan menerusi lima buah episod khas SECARA LANGSUNG & lima buah episod rakaman secara berturut-turut bermula pada malam raya yang dijangka jatuh pada 12 Mei 2021. Program eksklusif ini juga bakal dihoskan oleh Dato’ AC Mizal, Sherry AlHadad serta personaliti ERA iaitu Danial Zaini dan Radin Amir.
  • Istimewa buat para peminat program ‘signature’ yang berkonsepkan pertandingan realiti, buat julung kalinya program ‘All Together Now Malaysia’ yang menampilkan Sherry Al Hadad sebagai hos bakal diperkenalkan di saluran Astro Ria mulai 6 Jun 2021. Uniknya, program yang diketuai oleh Dato’ AC Mizal selaku Kapten ini turut menampilkan barisan 50 selebriti popular tanah air sebagai juri tetap. Manakala pertandingan nyanyian Popstar 2021’ terbitan Astro Ceria turut kembali dengan musim terbaharu mulai 26 Mei 2021.
  • Para penonton juga akan disajikan dengan pelbagai program hiburan berunsur komedi sepanjang musim perayaan ini menerusi saluran Astro Warna HD seperti ‘Sepahtu Reunion Raya Muzikal’, ‘Kampung Lawak Superstar’, Sitcom ‘Annyeonghaseyo Cikgu Maryam’, ‘Betul Ke Bohong Kuasa Dua’; yang menampilkan Sherry Al Hadad sebagai hos serta Michael Ang & Azwan Ali sebagai Kapten, ‘Gelak Gempak Selebriti’; yang mencabar selebriti tanahair membuat ‘standup’ komedi, ‘Raja Goreng Sampai Hangit’; membariskan Dato’ Awie & Ropie sebagai Mastermind & Hos, ‘Perang Prank’ dan banyak lagi. Selain itu, musim terbaharu ‘Sepahtu Reunion LIVE 2021’ serta ‘Rumah 107 Musim 2’juga bakal menemui penonton tidak lama lagi.
  • Koleksi filem-filem terlaris tempatan dan luar negara daripada yang terkini hingga ke retro turut menemani penonton di kesemua rangkaian saluran Astro sepanjang Aidilfitri ini seperti ‘Syif Malam Raya’, ‘Mael Totey’, ‘Manap Karaoke’, ‘Keluarga Iskandar The Movie’, Jebat’, ‘Kala Malam Bulan Mengambang’, ‘Sembilu 1 & 2’, ‘Maria Mariana 1 & 2’, ‘Lela Manja’, ‘Batu Belah Batu Bertangkup’ dan ‘Si Tanggang’. Selain dari filem-filem tempatan, Astro Citra turut menyajikan penonton dengan seleksi filem Bollywood dari pelakon ternama Salman Khan dan Aamir Khan seperti‘Karan Arjun’, ‘Dil’, ‘Mann’, ‘Hum Saath Saath Hain’, ‘Wanted’ dan ‘Hello Brother’ serta banyak lagi.

Peminat drama bersiri Melayu pula akan terus dihiburkan dengan barisan drama berkualiti tinggi seperti ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ yang bakal tiba ke penghujungnya menerusi episod dua minggu terakhir di slot Megadrama. Sebuah lagi drama adaptasi novel terbaharu lakonan Zul Ariffin dan Uyaina Arshad berjudul ‘Love, Elsa’ bakal menghiasi slot tersebut. Selain itu, drama ‘Mis Tres Hermanas’ versi Malaysia iaitu ‘Hati Yang Dikhianati’ menerusi slot Tiara juga akan diteruskan sepanjang musim lebaran.

