Menurut NASA’s Center for Near Earth Object Studies(CNEOS), asteroid yang dikenali sebagai (52768) 1998 OR2 itu didakwa berukuran antara 1.1 batu dan berdiameter lebih sedikit daripada 2.6 batu. Asteroid itu dijangka akan melepasi bumi pada kelajuan 20,000 batu/jam, pada jarak 4 juta batu (6 juta km) dari bumi atau bersamaan dengan 16 kali jarak antara bumi dengan bulan.
Sungguhpun laluan orbit asteroid itu sedia diketahui tidak akan menghentam bumi, tetapi ia tetap dikategorikan sebagai asteroid yang boleh membahayakan bumi kerana saiznya yang besar.
Asteroid (52768) 1998 OR2 ini dijangka akan kembali menghampiri bumi dalam tahun 2079 nanti pada jarak yang lebih dekat iaitu sekitar 1 juta batu dari bumi (bersamaan dengan 4 kali jarak antara bumi dengan bulan).
Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, NASA telah mengesan semakin banyak orbit asteroid baru mengelilingi matahari.
Sumber: Wiser