Astro menerusi Astro First Eksklusif (saluran 480) bakal menayangkan filem Cinta Paling Agung versi Suntingan Terbaru Pengarah (Director’s Cut) mulai 27 Ogos 2015 (Khamis). Terdahulu, filem hebat arahan pengarah terkenal Indonesia, Hanung Bramantyo ini telah mula ditayangkan di saluran Astro First Eksklusif dari 17 Julai 2015 lalu bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri. Melihat akan sambutan positif yang diterima, pihak Astro dan produksi filem sebulat suara bersetuju untuk menyiarkan versi alternatif dengan pengakhiran yang berbeza dari yang sebelum ini.
Kini, para penonton diberi peluang untuk membuat pilihan sama ada ingin menonton filem Cinta Paling Agung dalam versi umum (versi sedia ada) atau versi Suntingan Terbaru Pengarah (versi alternatif) dengan harga yang sama.
Diterajui Aaron Aziz dan Siti Saleha sebagai pelakon utama, Cinta Paling Agung diisi dengan babak-babak yang penuh dengan elemen kejutan dan mampu memberi impak kepada emosi penonton. Gandingan serasi sedia ada di antara Aaron dan Siti Saleha hasil dari kolaborasi di dalam drama-drama tempatan sebelum ini seterusnya disusuli dengan plot penceritaan yang segar di antara kedua-dua negara (Malaysia dan Indonesia) dijangka mampu menyentuh hati dan membuai perasaan penonton. Hampir keseluruhan pengambaraan Cinta Paling Agung telah dilangsungkan di Jakarta, Indonesia.
Filem ini turut menampilkan Mia Sara, Shahrol Nizam dan Zaskya Ada Meca. Hanung Bramantyo yang terkenal dengan filem popular arahan beliau ‘Ayat-Ayat Cinta’ juga pernah mengarahkan sebuah filem televisyen menerusi platform Astro First Eksklusif berjudul ‘Panik’ sebelum ini.
Penerbit : Nusantara Seni Karya Sdn Bhd
Pengarah : Hanung Bramantyo
Pelakon Utama : Aaron Aziz, Siti Saleha, Zaskya Ada Meca, Mia Sara
Penerbit Eksekutif : Anup Malik
Penerbit : Raam Punjabi
Penulis Skrip : Sofia Rhyland
Lokasi Rakaman : Jakarta
Kategori : Filem Televisyen (FTV)
Durasi : 100 minit
Saluran : Astro First Eksklusif
Tarikh mula siaran : 17 Julai 2015 dan 27 Ogos 2015 (Khamis) untuk
tayangan perdana versi Suntingan Pengarah
Nota: Sila ambil maklum bahawa telefilem Cinta Paling Agung mula ditayangkan di Astro First Eksklusif saluran 480 dari 17 Julai 2015 yang lalu. Kini, Astro First Eksklusif menawarkan Cinta Paling Agung dalam versi Suntingan Pengarah yang akan menemui penonton mulai 27 Ogos 2015 ini. Versi alternatif ini bakal menampilkan pengakhiran (jalan penceritaan) yang berbeza dari versi yang ditayangkan pada ketika ini.
SINOPSIS
Khairi dan Amyza yang telah berkahwin selama hampir sepuluh tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata, Hanna. Di awal perkahwinan mereka, Khairi dan Amyza cukup bahagia melayari alam perkahwinan mereka, namun begitu rumahtangga mereka mula bergolak apabila Khairi bertemu dengan seorang wanita bernama Dewi. Kerana Dewi, Khairi sanggup membuat keputusan untuk menceraikan isterinya. Amyza pada mulanya begitu terkejut dengan keputusan yang dibuat suaminya, tetapi beliau kemudiannya telah memberikan persetujuan untuk menandatangani dokumen penceraian dengan syarat Khairi kembali melayaninya sepertimana mereka baru menjadi pasangan suami isteri suatu masa lalu untuk tempoh tertentu.
Sementara itu, hubungan Dewi dan Khairi tidak berjalan dengan lancar seperti yang disangka kerana ibu bapa Dewi menentang perkahwinan tersebut. Pada masa yang sama, Dewi terus tersepit apabila bekas teman lelakinya, Reza ingin kembali bersamanya. Selepas beberapa hari berlalu Khairi mula merasa keintiman antara dia dan Amyza, dalam masa yang sama Dewi juga membuat keputusan memutuskan hubungan mereka. Khairi menyedari dia masih mencintai Amyza. Mereka kembali bersama untuk mengecapi kebahagiaan yang pernah pudar sebelum ini. Namun demikian, takdir mungkin telah menjadi penghadang kepada cinta mereka. |
PELAKON & WATAK UTAMA
Pelakon | Watak | Deskripsi |
Aaron Aziz
|
Khairi | • Berusia di awal 30-an dan merupakan seorang eksekutif di firma multinasional di Jakarta, Indonesia. Telah berkahwin dengan Amyza selama hampir sepuluh tahun, namun begitu perkahwinan mereka mula goyah apabila Khairi bertemu dengan Dewi. Dewi memberi syarat kepada Khairi untuk menceraikan isterinya. Pada masa yang sama, Khairi juga tidak menyedari sejauh mana cinta Amyza kepadanya.
|
Siti Saleha
|
Amyza
|
• Seorang isteri dan ibu penyayang yang berusia di awal 30-an. Hidupnya sentiasa berkisar mengenai suaminya (Khairi) dan anak perempuannya (Hanna). Dunia Amyza seakan gelap apabila suaminya memberitahunya yang beliau ingin bercerai dan memulakan hidup baru dengan wanita lain.
|
Zaskya Ada Meca
|
Dewi
|
• Berusia di awal 20-an dan merupakan seorang wanita Indonesia yang cantik. Beliau jatuh cinta dengan Khairi dan memberi syarat kepada Khairi untuk menceraikan isterinya jika beliau ingin mengahwininya.
|
Mia Sara | Hanna | • Berusia di antara 8 – 10 tahun, seorang kanak-kanak-kanak yang comel dan anak kepada Khairi dan Amyza.
|