  • Tidak terhenti di situ, pelbagai program berbentuk ‘variety’, hiburan, muzikal dan ‘spin-off’ program realiti terbitan Astro bakal disajikan sepanjang Syawal termasuklah program istimewa ‘Gegar Vaganza Raya’, ‘Konsert Dominasi BBNU Raya’, ‘MeleTop Raya’, ‘Muzikal Lawak Superstar Raya’, ‘The Masked Singer Malaysia Reunion’, ‘Pung Pang Rizalman Edisi Raya’, ‘Konsert Retro Aidilfitri’, ‘Raya Bersama’, ‘Kak Kek & Abe Mmasok’, ‘Jejak Ebit Lew Raya’ dan sebagainya.
  • Pelbagai telefilem eksklusif yang menampilkan nama-nama popular tanah air seperti Zizan Razak, Kamal Adli, Uqasha Senrose, Han Byul, Hun Haqeem, Cik Bee, Chubb-E, Kumpulan Dolla, Hisyam Hamid & ramai lagi turut disajikan antaranya seperti ‘Puaka hari Raya’, ‘Perfect Raya’, ‘Perkahwinan Dari…’, ‘Jay-Jie X Cik B-Yonchey,’ ‘Rumah Horey Horey’, ‘Dolla’, ‘Tanah Kubur Peneman’ dan ‘Pemuja Kubur’.
  • Saluran Astro Prima turut membariskan koleksi telefilem malar segar sebagai tribute kepada Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin dan Fauziah Nawi seperti ‘Esok Masih Ada’, ‘Menanti Hari Esok’, ‘Tiada Esok Bagimu’, ‘Kembalikan Syawalku’, ‘Terputus Sebuah Doa’ dan sebagainya. Atas permintaan yang tinggi,  koleksi popular throwback turut disajikan antaranya seperti ‘Quran Buruk’, ‘Tasbih Putih’, ‘Kad Raya Bawah Kolong’, ‘Pondok Buruk 1 & 2’, ’Kereta Sorong Nenek’, ‘Pondok Plastik Tepi Kubur’ dan banyak lagi.
  • Program istimewa animasi dan kanak-kanak juga turut disajikan sepanjang Syawal menerusi saluran Astro Ceria (611) seperti koleksi siri animasi iaitu ‘Kisah Omar & Hana 2’, ‘Nussa Musim 3 & 4’, ‘Ismi Solehah’, ‘SMK Raya Dekat Jauh’, ‘Raya Kolumpo’ serta program selingan Upin & Ipin ‘Lepak @ Les Copaque’ di Astro Prima (105).
  • Pakej Indo Pek menerusi saluran Astro Rania (112) dn Astro Aura (113) tidak ketinggalan dalam membariskan program-program menarik termasuklah sinetron dan program realiti terhangat dari seberang sepanjang Syawal. Antaranya termasuklah ‘Mudik Lebaran Terakhir Untuk Ibu’, ‘Konser Rhoma Irama Lebaran Part 1 & Part 2’, ‘Kudapatkan Berkah Di Hari Raya’, Senyummu Surgaku’, ‘Drama Musikal Gerimis Melanda Hati’, ‘Drama Musikal Jodoh Di Tangan Allah’ dan banyak lagi.
  • Rangkaian saluran antarabangsa seperti HBO, AXN, Fox Movies, AFN, BOO dan Food Network turut menyajikan pelbagai program hebat termasuklah filem-filem seperti ‘Scoob!’, My Spy’, ‘How To Train Your Dragon’, ‘Jailangkung 1 & 2’, ‘Rogue Warfare: Death of A Nation’, ‘Let Them All Talk’ serta banyak lagi. Khas untuk penggemar siri masakan pula bakal dihiburkan dengan program ‘MasterChef Australia S9’, ‘Kitchen Crash S1’ dan  ‘Anna’s Occasions’.

Istimewa untuk peminat sukan bola sepak, Astro Arena bakal menyajikan dua buah program edisi khas raya untuk tontonan semua. Program ‘Berbulu Dengan Burn Berhari Raya’ yang dihoskan oleh Burn akan ditayangkan pada hari raya pertama 13 Mei 2021, jam 9.00 malam. Manakala program ‘Hari Raya Borak Borak Botak’ yang dihoskan oleh Nafis atau lebih dikenali sebagai Abang Botak pula akan disiarkan pada hari raya kedua Istimewa untuk peminat sukan bola sepak, Astro Arena bakal menyajikan dua buah program edisi khas raya untuk tontonan semua.

Program ‘Berbulu Dengan Burn Berhari Raya’ yang dihoskan oleh Burn akan ditayangkan pada hari raya pertama 13 Mei 2021, jam 9.00 malam. Manakala program ‘Hari Raya Borak Borak Botak’ yang dihoskan oleh Nafis atau lebih dikenali sebagai Abang Botak pula akan disiarkan pada hari raya kedua 14 Mei 2021, jam 9.00 malam. Menariknya, kedua-dua buah program ini juga akan turut disiarkan menerusi platform media sosial Facebook dan YouTube kendalian Astro Arena. 

