in , ,

ARUNSAYFULL Perkenal Konsep Metamorphaseas di KLFW 2023

Selepas ‘puas’ dengan kemunculan sulung di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) tahun lalu, kali ini jenama fesyen ARUNSAYFULL muncul buat kesekian kalinya di pentas KLFW 2023.

Mengetengahkan 25 rekaan menerusi koleksi yang diberi nama Metamorphaseas, kali ini ARUNSAYFULL memilih rona hitam, putih dan biru sebagai simbahan kemewahan di setiap cebisan rekaannya. 

ARUNSAYFULL Perkenal Konsep Metamorphaseas di KLFW 2023

Tema yang dipilih ARUNSAYFULL kali ini, diinspirasikan dari keindahan lautan Atlantik dan keajaiban hidupan di dasar laut. 

Metamorphaseas diilhamkan ARUNSAYFULL di dalam deretan rekaan mewah bersama perincian menikam kalbu dengan penggunaan 3 fabrik utama iaitu sutera satin, sutera dan shantung. 

ARUNSAYFULL Perkenal Konsep Metamorphaseas di KLFW 2023

Bukan sekadar rekaan untuk golongan wanita sahaja, namun ARUNSAYFULL mengambil selangkah ke depan dengan menyenaraikan rekaan untuk golongan lelaki. 

“Alhamdulillah sejak pertunjukkan pertama di KLFW tahun lalu, martabat jenama ARUNSAYFULL telah meningkat di mata pelanggan dan kepercayaan mereka terhadap kualiti rekaan kami juga bertambah baik. 

“Buat pertama kalinya di dalam sejarah ARUNSAYFULL, kami akan menampilkan koleksi termahal yang pernah kami lahirkan sepanjang kami bergelar pereka fesyen. 

“Malah buat julung kalinya juga, kami memaparkan koleksi lelaki dengan sentuhan tersendiri dan mewah” kata pereka fesyen duo berkenaan. 

ARUNSAYFULL merupakan sebuah jenama tempatan yang terdiri daripada 3 pereka muda yang sangat berbakat besar iaitu Arun Mateen berusia 28 tahun yang berasal dari Kuantan, Pahang manakala Saiful Izham yang berusia 36 tahun yang berasal dari Kulim, Kedah. 

Rekaan adi busana mereka sentiasa tidak mengecewakan kerana mempunyai citarasa mewah, unik dan lain daripada yang lain. 

Rekaan ARUNSAYFULL juga cukup dikenali dengan potongan dan pemakaian material yang mewah serta perincian mahupun sulaman manik yang mewah. 

ARUNSAYFULL percaya, dengan perubahan ‘climate’ fesyen ketika ini, membuatkan mereka berani untuk mengetengahkan rekaan jejaka yang turut menyumbang kepada ‘purchasing power’ dalam berpakaian. 

ARUNSAYFULL Perkenal Konsep Metamorphaseas di KLFW 2023

“Kami melihat jejaka masa kini lebih cenderung membelanjakan wang mereka untuk berfesyen. Di mana kami percaya sebagai usahawan kita perlu lebih inovatif dalam mempelbagaikan produk rekaan untuk lelaki mahupun wanita. 
“Untuk rekaan lelaki, kami menampilkan potongan yang lebih maskulin. Sementara untuk koleksi wanita, kami menggunakan material dan potongan yang mewah dan bercitarasa antarabangsa,” 

– ARUNSAYFULL

Sesuai dengan rekaan ARUNSAYFULL yang mewah dan berani, mereka memfokuskan untuk mendapat perhatian golongan elite dan juga fashionista. 

KLFW merupakan impian setiap pengamal fesyen industri kerana acara ini adalah acara tahunan yang paling dinantikan oleh pengemar fesyen dan untuk berada di pentas berprestij ini pastinya terdapat pelbagai halangan dan cabaran. 

ARUNSAYFULL Perkenal Konsep Metamorphaseas di KLFW 2023
ARUNSAYFULL Perkenal Konsep Metamorphaseas di KLFW 2023
ARUNSAYFULL Perkenal Konsep Metamorphaseas di KLFW 2023
ARUNSAYFULL Perkenal Konsep Metamorphaseas di KLFW 2023
ARUNSAYFULL Perkenal Konsep Metamorphaseas di KLFW 2023
ARUNSAYFULL Perkenal Konsep Metamorphaseas di KLFW 2023
ARUNSAYFULL Perkenal Konsep Metamorphaseas di KLFW 2023
ARUNSAYFULL Perkenal Konsep Metamorphaseas di KLFW 2023

LATAR BELAKANG ARUNSAYFUL 

ARUNSAYFUL merupakan sebuah jenama yang terdiri daripada pereka-pereka muda berbakat besar iaitu Arun Mateen yang mengemari warna hitam dan moto kehidupannya ‘keyakinan diri dan kerja keras akan selalu membuat anda sukses’. 

Manakala Saiful Izham pula menggemari warna hijau dan moto kehidupannya adalah ‘sukses tidak datang kepadamu, kamu harus pergi ke sana’. 

Gabungan ini terjadi apabila dua sahabat ini pada awalnya mempunyai label fesyen masing-masing yang kemudian bersepakat untuk mewujudkan jenama ini. 

Sedikit mengenai latar belakang ARUNSAYFULL merupakan sebuah jenama tempatan yang menyediakan adi busana bagi mereka yang menginginkan suatu rekaan yang tampak unik dan lain daripada yang lain. 

Rekaan ARUNSAYFULL juga cukup dikenali dengan potongan dan pemakaian material yang mewah serta perincian mahupun sulaman manik yang mewah. 

Meskipun nama ARUNSAYFULL agak baru dalam arena fesyen Malaysia namun mengikut statistik yang dikaji oleh pereka ini, mereka mendapati agak ramai yang mengenali jenama Arunsayfull dek kerana kedua-dua pereka ini sering memberi impak baru dalam rekaan yang pada setiap koleksi. 

ARUNSAYFULL Perkenal Konsep Metamorphaseas di KLFW 2023

BIODATA ARUN 

Nama: Arun Marteen
Usia: 28
Asal: Kuantan, Pahang 

Kerjaya Tetap: Pereka Fesyen 

Horoskop: Capricorn
Warna Kegemaran: Hitam & Biru
Destinasi Pelancongan Idaman: Iceland
Moto Kehidupan: Amalkan persaingan sihat dan sentiasa berfikiran positif. 

BIODATA SAIFUL 

Nama: Mohd Saiful Izham Bin Ahmad 

Usia: 36
Asal: Kulim, Kedah
Kerjaya Tetap: Pereka Fesyen 

Horoskop: Gemini 

Warna Kegemaran: Hijau

Koleksi Arunsayfull untuk KLFW 2022
Destinasi Pelancongan Idaman: Switzerland
Moto Kehidupan: Be the best that you can be and focus your future. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Da’ie Syed Nekad Mahu Saman Dua Wanita Sebarkan Semula Fitnah

Lagu UNTUKMU Feminin Bakal Jadi Runut Bunyi Drama GADIS MUZIKAL