in ,

Senarai Program Menarik & Kempen Raya Astro Sepanjang Aidilfitri 2020

Astro selaras himpunan program istimewa dan tawaran eksklusif di kesemua platform merangkumi TV, radio, digital, iklan komersial, program ganjaran kesetiaan pelanggan dan perkhidmatan e-dagang Go Shop

“Tidak dapat dinafikan, perubahan lanskap kelaziman dan norma baharu fasa pemulihan pasca pandemik COVID-19 memberi impak yang besar kepada keseluruhan strategi yang dirangka untuk menjayakan kempen Aidilfitri Astro pada tahun ini.

Meskipun mengambil pendekatan serba sederhana, semangat hari lebaran tetap diraikan dengan penuh meriah menerusi pengisian komprehensif di kesemua rangkaian platform kami. Perkembangan teknologi masa kini juga turut memudahkan proses adaptasi norma baharu kerana khalayak penonton kami kini lebih celik digital yang pastinya lebih fleksibel. 

ASR1304842 Astro RaRa2020 - Raya KV Final-R1 n

Melihat daripada sudut positif ke atas kekangan sosial berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan, ia ternyata mengukuhkan lagi hubungan seisi keluarga kerana mereka kini meluangkan lebih banyak masa bersama di rumah.

Astro mengambil kesempatan di atas situasi ini untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim dengan menyajikan program-program menarik yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Pengisian lengkap dan tawaran eksklusif sempena Syawal jugak turut diselaraskan di kesemua rangkaian platform Astro merangkumi kandungan televisyen, radio, premium, digital, iklan komersial, program ganjaran kesetiaan pelanggan dan perkhidmatan membeli belah e-dagang Go Shop bagi memberikan hiburan berterusan kepada pelanggan.

Untuk memberi pilihan yang fleksibel, kesemua pengisian ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand.

Menerusi Astro Shaw dan Gempak juga, inisiatif Tangungjawab Sosial Korporat turut diambil dengan membawakan gelak tawa buat anak-anak di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim UMMI Selangor melalui tayangan istimewa filem Hantu Kak Limah. Mereka juga berpeluang untuk bertemu dengan barisan pelakon secara virtual.

Antara kelainan paling ketara yang disuntik untuk kempen Aidilfitri tahun ini ialah menerusi iklan komersial ‘Cerita Raya Dik Non’ yang mengangkat genre animasi bagi menyampaikan intipati utama naratif penceritaan tema yang dipilih.

Perkembangan sektor kandungan animasi tempatan yang kini berada di tahap membanggakan memberi inspirasi kepada Astro untuk menghasilkan karya animasi kreatif sebegini bagi meneroka pasaran tersebut.

Semoga eksperimen kami menerusi kisah kali ini diterima baik dan mampu memberikan kesan yang mendalam seperti iklan-iklan komersial yang pernah diterbitkan sebelum ini.”

Dato' Khairul Anwar Salleh
  1. Memecah tradisi kempen hari lebaran, buat pertama kalinya Astro tampil kelainan menerusi iklan komersial rayayang mengangkat genre animasi menggunakan teknik 3D dengan sentuhan 2D. Ia turut memaparkan ciri tradisi dan elemen budaya masyarakat tempatan yang diterapkan menerusi penceritaan kisah ‘Cerita Raya Dik Non’.
  • Sambutan hari lebaran tentunya tidak akan lengkap jika tidak diiringi dengan dendangan lagu raya. Istimewa pada tahun ini, empat penyanyi berbakat besar; Sufi Rashid, Ara Johari, Usop dan Loca B berpadu suara menerusi lagu ‘Senyuman Raya’. Buah tangan terbaharu terbitan Rocketfuel Entertainment ini akan dilancarkan di platform JOOX dan Spotify bermula 15 Mei 2020.