KANDUNGAN ASTRO FIRST & ASTRO BEST SEPANJANG SYAWAL 2021

  1. Astro Shaw membawakan tiga buah filem baharu secara eksklusif ke platform pawagam rumah anda, Astro First di Saluran 480 sempena sambutan Aidilfitri. Filem ‘Dekatnya Cinta’ yang merupakan kesinambungan kisah cinta dalam drama bersiri popular ‘Adam & Hawa’ lakonan Datuk Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Farah Nabila serta ramai lagi boleh mula dilanggan pada 13 Mei 2021. Manakala filem muzikal komedi ‘Kampong Pisang Istimewa Musikal Raya’ arahan sutradara prolifik, Mamat Khalid pula akan menemui penonton di platform yang sama mulai 27 Mei 2021. 
  • Manakala, Sabda Kekasih, sebuah filem yang mengangkat nuansa kejujuran perhubungan dengan mendahulukan syariat cinta kepada Ilahi. Filem yang dilakonkan oleh Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Sharifah Husna,  Sabri Yunus dan Fauziah Nawi ini bakal ditayangkan pada 3 Jun 2021. 
  • Koleksi antarabangsa menerusi Astro Best di Saluran 481 pula turut membariskan dua buah filem terbaharu berjudul ‘Dinotrux Supercharged’ mulai 1 Mei 2021 dan ‘Godzilla vs Kong’ mulai 5 Mei 2020. 

KANDUNGAN RADIO ASTRO SEPANJANG SYAWAL 2021

  1. Radio ERA akan melancarkan sebuah lagu raya bertajuk ‘Lagu Kecoh Raya’ yang menampilkan selebriti tempatan seperti Ara Johari, Ucop, Naim Daniel, Diana Danielle, serta dua personaliti ERA iaitu Danial Zaini dan Zahier Yusoff serta menganjurkan konsert maya, ‘Virtual Raya ERA bersama Foodpanda’ yang menampilkan Haqiem Rusli, Wany Hasrita dan Zizi Kirana. 
  • Tambahan pula, peminat ERA Sarawak dapat mengambil bahagian dalam peraduan ‘Duit Raya ERA’ untuk menang hadiah wang tunai dan peminat ERA Sabah pula boleh menyaksikan video personaliti radio beraya dalam ‘Beraya Betul’ dan juga menang duit raya dalam ‘Raya Sama-Sama’ di bulan Syawal nanti.
  • Radio SINAR akan meraikan Aidilfitri bersama para peminat dan personaliti-personaliti SINAR dalam program ziarah raya menerusi ‘Raya Maya’ untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan peminat juga akan akan dihiburkan dengan ‘Raya BerSINAR’, di mana peminat yang bertuah akan menerima panggilan video daripada personaliti SINAR untuk menemani dan memeriahkan malam raya. 
  • Peminat-peminat radio GEGAR pula boleh menyaksikan telatah penyampai-penyampai GEGAR menyediakan menu Hari Raya dalam ‘Rumah Terbuka Penyampai GEGAR’ menerusi Facebook Live dan peminat juga boleh membuat dedikasi Aidilfitri kepada ahli keluarga menerusi ‘Salam Anak Rantau Pantai Timur’.
  • Di radio ZAYAN pula, peminat bertuah akan dipilih untuk menjayakan program maya ‘ZAYAN Marbahan’. Radio ZAYAN akan turut meraikan ‘ZAYAN Raya Mualaf’ bersama saudara baharu Islam di bulan Syawal nanti.

