Astro, menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Astro Kasih, dengan sukacitanya mengumumkan jalinan kerjasama mereka dengan F.C. Barcelona yang merupakan kelab bola sepak terkemuka, untuk program Astro Kem Bola 2016.
Astro Kem Bola memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran bola sepak bakat muda dan komited dalam memainkan peranannya bagi mempertingkatkan lagi tahap sukan bola sepak Malaysia.
Astro Berkolaborasi Bersama F.C. Barcelona Untuk Program Kem Bola
[dropcap]T[/dropcap]ahun ini merupakan tahun kelima penganjuran Astro Kem Bola yang mencatatkan rekod penyertaan 12,000 kanak- kanak berusia dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun. Sepanjang empat tahun lalu, 150 peserta telah menjalai latihan intensif yang dikendalikan oleh kelab-kelab bola sepak terkemuka di Eropah.
Hasilnya, 62 peratus atau 51 ini pemain bola sepak muda dari program ini telah berdaftar ke sekolah sukan untuk pendidikan sekolah menengah di Malaysia.
Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro berkata,
“Astro sentiasa komited untuk memartabatkan lagi program-program sukan untuk rakyat Malaysia. Kami menawarkan siaran kandungan sukan terbaik dan paling komprehensif peringkat global dan tempatan untuk semua peminat sukan di Malaysia secara langsung. Melalui rancangan-rancangan yang disiarkan di kaca TV, kami menyambung usaha ini melalui program-program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seperti Astro Kem Bola dan Kem Badminton Astro bagi memupuk lagi semangat kesukanan. Saya gembira kerana tahun ini peserta Astro Kem Bola akan berpeluang berlatih dengan jurulatih dari FCBEscola, sebuah akademi bola sepak di bawah naungan FC Barcelona. “
Óscar Grau, Pengarah FCB Escola berkata,
“FCBEscola menghantar segala-galanya wakil dari kelab kami melalui sukan. Kami menerapkan nilai-nilai dan semngat F.C.Barcelona di Catalonia dan mewujudkan kesetiaan rakyat kami. Setiap kanak-kanak menanam impian untuk bermain bola sepak di bawah naungan F.C. Barcelona, dan apa yang kami laksanakan adalah membawa impian ini ke negara asal mereka. Kami mengajar permainan bola sepak melalui kaedah yang terkenal di dunia i dan melakukan semua itu dengan para pelatih kami sendiri disetiap aktiviti yang dilakukan. Hari ini, kami berbangga untuk membawa lebih daripada 30,000 kanak-kanak mempunyai pengalaman yang menyeronokkan bersama kami melakar detik-detik bermakna bersama FCBEscola untuk masa yang singkat dan merasakan diri mereka seperti pemain F.C. Barcelona.”
Jasbir Kaur, mengiringi dua anaknya yang terlibat dalam program ini gembira dengan persediaan yang disediakan.
“Jurulatih yang dipilih ini merupakan dikalangan jurulatih cemerlang, teratur dan sentiasa bersemangat dengan semua kanak-kanak. Semua permainan dan aktiviti adalah sangat mencabar tetapi amat berguna kepada anak-anak saya. Saya seronok melihat perkembangan dan tahap keyakinan mereka yang kelihatan lebih baik.”
72 kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki yang berumur antara 10 hingga 12 tahun telah dipilih dari klinik latihan bola sepak untuk berlatih di Kuala Lumpur. Berikutan latihan itu, 32 pemain muda akan mendapat peluang untuk berlatih di bawah salah sebuah bengkel latihan bola sepak yang paling berjaya melalui Program Astro Kem Bola Overseas Training dikendalikan oleh F.C. Barcelona dan ditaja oleh Head & Shoulders di Barcelona, Sepanyol pada bulan Disember.
Di samping itu, latihan itu diakhiri dengan lawatan dan permainan bola sepak secara langsung di Camp Nou, stadium bola sepak terbesar di Eropah.
About FC Barcelona
FC Barcelona was founded on November 29, 1899 through the initiative of a Swiss gentleman named Hans Maximilian Gamper, popularly known as Joan Gamper. Since it was founded, the Club has had 44 different presidents. From Walter Wild to the current President, Josep Maria Bartomeu, Barça has grown into a massive social phenomenon that reaches far beyond the bounds of mere sport.
The Club has grown along with the city around it, and has come to represent Barcelona and Catalonia all around the world. The Club is now a global brand and a giant in the sports world. FC Barcelona has one of largest memberships among football clubs worldwide and its achievements have also made it one of the most successful. The many famous victories and the Club’s all-time greats (Kubala, Cruyff, Maradona, Romário, Rivaldo, Ronaldinho, Messi, and so many more) form an important part of the Barça legacy.
FC Barcelona has 19 schools in a total of 14 countries. For FC Barcelona, the schools are one of the best ways to promote the Club’s philosophy — based on respect, effort, ambition, teamwork and humility — among children around the globe.