KANDUNGAN TELEVISYEN MENARIK SEPANJANG SYAWAL

  • Istimewa untuk pelanggan NJOI, nikmati akses langganan saluran Astro Ria (124) dan Astro Warna (127) selama 30 hari dengan hanya RM30 sahaja. Dapatkan Pek Senyuman NJOI di saluran 200 atau melalui njoi.com.my bermula 30 April hingga 30 Jun 2020 ini.  Layari www.astroraya.com.my untuk sebarang maklumat lanjut.
  •  turut menghidangkan program Sepahtu Reunion Al Raya 2020’, ‘Sembang Raya #dudukrumah’ menerusi Astro Warna & Warna HD, ‘Rasa Nostalgia Aidilfitri’ menerusi Astro Prima & Prima HD serta filem-filem menarik seperti ‘Ejen Ali The Movie’ (Astro Ria), 17 Puasa’ (Astro Warna) serta banyak lagi.
  •  daripada yang terkini hingga ke retro turut menemani penonton di kesemua rangkaian saluran Astro sepanjang Aidilfitri ini seperti ‘Sangkar’, ‘Wira’, ‘Pusaka’, ‘Siccin’ Bahagian 1 hingga 4, ‘Jumanji Welcome To The Jungle’, ‘Hotel Transylvania’, ‘Despicable Me’, ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’, ‘17 Puasa’, ‘Mann’, ‘Wanted’, ‘Main Prem Ki Diwani Hoon’, ‘Janji Diana’, ‘Azura’, ‘Cinta Kita’, ‘Pee Mak’, ‘Ghost Ship’, ‘Telaga Angker’, ‘Polis Evo 2’, ‘My Stupid Boss’ serta banyak lagi.
  • ‘Geng Big Stage Beraya 2.0’ dan ‘The Cuba Show: Edisi Raya’ (Astro Ria), ‘My Buskers Raya’ dan ‘Mingguan Wanita S3 Raya’ (Astro Prima) serta banyak lagi.
  •  penuh kontroversi popular yang memaparkan sejarah kerajaan Turki Uthmaniyah di bawah pemerintahan Sultan Sulaiman, ‘Magnificient Century Musim Ketiga’ juga bakal ditayangkan secara eksklusif di musim lebaran ini. Selain itu, drama ‘Perang Jozlynn Balik Raya’ dan ‘Aku Benci Kpop’ juga turut dihidangkan.
  • Program istimewa animasi dan kanak-kanak juga turut disajikan sepanjang Syawal menerusi saluran Astro Ceria seperti koleksi siri animasi seperti ‘Omar & Hana Musim 3’, ‘Salam Squad 2.0’, ‘SMK : Raya Dekat Jauh’ dan filem ‘BoBoiBoy Movie 2’ serta program selingan Upin & Ipin ‘Lepak @ Les Copaque’ di Astro Prima.
  • Dua saluran definisi tinggi baharu dalam Pakej Indo Pek; Astro Rania HD (112) dn Astro Aura HD (113) tidak ketinggalan dalam membariskan program-program menarik termasuklah sinetron dan program realiti terhangat dari seberang sepanjang Syawal. Antaranya termasuklah  ‘Cinta Buta’, ‘Ketupat Opor Terakhir Lebaran Ibuku’, ‘Golden Memories 2’, Kuch Kuch Dangdut’, ‘Rebutan Bidan Biduan Geulis’, ‘Liga Dangdut 2020’ dan banyak lagi. Akses pratonton komplimentari turut dibuka mulai 23 Mei hingga 30 Jun 2020.
  1. Sebagai bonus, sempena sambutan ulang tahun ke-70 pelakon lagenda Rajinikanth pada tahun ini, saluran komplimentari istimewa Rajini70 (100) yang bakal menyiarkan 70 buah filem box office terkenal lakonan hero lagenda akan dibuka tanpa sebarang caj tambahan bermula 1 hingga 30 Jun 2020. Antara filem-filem hebat yang akan disiarkan termasuklah ‘Darbar’, ‘Chandramukhi’, ‘2.0’, ‘Sivaji The Boss’, ‘Kala’ dan banyak lagi.

KANDUNGAN ASTRO SHAW, ASTRO FIRST, ASTRO BEST & ON DEMAND

  1. Astro Shaw membawakan 4 buah filem baharu yang telah melangkau tayangan di pawagam secara eksklusif ke platform Astro First sempena sambutan Aidilfitiri. ‘Manap Karaoke’, ‘Syif Malam Raya’, dan ‘ROH’ adalah senarai filem yang disajikan di pawagam rumah anda. Melalui saluran yang sama, Astro First turut membawakan beberapa buah filem lain seperti  ‘Perempuan Tanah Jahanam’ , ‘Jodoh Syaitan’ dan ‘Keluarga Iskandar The Movie’.
  • Manakala koleksi filem antarabangsa menerusi Astro Best pula termasuklah  Bloodshot’, ‘Spies in Disguise’, ‘Star Wars: The Rise of Skywalker’, ‘Brahms: The Boy II’, ‘Sonic the Hedgehog & Wonder Park’, ‘Missing Link’ dan  ‘Bad Boys For Life’.
  • Bagi memberi lebih pilihan tambah nilai, para pelanggan juga boleh menikmati akses penuh kesemua koleksi boxset’ dan filem tempatan pelbagai genre pada bila-bila masa menerusi perkhidmatan on demand dan aplikasi Astro Go tanpa sebarang caj tambahan. Antara ‘boxset’ yang tersenarai sepanjang Syawal termasuklah ‘DO[S]A’, ‘Sepahtu Reunion Raya Gear’, ‘Opocot Melatah Mega’, ‘Di Balik Tawa Edisi Raya’ dan ‘Bintang Minggu Ini Raya Special‘. Manakala filem-filem menarik pula antaranya seperti ‘Saya Jual Ye Bang’, ‘Kafir: Bersekutu Dengan Setan’, ‘Che Pa’, ‘Berani Jadi Papa’, ‘Oo Nina BoBo’,  ‘Seru’ dan ‘Baby Bro!’.

