in

Astro Fiesta di saluran 808 dan 809 Saluran Percuma Astro

2 Saluran Percuma dari Astro
Astro membawa Astro Fiesta di saluran 808 dan 809

Penonton Astro berpeluang untuk menonton pelbagai program hebat menerusi dua saluran percuma – Astro Fiesta di Saluran 808 dan Saluran 809, yang akan mula siarannya secara percuma mulai 27 Disember 2008 – 18 Januari 2009.

Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro berkata, “Sebagai mengingati sokongan padu yang diberi oleh pelanggan dan penonton kepada Astro, kami membawakan kandungan tempatan dan antarabangsa yang terbaik melalui dua saluran percuma di bawah Astro Fiesta. Inisiatif kami untuk membawakan dua saluran percuma kepada penonton ini adalah sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala sokongan mereka kepada Astro selama ini.”

Astro Fiesta di Saluran 808 membariskan pelbagai program yang hebat, antaranya termasuklah persembahan konsert antarabangsa yang menampilkan penyanyi unggul terkemuka Mariah Carey, kumpulan lagenda Eagles dan Bon Jovi, barisan drama dan filem seperti drama Melayu popular ‘Layang- Layang’, komedi Cina, ‘The Pretty Women’ yang dibintangi oleh  Cecilia Yip dan Ray Lui serta filem klasik Hindi ‘Bobby’ yang dibintangi Rishi Kapoor. Pemilihan program-program hebat ini adalah tepat dan amat sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga pada musim perayaan ini.

Selain itu juga para peminat program cereka sains dan paranormal pula pastinya akan teruja dengan kehadiran saluran Astro Fiesta yang kedua melalui Saluran 809. Saluran 809 pula membawakan barisan program daripada AXN Beyond, yang akan ke udara di kaca televisyen Malaysia untuk kali yang pertama menerusi Astro.

Saluran yang sememangnya akan menjanjikan kepuasan ini akan membawa anda meneroka ke dunia mistik yang pasti akan menguji minda dan imaginasi anda menerusi barisan program eksklusif dan hit yang terkenal dan juga saluran AXN dan Animax termasuklah genre program cereka sains, fantasi, seram, suspen dan paranormal.

Astro Fiesta Saluran 809 pasti akan membuat penonton Astro sentiasa melekat di kaca televisyen mereka dengan siri-siri yang telah memenangi beberapa anugerah termasuklah ‘Lost Season 4’ dan ‘Supernatural Musim 3’.

Program popular yang lain di AXN Beyond termasuklah siri yang berasaskan komik popular ‘Painkiller Jane’ dan ‘The Middleman’, dan siri Stephen King, ‘Nightmares and Dreamscapes’, yang memaparkan hasil penulisan Stephen King yang terkemuka dan menggerunkan hingga ke hari ini.

Tontoni Astro Fiesta di Saluran 808 dan Saluran 809 pada 27 Disember, 2008 mulai 12pagi untuk hiburan yang berterusan pada musim perayaan ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zainal Ariffin Ismail Dalam Misteri Nusantara TV3 Musim Terbaru

Program TV Sempena Tahun Baru 2009 di 8TV