Selepas beberapa lama berdiam diri, akhirnya pelakon Ashraf Muslim, 32, memberikan kenyataan mengenai dedas-desus yang menyatakan dia akan berkahwin dua.
“Dayana masih satu-satunya isteri saya yang sah.” tegas pelakon itu.
Ashraf, bagaimanapun tidak menafikan yang dia ada ke Mahkamah Syariah sebelum ini tetapi enggan mendedahkan butiran terperinci mengenainya kerana perkara itu bersifat terlalu peribadi.
“Memang saya mengaku pergi Mahkamah Syariah tetapi untuk apa dan buat apa, saya tidak boleh kongsi. Saya harap semua faham kerana banyak hati yang perlu saya jaga, saya tidak mahu kerana kenyataan saya akan menyebabkan salah faham yang lebih besar.”
Sumber: Kosmo