KANDUNGAN RADIO ASTRO SEPANJANG SYAWAL 2020

  1. Pada perayaan Aidilfitri tahun ini, Astro Radio menerusi ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN turut menawarkan program-program menarik untuk menghibur dan menemani para peminat melalui platform media sosial.
  • Para peminat boleh mengongsikan gambar-gambar mereka di Hari Raya melalui ‘Raya OOTD ERA’ dan juga gambar-gambar kuih raya unik mereka dalam ‘Kueh Raya ERA 2020’ dengan ERA.
  • Semua berpeluang menyaksikan artis-artis kesukaan mereka bersama personaliti Pagi Di SINAR menerusi ‘Raya Maya SINAR’ dan juga boleh berkongsi gambar suasana keluarga beraya dalam ‘Gaya Raya 2020’dengan SINAR. 
  • Raikan Aidilfitri bersama GEGAR dan hantarkan teks ucapan raya menerusi ‘Salam Aidilfitri GEGAR’ serta video raya dalam ‘Anak Rantau Pantai Timur’.
  • Para peminat juga boleh kongsikan gambar baju ‘OOTD (outfit of the day)’ Raya dalam ‘ZAYAN Of The Day’ dan berpeluang untuk sampaikan dedikasi raya dalam ‘Salam Raya ZAYAN’ kepada keluarga dan kawan-kawan menerusi media sosial.

KANDUNGAN DIGITAL ASTRO SEPANJANG SYAWAL 2020

  1. Gempak membawakan sebuah filem pendek berjudul ‘Gerakan Serunding’ menampilkan pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, pertandingan nyanyian Impress Your Idol Raya’ bersama artis popular seperti Hael Husaini, perkongsian menarik mengenai tradisi normal baharu sambutan Aidilfitri pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi program infotainment ‘Gempak TV Raya’ bersama hos Isha Norsham dan Daniel Cheang dan drama mini kompak ‘Drama Chat’ menampilkan Fikry Ibrahim dan Sharifah Sakinah untuk episod pertama. Layari www.gempak.com untuk maklumat lanjut.
  • Sementara itu, Rojak Daily pula membawakan program masakan ‘Senang Jer’ yang menampilkan chef-chef jemputan untuk mengajar cara-cara menyediakan hidangan kegemaran ramai seperti roti john, murtabak dan jus mangga serta program kecerdasan fizikal ‘Fit For Raya’ menampilkan atlet terkenal dalam sukan mempertahankan diri, Ann Osman serta sitkom menarik ‘How Not To Lose Your Job’. Layari www.rojakdaily.com untuk maklumat lanjut.
  • Ria X juga tidak ketinggalan membariskan program-program menarik sepanjang Syawal seperti program kiriman kad raya digital oleh orang ramai dan selebriti yang dihantar ke astroraya.com.my menerusi ‘Salam Senyuman Raya’, program muzikal ‘RayaCapella’, program game show Hang Peka Hang Teka Raya’,  siri tutorial solekan dan kecantikan oleh barisan artis popular dan selebriti internet menerusi  ‘Intrend Cantik Tak? Musim 2’.
  • SYOK pula menyajikan siri video ‘Baju Raya, Baju Berkurung’ mengenai cabaran seorang tukang jahit untuk bertahan ketika penularan wabak COVID-19, ‘Raya Lain Macam’ memaparkan persiapan raya secara sederhana yang dilakukan di rumah serta video-video menarik seperti ‘Buat Kuih Raya Kat Rumah Je!’ untuk resipi kuih raya, ‘Mix n Match Recycle Baju Raya’ untuk idea fesyen baju raya, dan ‘Boys Ketupat Challenge’ untuk cabaran membuat ketupat. Muat turun aplikasi SYOK untuk menikmati video-video sepanjang Aidilfitri.

