in

Kemudahan Bermalam di Aston Tropicana Bandung

Kota Bandung di Indonesia semakin hari semakin membangun dan bandar di Jawa Barat Indonesia ini terus kekal sebagai salah satu destinasi pilihan utama pelancong Malaysia.

Hampir setiap hujung minggu, bandar ini bukan sahaja dipenuhi dengan kemasukan para penduduk dari Jakarta, tapi juga para pengunjung dari Malaysia dan Singapura. Sesesuai dengan industri pelancongannya yang terus berkembang, jumlah hotel juga semakin banyak di kota ini.

Untitled

Walaubagaimanpun hanya terdapat beberapa hotel di sini yang dapat memberikan kemudahan dari segi lokasi ke pusat membeli-belah dan tempat-tempat makan. Hotel Aston Tropicana Bandung Hotel merupakan salah satu hotel yang dimaksudkan.

Berbekalkan kedudukan strategik yang terletak sangat dekat dengan pusat-pusat membeli-belah Cihampelas Walk, serta kawasan perniagaan cenderamata khas Bandung, pusat-pusat hiburan dan padang-padang golf terkemuka, hotel ini pastinya menjadi pilihan tepat buat mereka yang mahukan kemudahan semasa melawat kota Bandung.

Selain itu jenama Aston yang terkenal di seluruh Indonesia ini memberikan perkhidmatan terbaik buat para pengunjungnya. Dilengkapi dengan 138 bilik-bilik yang cantik dan bersambung dengan kemudahan internet wi-fi, pelanggan diberi kebebasan untuk memilih penginapan yang sesuai.

Hotel ini juga sangat sesuai bagi mereka yang berkeluarga kerana ia mempunyai kemudahan-kemudahan seperti kolam renang, pusat kesihatan serta gimnasium, dan semestinya restoran yang menyajikan pelbagai pilihan makanan enak seperti makanan tempatan dan juga hidangan antarabangsa.

Aston Tropicana juga menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti dewan dan ruangan khas bagi tujuan mesyuarat, seminar, majlis-majlis tertentu dan seumpamanya.

Kesimpulannya, Aston Tropicana Bandung Hotel memang harus dikunjungi sekiranya anda mahukan kesenangan sewaktu berlibur di Bandung kerana ia menawarkan hanya yang terbaik buat setiap pengunjung!

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Kemudahan bermalam di Aston Tropicana Bandung
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Persembahan Selebriti Popular di Malam Gegar DMS 2015

Kisah Perebutan Kuasa Dalam Siri TV Inggeris REIGN di TV2