Menurut penyanyi muda itu, dia memilih untuk tidak menayang kememawahan yang dimilikinya kerana beranggapan ia bukanlah kelebihan.
Ditanya berkenaan sambutan raya, Asad lebih gemar menikmati Hari Raya Aidilfitri sewaktu tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mungkin pelik bagi segelintir pihak, namun bagi saya beraya ketika masa PKP adalah masa kegemaran saya. Ini kerana semuanya ‘stucked’ dalam rumah yang sama.
Dan kita berpeluang untuk menjalani ibadah berpuasa dan beraya dari awal sehingga akhir bersama-sama. Sebelum ini, kita tidak dapat duduk semeja kerana tuntutan kerja dan sebagainya.
Jadi saya betul-betul memanfaatkan PKP. Jika dibandingkan dengan PKP dan beraya dengan keadaan normal, saya jujurnya merindui momen itu.Bagi saya, sambutan raya keluarga saya biasa-biasa saja.
– Asad Motawh