KANDUNGAN PLATFORM DIGITAL & OTT ASTRO SEPANJANG SYAWAL 2021

  1. Gempak membawakan sebuah filem pendek berjudul ‘Antara Pintu’ berkisarkan tentang  kasih ibu dan anak lakonan Siti Elizad dan Wafiey, siri perbincangan berdasarkan kisah benar dan perkongsian pengalaman Sembang Tepi Kak Gee’ serta program ‘Karya Raya’ yang membawakan kisah di sebalik pembikinan lagu raya dan video muzik terbitan  Astro. Layari www.gempak.com untuk maklumat lanjut.
  • Ria X juga tidak ketinggalan membariskan program-program menarik sepanjang Syawal seperti kompilasi ucapan raya daripada rakyat Malaysia yang dihantar menerusi ‘Salam Lembaran Baharu’ yang mana setiap ucapan terpilih bukan sahaja bakal dimuat naik menerusi platform Ria X dan Gempak, malah akan turut disiarkan di kesemua saluran Melayu Astro sebagai kapsul selingan Selain itu, program game show ‘Hang Peka Hang Teka Raya’ dan siri khas berkonsepkan belakang tabir rakaman program Ramadan & Raya terbitan Astro yang memberikan pengalaman all-access kepada penonton untuk meninjau suasana sewaktu di sesi latihan hingga ke bilik solek selebriti popular menerusi  ‘Pintu Belakang Raya’ juga bakal disajikan kepada penonton.
  • Sementara itu, Rojak Daily pula membawakan program istimewa ‘RD Highlights:  The Unsung Heroes of Raya’ yang akan memfokuskan kepada kisah wira negara, program masakan ‘Senang Jer: Raya Edition’ serta program mini kemasyarakatan bersiri ‘Pandu Untuk Payung’ yang akan melawati kawasan pinggir di sekitar Lembah Klang untuk memberi sumbangan ikhlas kepada mereka yang memerlukan. Layari www.rojakdaily.com untuk maklumat lanjut.
  • Menerusi aplikasi SYOK, semua diberi peluang untuk memenangi hadiah pelbagai aneka kuih raya, hasil air tangan personaliti radio melalui ‘SYOK Belanja Kuih Raya’.
  • Bagi memberi lebih pilihan tambah nilai, para pelanggan juga boleh strim akses penuh kesemua koleksi ‘boxset’ serta filem tempatan dan antarabangsa sehingga lebih 60,000 rancangan pada bila-bila masa menerusi perkhidmatan On Demand dan aplikasi Astro Go tanpa sebarang caj tambahan. Antara program istimewa yang tersenarai sepanjang Syawal termasuklah ‘Koleksi Reunion Sepahtu Al Raya, ‘Pung Pang Rizalman Edisi Raya 2, ‘Warna Pecah Raya, ‘Siccin Bahagian 1 hingga 4’, ‘Qadr‘, ‘Upin & Ipin Raya’ dan sebagainya.

KLAN RAYA ASTRO 2021: ‘SINGKAP SEBALIK TINGKAP’

  1. Kisah ‘Singkap sebalik  Tingkap’ berkisarkan tentang Lisa, seorang wanita muda yang asyik dengan dunia digitalnya ketika berada di kampung sewaktu bulan Ramadan. Namun, persepsinya berubah apabila dia bertemu dengan Pak Samad, seorang lelaki tua yang duduk bersendirian di kampung tersebut. 
  • Iklan komersial ‘Singkap sebalik  Tingkap’ terbitan Astro dengan kerjasama agensi kreatif Naga DDB ini diarahkan oleh Maurice Noone dan Aiman Aliff daripada produksi ThinkTank. Pemilihan kedua-dua pengarah bersama ini adalah berdasarkan kreativiti mereka dalam menterjemahkan tema kempen ‘Buka Lembaran Baharu’ menerusi garapan naratif penceritaan yang menyentuh hati.
  • Kombinasi dua generasi yang berbeza usia turut menjadi fokus iklan ini.Pemilihan pelakon teater dan drama versatil; Jalil Hamid dipilih untuk memainkan watak ‘Pak Samad’, manakala muka baharu yang juga  merupakan personaliti media sosial; Nelissa Emielda dipilih untuk membawakan watak ‘Lisa’.
  • Lokasi penggambaran telah dijalankan di Hulu Langat, Selangor dan turut  mengambil masa tiga hari untuk diselesaikan. Walaupun terpaksa berdepan dengan keadaan cuaca yang sukar diramal serta pelbagai kekangan lain sewaktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun pihak produksi berjaya menyahut cabaran dalam memastikan pembikinan iklan ini dapat dijalankan mengikut pelan, jadual dan SOP yang ditetapkan.  
  • Selain itu, antara cabaran utama yang dihadapi adalah sewaktu perbincangan awal konsep dan cerita di antara pihak Astro dan Naga DBB yang hanya dapat dilakukan secara dalam talian kerana perlaksanaan PKP. Kesukaran untuk berjumpa secara fizikal untuk sesi brainstorming adakalanya menyukarkan proses perbincangan. Semua keputusan dan prebiu juga terpaksa dilakukan secara dalam talian yang ada kalanya turut dilanda masalah teknikal ketika berkomunikasi.

