Oh, Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim dah putus cinta rupanya… mmm mungkin ini berita baik kepada perempuan di luar sana yang meminati Ashraf Muslim…. mahu masuk merisik kah?
Kenapa Ashraf & Sherry putus cinta?
KEHANGATAN cinta pelakon Ashraf Muslim dengan Sherry Ibrahim tak sampai di penghujungnya. Mereka bercinta bagai na5k rak tapi tu la kadang-kadang bercinta bagai nak mati pun jodoh tak panjang juga.
Selepas berita perpisahan Ashraf dan Sherry di siarkan media, ramai yang tertanya-tanya apa punca mereka berpisah?
Bukan apa sampai ke hari ini kedua-dua mereka tak mahu buka mulut mengenai kisah itu. Tapi yang sampai ke telinga Niezam khabarnya Ashraf dah banyak kali menasihati Sherry supaya ubah perangai tapi Sherry tak juga berubah.
Ubah perangai? Perangai macam mana pula tu? Perangai kaki shopping ke? Kalau bab-bab shopping memang semua perempuan macam tu. Susah nak ubah dah.
“Bukan bab tu la tapi aku dengar cerita Ashraf banyak bagi nasihat pada Sheery. Tapi Sherry tak boleh ikut. Sebab tu la hubungan dia orang “panas” dan terus putus,” kata sumber.
Oh… pasal itu ke? Ye la… kadang-kadang nak suruh seseorang ubah perangai pun bukannya mudah. Kena ambil masa. Itu namanya cabaran. Kalau tak ada cabaran, tak best la nak bercinta betul tak?
Walaupun hubungan mereka dah retak seribu tapi khabarnya dia orang masih lagi berkawan baik. Dalam masa yang sama ada sumber memberitahu hati Sherry sebenarnya masih pada Ashraf lagi. Bagaimana perasaan Ashraf terhadap Sherry tu tak tahu la pula ya?
Baguslah kalau berpisah dengan cara yang baik. Mungkin selepas ni kalau ada jodoh, hubungan mereka tentu akan terjalin kembali.
Niezam pun suka dengan Ashraf kerana dia seorang yang berbudi bahasa dan kuat pegangan agama. Sebab itulah muka dia nampak bersih suci dan murni.