in

Astro Bakal Lancar Program Terbaru GO SHOP

Beberapa hari lepas, Budiey ada menonton secara tak sengaja sebuah program berbentuk promosi jualan secara tutorial di kaca TV yang diberi nama GO SHOP. Barang yang dijual tu macam-macam tapi kebanyakannya berkaitan dengan gaya hidup wanita atau dalam kata lainnya banyak barang-barang elektrik yang selalu digunakan oleh wanita. Contohnya, pengisar buah-buahan, penyerap habuk aka vacuum, periuk kuali dan macam-macam lagi.

unnamed

Pengacaranya Jimmy Shanley dan bertukar ganti katanya. Kadang-kadang Jimmy dan kadang-kadang ada Azrul Zaidi. Budiey rasa program macam ni dah lama dah tak der kan? Pernah satu ketika TV3 siar program macam ni dulu. Sekarang ada balik.

Seiring namanya, GO SHOP menggalakkan makcik-makcik, ibu-ibu dan kakak-kakak kita membeli belah selepas melihat sendiri barangan jualan di kaca TV.

Go Shop adalah satu lembaran baru dunia beli belah yang menyediakan pelbagai barangan daripada elektronik sehinggalah kosmetik, fesyen, perkakas dapur serta pelbagai lagi barangan canggih dan terkini. Saksikan demonstrasi produk yang menghiburkan di kaca televisyen ataupun boleh melayari tawaran menarik daripada kami menerusi komputer, tablet atau telefon bimbit anda.

Budiey dengar, pada minggu ini, Astro akan melancarkan GO SHOP. Oooh, baru nak lancar, kiranya program ni masih baru lagi kan? Kat sana nanti pasti ada Jimmy Shanley kan? Atau pun Azrul Zaidi. Ooh, lama tak jumpa Jimmy, apa khabar agaknya beliau ya?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Perfume & Album Taylor Swift

Marc Nelson & Rovilson Fernandez Host Asia’s Got Talent