PROGRAM GANJARAN ASTRO REWARDS & SET ULTRA BOX 

  1. Menerusi program kesetiaan pelanggan ‘Astro Rewards’, pelbagai promosi hebat menanti para pelanggan tanpa perlu mengumpul mata untuk menebus tawaran-tawaran yang ada sepanjang musim lebaran ini.
  • Zalora – Nikmati potongan 18% & pulangan tunai hingga 2% apabila anda berbelanja min. RM150. Promosi bermula 1 April hingga 31 Mei.
  • ShopBack – Nikmati pulangan tunai hingga 5.5% untuk barangan JD Sports apabila anda mendaftar dengan Shopback.  Promosi bermula 5 Apr hingga 10 Mei.
  • Dominos – Dapatkan dua Domino Top Secret Sauce Regular Pizzas, 1 Bread Side, 1 Party Box + 1 Spaghetti & 1 botol Teh Lipton pada harga RM65.90 (NP: RM131.20). Promosi bermula 27 April hingga 30 Mei.
  • GAIA Lipstick – Nikmati potongan 50% apabila anda membeli GAIA Lipstick di Go Shop. Promosi bermula 15 April hingga 16 Mei.
  • PLUSMiles – Daftar dan dapatkan 500 mata ganjaran PLUMiles sekarang! Promosi bermula 15 April hingga 15 Jun 2021.
  • Al-Ikhsan – Nikmati potongan RM20 apabila berbelanja min. RM150. Promosi bermula 12 April hingga 13 Mei.
  1. Astro & Broadband 

Menangi hadiah bernilai lebih RM145,000 termasuk iPhone 12 Pro dan Grab Food e-Gift Card dengan melanggan Astro & Broadband daripada RM129/bulan. Maklumat lanjut layari http://astro.com.my/signup-and-win  

  • Ultra Box

Dapatkan Ultra Box untuk menikmati kualiti gambar 4K, fungsi ‘Video On Demand’, ‘Play From Start’ dan ‘Cloud Recording’. Pelanggan Astro juga boleh menaik taraf dekoder kepada set Ultra Box secara *percuma. *Tertakluk pada Terma dan Syarat. #DahUltraKeBelum 

GO SHOP

  1. Bersempena raya, kempen ‘Raya Lebih Bererti Bersama Go Shop’ menawarkan tawaran eksklusif seperti pemberian duit raya bernilai RM200 dan diskaun istimewa sehingga 50% kepada para pelanggan sehingga 19 Mei 2021. 
  • Para pelanggan boleh menikmati program-program eksklusif ‘Sinar Raya’, ‘Enaknya Raya’, ‘RUUMA Raya’ dan ‘Chef Wan The Shopping King’ menerusi Go Shop RUUMA (saluran 118) dan Go Shop GAAYA (saluran 120). 

Selain itu, para pelanggan juga boleh menyertai peraduan ‘Spin & Win’ di aplikasi Go Shop bermula 1 Mei hingga 16 Mei 2021 dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM80,000. Untuk maklumat lanjut, layari Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)

Program ‘Astro Bersama McDelivery Berbakti’ merupakan kolaborasi istimewa bersempena bulan Ramadan di antara Astro selaku rakan media dan McDonald’s Malaysia selaku penaja yang bertujuan untuk memupuk rasa bersyukur serta mempergiatkan lagi amalan bersedekah. 

McDonald’s ingin merapatkan lagi silaturrahim yang terjalin dengan masyarakat setempat terutamanya di kalangan mereka yang terkesan dengan kekangan kehidupan termasuk anak-anak yatim, golongan asnaf serta petugas barisan hadapan atau frontliners yang tidak putus-putus mencurahkan bakti tatkala pandemik kian membadai. 

Program ini turut disokong oleh selebriti-selebriti tempatan termasuklah barisan duta ‘Skuad Lembaran Baharu’ dalam menguar-uarkan mesej kesyukuran serta kepentingan dalam membantu mereka yang memerlukan. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.astroraya.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JHDR RAYA Bersama Shopee Menerusi TV Dengan Hiburan Sambil Membeli Belah

‘RAP DER RAYA’ Pertaruhkan Lagu Raya Bergenre Hip-Hop Menampilkan Enam Rapper