Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Di Ombak Resah iaitu Ashira mengakui hilang punca pendapatan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu berikutan pandemik wabak Covid-19.
Menurut Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 35, dia sudah mencuba pelbagai cara untuk menampung kehidupan bersama anak lelakinya namun semuanya tidak menjadi.
Cerita Ashira sebak, dia akur dengan arahan pemilik rumah sewanya setelah dia gagal membayar duit sewa sebanyak RM1,200 selama enam bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada Mac lalu. Ashira dihalau keluar sehari selepas mendapat berita terpilih menyertai Gegar Vaganza musim ketujuh.
“Sejak PKP kehidupan saya tak berapa baik dan hilang punca pendapatan. Sebelum ini, saya menyanyi di sebuah kelab malam tapi sekarang kan tak dibenarkan buka sebab itu saya tak ada income,”
– Ashira
“Saya ada cuba pelbagai cara untuk survive dengan menjual laksa dan tolong kawan berniaga secara online tapi nampak gayanya semua tak menjadi dan saya cuba benda lain juga… buat live di Bigo.
“Dapat la duit sikit untuk bayar bil elektrik dan air tapi masih tak lepas bayar sewa rumah. Setengah tahun juga saya tak mampu nak bayar. Kalau ada duit lebih pun saya boleh bayar dalam RM100 macam itu.
“Allah beri dugaan… sehari selepas dapat berita saya layak masuk GV7, saya diminta keluar dari rumah itu dan hari ini (Selasa) merupakan hari terakhir saya perlu serahkan kunci,”
– Ashira
Ashira ditemui ketika sidang media memperkenalkan 14 peserta program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh di Envi Skydining, Aras 36, Menara Ta One, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur pada Selasa.
“Buat sementara ini, saya menumpang di rumah kakak tapi terpaksa berpisah dengan anak saya. Dia terpaksa tinggal di rumah kakak saya lagi seorang sebab rumah yang saya duduk ini tak cukup ruang untuk dia.
“Saya betul-betul rasa down dan hilang keyakinan. Nak kata kemurungan, saya tak tahu la tapi ada ketika saya akan tiba-tiba menangis dan terfikir apa kesalahan besar yang saya lakukan sampai diduga sebegini.
– Ashira
Ashira tinggal bersama anak lelakinya iaitu Megat Shazril Haziq Hadi, 14 tahun selepas bercerai lima tahun lalu.
Dalam pada itu, Ashira memberitahu dia kini menumpang di rumah kakaknya di sekitar Kuala Lumpur dan terpaksa berpisah dengan anaknya buat sementara waktu.
“Buat sementara ini, saya menumpang di rumah kakak tapi terpaksa berpisah dengan anak saya. Dia terpaksa tinggal di rumah kakak saya lagi seorang sebab rumah yang saya duduk ini kecil.
“Saya betul-betul rasa down dan hilang keyakinan. Nak kata kemurungan, saya tak tahu la tapi ada ketika saya akan tiba-tiba menangis dan terfikir apa kesalahan besar yang saya lakukan sampai diduga sebegini,”
– Ashira
Ashira turut memberitahu, anaknya juga mengalami tekanan akibat kehidupan yang mereka lalui.
“Satu persatu saya ujian menimpa saya. Cikgu sekolah Shazril ada beritahu yang sejak akhir-akhir ini anak saya nampak seperti tertekan. Dia tak pernah kongsi perasaan dengan saya mungkin sebab dia lebih selesa pendam.
“Kalau boleh, saya tak nak anak saya tertekan dan berusaha untuk dia tak terlibat dalam masalah yang saya sedang hadapi ini,” ujarnya.
– Ashira
Ashira ditemui ketika sidang media memperkenalkan 14 peserta program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh di Envi Skydining, Aras 36, Menara Ta One, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur pada Selasa.
Semoga @ashiraaziz tabah dan kuatkan hati menghadapi dugaan. Lakukan persembahan terbaik di konsert GV nanti ya.
*Sumber: mStar Online