IKLAN RAYA ASTRO 2020 : ‘CERITA RAYA DIK NON’

  1. Iklan komersial ‘Cerita Raya Dik Non’ ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Dik Non yang berhasrat untuk menjadi adiwira setelah menonton siri superhero kegemarannya di televisyen. Impian Dik Non turut mendapat dorongan daripada bapanya, Pak Mail. Sepanjang penceritaan kisah ini, Dik Non banyak membantu jiran-jirannya dalam pelbagai keadaan dan situasi dengan semangat adiwiranya itu. Walaupun ‘bantuan’ yang dihulurkan oleh Dik Non tersebut berlaku di dalam mimpi, Dik Non tetap membawa semangat itu dengan membantu bapanya di rumah ketika menyambut Aidilfitri.  
  • Pemilik pelakon suara di sebalik dua watak utama kisah ‘Cerita Raya Dik Non’ ini dibawakan oleh Dato’ Khairul Anwar Salleh yang melakonkan watak Pak Mail dan Nurdianah (Dee) untuk watak anak perempuannya, Dik Non. Pemilihan mereka untuk menjayakan iklan ini adalah berdasarkan perwatakan dan suara yang bersesuaian dengan watak dan mood penceritaan kisah ini. 
  • Tenaga kerja di balik tabir yang terlibat dalam proses pembikinan iklan komersial animasi ini menyaksikan kolaborasi strategik di antara pihak Astro, agensi periklanan Naga DDB Tribal, syarikat produksi Graph Studios dan rakan animasi FNL Project. 
  • Kisah ‘Cerita Raya Dik Non’ diarahkan oleh sutradara Derrik Yaw yang turut mengarah iklan komersial ‘Raya Kuasa 7’ tahun lalu. Pemilihan beliau adalah berdasarkan pengalamannya mengarahkan pelbagai iklan komersial sebelum ini serta mempunyai citarasa seni yang kreatif dan gaya penceritaan yang bersesuaian dengan tema tahun ini.

PROGRAM GANJARAN ASTRO 

  1. Peraduan Senyum Lebaran’ – Tempoh penyertaan bermula 12 Mei hingga 30 Jun 2020 

Istimewa untuk semua pelanggan Astro. Menang Duit Raya hingga RM100,000! Hadiah mingguan sebanyak RM100 tunai menanti 125 pelanggan bertuah! Anda hanya perlu menjawab tiga soalan mingguan dan pastikan anda tiada bil tertunggak. Jangan tunggu lagi, sertai peraduan ini sekarang. Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan Bersama ASTRO! Untuk maklumat lanjut, layari contests.astro.com.my

  • ‘Astro Rewards’

Astro Rewards merupakan sebuah program kesetiaan pelanggan yang menawarkan ganjaran dan promosi eksklusif kepada para pelanggan tanpa perlu mengumpul mata untuk menebus tawaran-tawaran yang ada. Untuk maklumat lanjut, layari rewards.astro.com.my

Tawaran untuk pelanggan Astro. Layari www.astroraya.com.my untuk maklumat lanjut.

  • Siti Khadijah – Raya lebih eksklusif dengan koleksi terbaharu jenama Siti Khadijah dengan tambahan diskaun sebanyak 5% apabila anda berbelanja RM300 minima. Promosi bermula pada 1 hingga 31 Mei 2020.  
  • GO Shop – Dapatkan sajian terindah bersama yang tersayang dengan diskaun RM20 apabila berbelanja di platform e-dagang GO Shop. Promosi bermula pada 1 hingga 31 Mei 2020. 

GO SHOP

  1. Sempena Raya Aidilfitri, Go Shop telah menyediakan saluran khas 24 jam, Go Shop Ramadan & Raya Edisi Khas (111) untuk pelanggan membeli-belah produk-produk Go Shop seperti fesyen, perkakasan rumah, peralatan dapur dan produk Islamik. Para pelanggan boleh menikmati program ‘Assalamualaikum Ramadan’, ‘Syukur Ramadan’, ‘Dapur Selebriti’, ‘Stail TV’, ‘Go Shop Express’ dan ‘Diari Rumah’ untuk mendapatkan tip-tip penambahbaikan rumah, trend fesyen raya terkini dan idea memasak daripada chef selebriti seperti Chef Wan, Chef Florence Tan dan Chef Dr Kamarul.
  • Go Shop juga telah melancarkan permainan dalam aplikasi, ‘Go Shop Beraya Game’ untuk para pelanggan memenangi kupon-kupon bernilai sejumlah RM45,000 sehingga 3 Jun 2020. Para pelanggan hanya perlu membuka aplikasi Go Shop, klik pada ikon ‘Go Shop Beraya Game’ untuk peluang memenangi kupon. Layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Go Shop.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pak Long Hafizal ‘Gian’ Buat Ulasan Sukan

Sharifah Shahira Hos Dari Dapur Saya ke Dapur Anda