Budiey nak mengucapkan tahniah kepada selebriti dan usahawan berjaya, Ashraf Muslm dan isteri pertamanya iaitu Noor Dayana apabila mereka telah selamat menimang cahaya mata pertama semalam.
Menurut sumber, berita gembira tersebut telah disampaikan oleh oleh bapa Dayana sendiri iaitu, Haji Lokman Abdul Hamid melalui laman sosial Facebook.
Antara kapsyen yang dikongsi:
“Kami sekeluarga sujud syukur kepada Allah SWT atas kelahiran permata hati yang baru. Petang tadi anak saya, Noor Dayana selamat melahirkan putera pertama dia, baby boy, 2.85 kg. Tahniah kepada Dayana dan Ashraf.”
“Kehadiran cucu kedua ini memang dinanti-nantikan sekian lama dan kami sekeluarga bersyukur kpd Allah SWT atas kelahiran cucu yang kedua ini. Ameen ameen ameen,†luah bapanya penuh rasa gembira dan syukur di laman sosial tersebut.
Berita ini sudah tentu menggembirakan seluruh peminat Ashraf Muslim yang sudah lama menantikan bayi pertama dari Dayana ini. Apapun dengan bertambahnya ahli keluarga Ashraf Muslim ini bakal memberikan rezeki yang semakin melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan.