Artis yang terlibat adalah Aizat Amdan dan juga bintang Hip Hop berhijab dan berbaju kurung terbaru Malaysia, Bunga. Mereka turut serta membantu memunggah dan menyerahkan kemeja-kemeja T tersebut di Hospital Kuala Lumpur hari ini. Menurut Pengurus Bahagian Antarabangsa Warner Music Malaysia, Yee Lisan,
“Ini hanyalah sumbangan kecil daripada Warner Music Group kepada para adiwira yang memerangi COVID 19.
Kami ada stok barangan berupa kemeja-t berkualiti yang akan terbazir begitu sahaja jika tidak digunakan, jadi saya rasa ini suatu usaha yang murni dan saya menyeru semua artis dan juga syarikat rakaman yang mempunyai lebihan stok cenderahati daripada kempen sebelum ini untuk sama-sama menderma kepada mereka yang memerlukan pada masa kini,”
– Yee Lisan
“Sumbangan kami ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan besar para pekerja ‘frontliners’ yang sanggup bergadai nyawa demi membantu rakyat Malaysia di kala ini.
Kami diberitahu bahawa para pekerja perubatan akan menyalin pakaian mereka di tempat kerja dan memakai kemeja-kemeja T ini apabila merawat para pesakit Covid 19.
Kami juga menghargai bantuan para artis Warner Music Malaysia iaitu Aizat Amdan, Andi Bernadee dan juga Bunga yang sudi meluangkan masa untuk membantu melaksanakan aktiviti ini,”
– Shah Shamshiri, Pengurus Bahagian Domestik Warner Music Malaysia.
Pihak Warner Music Malaysia berharap agar bantuan sekecil ini dapat meringankan beban para kakitangan ‘frontliners’ yang memerangi pandemik COVID 19 ini dan berharap agar pandemik COVID 19 ini akan hilang dalam masa terdekat.
Aizat Amdan juga baru melancarkan single terbarunya yang berjudul “DUP DUP”, yang turut menampilkan Bunga sebagai bintang undangan.
#kitajagakita #kitamestimenang