in ,

Ashraf Muslim Kahwin Sakinah Bukan Sebab Anak

Semalam, Budiey telah dijemput untuk hadir di Sidang Media Khas Bersama Ashraf Muslim di Busana, Menara MARA, Kuala Lumpur pada jam 3 petang di mana selebriti yang telah mencetuskan spekulasi ramai ini tampil untuk menjelaskan perkara sebenar.

Menurut Ashraf Muslim, dia mengambil Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, sebagai isteri keduanya bukanlah disebabkan ketiadaan zuriat selepas berkahwin dengan Noor Dayana Lokman.

Ashraf Muslim Kahwin Sakinah Bukan Sebab Anak

“Saya mengadakan sidang media ini kerana apabila saya mengambil pendekatan berdiam diri mengenai isu ini, timbul pelbagai spekulasi dan kata-kata yang kurang baik. Datang perkara yang menjatuhkan saya, menghina saya, menghina isteri-isteri saya. Jadi biar sidang media ini menerangkan perkara yang saya diamkan selama ini.”

“Saya berkahwin dengan Sakinah kerana memang hati saya terdetik untuk menikahi dia dan bukan kerana alasan ketiadaan zuriat. Saya mengenali Sakinah sudah lama iaitu sebelum saya berkahwin dengan Dayana lagi. Saya bukan manusia sempurna.”

Ashraf berkahwin dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai lalu di Pattalung, Selatan Thailand yang turut dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak. Ashraf Muslim mengambil keputusan untuk berkahwin di Thailand sebelum menerima kebenaran poligami daripada mahkamah adalah kerana berlaku beberapa perkara di luar jangkaan.

“Saya mahu menjaga hati ramai pihak dan pada asalnya ingin memberitahu semua selepas semuanya selesai. Namun sebelum sempat untuk beritahu Dayana sudah mengetahui terlebih dahulu apabila menjumpai beberapa bukti dan tiket penerbangan di dalam beg saya.”

Sementara itu, Ashraf turut mengakui telah merujuk perkara tersebut kepada beberapa pihak serta golongan ustaz dan pakar kaunseling sebelum membuat keputusan berpoligami itu.

gambar-pernikahan-ashraf-muslim-dan-wan-sakinah

“Saya tahu ia sesuatu yang sukar terutama sekali untuk berlaku adil kepada kedua-dua pihak. Saya sudah minta pendapat kepada semua pihak termasuk keluarga saya, memang ada yang tidak setuju tapi ini adalah keputusan yang saya buat.”

Katanya, buat masa ini tanggungjawab utama adalah untuk menjernihkan keadaan dan memulihkan hubungan isteri-isteri dan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Alhamdulillah, keadaan saya baik-baik sahaja, begitu juga isteri-isteri saya. Saya tak mahu apa yang berlaku merosakkan hubungan kami. Saya tak mahu hubungan saya antara keluarga saya, keluarga-keluarga mertua dengan saya jadi tak baik disebabkan cakap-cakap orang.”

“Sekarang saya dalam proses untuk memujuk kedua-dua belah keluarga dan tenangkan keadaan. Namun keadaan di luar masih belum tenang. Dayana pun dalam proses untuk menerima keadaan, begitu juga Sakinah yang banyak terima kecaman daripada orang luar. Saya hanya nasihatkan mereka agar banyak bersabar dan ikut cakap saya.”

Tambah Ashraf lagi, dia sudah mempunyai perancangan masa depan kepada kedua-dua isterinya.

Ketika ditanya mengapakah Ashraf mengambil pendekatan berkahwin kali kedua bersama Wan Sakinah di Thailand, dia menjelaskan agak sukar untuk dirinya membuat keputusan untuk berkahwin di sana.

“Sebelum saya berkahwin, saya rujuk kepada beberapa orang ustaz dan pakar kaunseling. Saya tak mahu buat keputusan melulu. Apabila saya terangkan, ada yang tidak boleh menerima. Apabila ramai orang buat spekulasi, perkara itu akan aibkan ramai orang. Jadi saya buat keputusan untuk berkahwin di luar negara.”

“Saya tak kahwin lari. Keluarga saya dan keluarga Sakinah ada bersama ketika kami menikah di Pattalung, Thailand. Lebih 30 orang turut ke sana menyaksikan pernikahan kami. Namun begitu, isteri pertama saya, Noor Dayana tak tahu. Tapi saya tahu hatinya terluka. Saya ingin minta maaf banyak-banyak jika keputusan saya membuat hatinya sedih. Saya merancang ingin memberitahu Dayana selepas saya berkahwin di sana, tapi belum sempat saya beritahu, Dayana sudah tahu dahulu kerana dia terjumpa tiket penerbangan saya. Apa nak buat, Tuhan nak tunjuk.”

Tambah Ashraf lagi, dia sudah mempunyai perancangan masa depan kepada kedua-dua isterinya.

Ashraf juga meminta maaf kepada keluarga kedua-dua belah pihak serta peminat kerana timbulnya isu di luar jangkaan sebegini. Budiey satu je, tak sabar nak tengok anak Ashraf Muslim, mesti comel-comel dan lawa-lawa.

Macamana puasa korang? Jgn lupa untuk calonkan nama keluarga & kawan-kawan anda & anda berpeluang untuk iftar dengan hadiah juadah Mangkuk Tingkat bersama Coca Cola, klik di : SINI

Ashraf Muslim Kahwin Sakinah Bukan Sebab Anak-08

ashraf-muslim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nora Danish Mengaku Berkawan Rapat Dengan Anak Menteri

Video Puasa Yang Yuk Iklan Raya Aidilfitri TM 2013