Ashira mengakui lelaki itu adalah ‘crush’ pertama ketika waktu muda dahulu dan mereka bertemu semula serta mengatakan kehadiran lelaki itu membuatkan dirinya kembali ceria.
Baru-baru ini, perkongsian Ashira di aplikasi TikTok menjadi perhatian ramai yang tidak dapat menahan ketawa apabila dituduh ‘gila jantan’ oleh sesetengah pihak.
Meskipun dituduh sedemikian, namun Ashira dilihat tidak mudah melatah malah sempat membuat lawak dengan teman lelakinya mengenai perkara tersebut.
“Abang E (panggilan Ezuan) ceritanya begini, ada orang cakap saya gila ‘menjantan’. Jadi, saya gila atau mereka yang gila?,” kata Ashira.
Perkongsian Ashira itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan soalan lucu diajukan oleh penyanyi itu buat kekasihnya.
Sebelum ini, Ashira berkata dia belum terfikir untuk kembali mendirikan rumah tangga apatah lagi dia masih trauma selepas dua kali gagal dalam perkahwinan.
Terdahulu, Ashira berkahwin dengan penyanyi Bad Indigo pada 11 Mac 2021 namun mengumumkan penceraian pada Jun lalu.