Pengguna Astro Go dapat akses percuma selama 60 hari ke semua saluran televisyen dan kandungan on demand
Astro hari ini mengumumkan bahawa semua pelanggannya akan mendapat akses percuma untuk aplikasi Astro Go (sebelum ini dikenali dengan Astro on the Go) sebagai sebahagian daripada langganan mereka. Aplikasi Astro GO telah dipertingkatkan dari segi antara mukanya yang mana ianya lebih kemas dan lebih bersifat intuitif untuk digunakan dengan kandungan yang lebih relevan dan boleh disesuaikan mengikut citarasa setiap individu.
Selain itu, bermula 1 April sehingga 31 May 2017, semua pelanggan Astro yang telah mendaftar dan menghubungkan akaun Astro GO mereka, berpeluang menikmati tontonan percuma untuk semua saluran televisyen dan kandungan On Demand di Astro Go tanpa mengira pakej yang dilanggan. Mereka yang bukan pelanggan Astro juga boleh mendapat akses ke beberapa saluran Astro terpilih dengan memuat turun aplikasi Astro GO sepanjang tempoh tersebut. Menarik lagi, semua pelanggan Astro yang telah mendaftar dan menghubungkan akaun Astro GO mereka boleh menonton “La La Land”, sebuah drama filem yang dibintangi Ryan Gosling dan Emma Stone secara percuma menerusi on demand bermula 25 April sehingga 31 May 2017.
*pengecualian untuk Pay Per View dan kandungan premium pilihan untuk sukan Liew Swee Lin, Ketua Pegawai Komersial Astro berkata,
“Respon positif yang diterima oleh aplikasi Astro GO dengan lebih 3 juta muat turun, membuktikan kehendak pelanggan Astro yang mahukan lebih fleksibiliti dan kawalan dalam menentukan cara tontonan mereka samada melalui peranti pintar seperti telefon bimbit, komputer riba atau tablet di aplikasi Astro GO. Kami masih memfokuskan pada usaha-usaha dalam memperluaskan jangkauan pelanggan kami melalui cadangan kandungan di Astro GO dimana cadangan dibuat berdasarkan corak tontonan penonton yang diperoleh hasil daripada pemerhatian dari segi tingkah laku, citarasa penonton, topik yang menjadi trend dan juga sentimen sosial. Kini, pelanggan kami dapat menikmati sebanyak 71 saluran, 23,000 kandungan on demand dari Hollywood, Korea, Jepun, Cina, Hong Kong dan India melalui Astro Go pada bila-bila masa dan dimana jua”.
Aplikasi Astro GO telah mencatatkan sebanyak 3.2 juta muat turun dan 1.1 juta pengguna berdaftar. Lebih membanggakan, jumlah masa tontonan di Astro GO telah meningkat sebanyak tiga kali ganda daripada kurang 60 minit pada awal pelancarannya kepada 215 minit setiap minggu.
Ciri-ciri utama Astro GO
• Antara muka yang kemas dan pintar untuk meningkatkan pengalaman tontonan dan memudahkan navigasi. Ini termasuklah keupayaan untuk menyorot kandungan mengikut bahasa atau genre, dan juga menyusun daripada A hingga Z atau berdasarkan kandungan yang boleh dimuat turun atau baru dikeluarkan.
• Tontonan berdefinisi tinggi (HD) untuk semua saluran sukan dan Korea.
• Ciri Cadangan Peribadi yang memaparkan kandungan bersesuaian dan relevan dengan citarasa penonton Astro GO.
• Bar ke tab laman utama yang ringkas (Laman utama, Sukan, Saluran, On-Demand, Tetapan) untuk pencarian saluran dan kandungan kegemaran yang bersifat lebih intuitif.
• Ciri-ciri ‘Download2Go’ yang membolehkan pengguna memuat turun filem kegemaran untuk tontonan tanpa sambungan internet atau penggunaan data tambahan.
• Meningkatkan mobiliti untuk memudahkan pengguna bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain sambil menonton Astro menerusi peranti pintar.
Pada masa hadapan, Astro GO menyasarkan untuk melakukan beberapa inovasi dengan memperkenalkan ciri-ciri tambahan seperti kemudahan akses untuk empat orang pengguna secara serentak dalam satu masa bagi setiap akaun Astro dan juga casting feature yang membolehkan pengguna memancarkan program kegemaran mereka daripada peranti mudah alih ke skrin besar tanpa menggunakan kabel HDMI.
Dengan sebanyak 16 saluran sukan, Astro merupakan platform untuk rakyat Malaysia menonton pelbagai jenis sukan dan dengan ciri terbaru yang akan diperkenalkan kelak iaitu Sports Control, peminat sukan pastinya akan lebih teruja dan tidak akan terlepas menonton program sukan kegemaran mereka. Dengan adanya Sports Control, mereka boleh mengulang tayang, mengezum jauh dan dekat melalui pelbagai sudut kamera, menonton sorotan video, berita, mengetahui kedudukan pemain dan menyemak jadual liga.
Saluran Baru Eksklusif di Astro GO
Sebagai tambahan kepada saluran yang sedia ada, Astro GO baru-baru ini menawarkan tiga saluran baru yang eksklusif iaitu Comedy Central buat mereka yang gemar dengan lawak jenaka; K-PLUS buat peminat tegar drama Korea; dan ANIPLUS yang membawakan anime dan budaya pop Jepun yang terbaru.
Selain daripada tiga saluran baru dan kandungan on-demand yang terdapat di Astro Go, aplikasi ini turut menawarkan seleksi pilihan saluran Celestial Movies, Nickelodeon, DIVA, AXN, dan KIX.
Aplikasi Astro GO boleh didapati dan dimuat turun di Andriod dan peranti IOS. Selain itu, pengguna juga boleh mencuba ciri-ciri yang telah kemas kini ini menerusi laman web www.astrogo.com.
About Astro GO
At Astro, we recognize ours is a journey to be better, to evolve, and to embrace innovation in every aspect of our business to be our customers’ brand of choice. Astro GO was first introduced in May 2012 as a OTT service provider and had achieved more than 3 million app downloads since then, and 1.1 million registered users.
Today, all our customers can enjoy up to 71 linear channels, over 16,000 hours and 23,000 On-Demand titles from Hollywood, Korea, Japan, China, Hong Kong and India and via Astro GO, anytime, anywhere. The Download2Go feature allows users access to download the desired movies to be viewed offline without requiring an internet connection or incurring additional data usage.
Download the Astro GO app via the App Store or Google Play. Alternatively, users can also access Astro GO at www.astrogo.com.