Mengangkat inspirasi warna-warni dunia fesyen Islamik dan sebagai usaha mengembangkan lagi industri tersebut, AIFW Event dengan segala hormatnya membawakan kepada anda acara kegemilangan fesyen Islamik Asia yang pertama di Malaysia – Asia Islamic Fashion Week 2017 (#AIFW2017).
Ia merupakan acara dagangan yang direka khusus untuk mempersembahkan gabungan kesantunan fesyen dengan gaya terkini yang tidak lari daripada konteks Islamik.
Malaysia bersedia menjadi tuan rumah buat acara yang julung-julung kali diadakan ini bermula 30 Mac – 2 April 2017. Industri runcit ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang berprestij selama (4) empat hari dari jam 10 pagi hingga 8 malam setiap hari, untuk semua pihak mendekati dan memiliki trend mutakhir dalam persalinan busana, aksesori, kosmetik dan sumber yang berinspirasi Islam.
Bertemakan ‘Memperkenalkan Asia Sebagai Pusat Global Fesyen Islamik’, #AIFW2017 bercita-cita untuk menjadi ruang pasaran bagi fesyen dan gaya hidup Islamik berpengaruh di Asia, dengan menyediakan medan bagi komuniti bisnes fesyen Islamik bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan.
“Kami dengan rasa bangga mengalu-alukan semua peserta pameran, pereka, pembeli dagangan dan pengunjung dari seluruh dunia untuk menjadi sebahagian daripada acara yang hebat ini.
“Lebih daripada 10,000 pengunjung, 180 peserta pameran, 100 pereka, 200 pembeli dagangan antarabangsa, pencetus pengaruh fesyen, eksekutif bisnes, jurugambar fesyen dan keseluruhan pengamal media dari lebih 20 negara dijangkakan mengambil bahagian dalam #AIFW2017,” ujar pengasas dan pencetus #AIFW2017, Fuza Umar.
Ujar Fuza lagi, “Lebih membanggakan lagi, kami dengan besar hatinya ingin mengumumkan kerjasama kami dengan destinasi fesyen Online Asia, Zalora, selaku rakan E-dagang (E-commerce Partner). Dengan kehadiran di Singapura,Indonesia, Malaysia serta Brunei,Filipina, Hong Kong dan Taiwan, kami percaya bahawa ZALORA merupakan platform online terbaik untuk mempromosikan industri fesyen Islamic di seluruh Asia. Kami juga turut berbangga untuk mengumumkan dua ‘fashion influencers’ #AIFW2017;”
– Dian Pelangi – pereka fesyen serba boleh dari Indonesia,
pemenang anugerah, entrepreneur berjaya dan
merupakan salah seorang ikon fesyen berpengaruh
dalam komuniti Islamic Global dengan memilki 4.4
juta pengikut di laman Instagram.
– Mizz Nina – Salah seorang ikon Malaysia yang dipandang tinggi
dan dihormati kerana usahanya dalam
dakwah,fesyen dan kerja-kerja kemanusiaan.
Dalam penyataannya, Mizz Nina berkata, “Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan berasa dihargai kerana menjadi sebahagian dari #AIFW2017. Ini merupakan sebuah platform yang menarik untuk pereka fesyen modest, mereka yang mempunyai bakat dan juga jurucakap dari serata dunia. Lebih penting lagi kerana ia menggabungkan fesyen, kepercayaan dan kecantikan untuk diperlihatkan kepada dunia.”
Tiga elemen utama #AIFW2017 adalah:
i. Pertunjukan Dagangan Fesyen
Sebuah platform untuk rangkaian perniagaan fesyen dan gaya hidup Islamik yang mapan serta berkeuntungan. Daripada jenama mewah, hingga ke trend terkini dalam fesyen yang santun, #AIFW2017 membawakan peserta pameran dari seluruh dunia yang menjadi nadi bisnes fesyen Islamik.
ii. Pertunjukan Fesyen
Memperkenalkan trend terkini fesyen Islamik daripada pereka terkenal, peruncit terunggul, butik dan pereka fesyen bebas. Persembahan di runway atau pentas peragaan adalah sesuatu yang wajib disaksikan.
iii. Interaksi Fesyen
Memperkayakan orang Islam dengan pengetahuan tentang fesyen Islamik berasaskan nilai-nilai Islamik, menerusi sesi perbincangan interaktif oleh panel dari pelbagai bidang dalam industri fesyen dan perdagangan Islamik.
Mengenai Industri Fesyen Islamik
Menurut Laporan Kedudukan Ekonomi Islamik Global 2015/16 yang dikeluarkan secara bersama oleh Reuters, konsumer Muslim sedunia membelanjakan sejumlah AS$230 bilion untuk pakaian pada 2014, menjadikan pasaran pakaian Muslim membentuk 11 peratus daripada perbelanjaan global, dengan kadar pertumbuhan sebanyak 3.8 peratus berbanding tahun lalu. Angka tersebut dijangka mencecah AS$484 bilion menjelang 2019.
Saiz pasaran yang ketara ini memerlukan perhatian dan pelaburan dari seluruh dunia. Pemain fesyen arus perdana utama daripada Uniqlo dan Mango hinggalah kepada pereka fesyen aras tinggi seperti Dolce & Gabbana dan Tommy Hillfiger telahpun mengikut jejak langkah DKNY yang melabur dalam sektor ini.
Semua ini berlaku seiring perkembangan syarikat-syarikat fesyen Muslim yang kini meneroka pasaran. Platform e-dagang seperti Hijup (Indonesia) dan Modanisa (Turki) juga menerima kemasukan pelaburan yang besar untuk memperkembangkan asas pengguna masing-masing.
Laporan berkenaan turut menggariskan bahawa Malaysia mendahului majoriti kategori industri Halal dalam Petunjuk Ekonomi Islamik Global. Sebagai negara Islam yang moden dan progresif, Malaysia telah lama membawa aspirasi Hab Halal Global, dengan merintis banyak inisiatif Halal serta menjadi tuan rumah kepada inisiatif yang berkaitan seperti #AIFW2017 demi mencetus kesedaran lebih luas tentang pasaran Halal.