Tiga tahun selepas klip nyanyian anak muda ini tular di media sosial, Shazriq Azeman, kini hadir bersama teman-teman dengan lagu baharu. Persembahan nyanyian rangkaian lagu-lagu “Kamelia” (Sweet Charity), “Fall For You” (Secondhand Serenade) dan “Bohemian Rhapsody” (QUEEN) semasa acara “Clash of Talents” di UiTM Puncak Perdana membantu memperkenalkan bakat beliau kepada orang ramai.
Shazriq, 23, pernah menerbitkan lagu “Sesuatu Yang Takkan Mungkin” pada Januari 2019. Kini tiba masanya untuk menampilkan lagu dan strategi baharu. “Bebas”, ciptaan dan nyanyian Shazriq bersama pendatang baharu ke gelanggang industri muzik tanah-air, Le Mahar, Afaro dan Aizi. Ia mengisahkan perhubungan yang toksik antara pasangan kekasih.
Lagu genre “power-pop” memperagakan suara padu berkuasa dari Shazriq dan juga rangkap verse dari temannya Le Mahar. Lagu ini disusun, rakam dan diterbitkan oleh duo produksi, Afaro dan Aizi dari Reka Sounds.
“Pandemik Covid-19 yang melanda dunia hampir 2 tahun ini telah memberi impak yang sangat besar kepada semua termasuklah dunia kreatif. Saya tidak mahu tunggu lagi. Saya rasa tiada masa lebih sesuai untuk saya keluarkan lagu dan melakarkan strategi baharu dengan lagu Bebas.
Dengan dukungan syarikat Some Madd Records dikendalikan ahli keluarga saya sendiri dan edaran Alternate Records & Talents, saya yakin saya boleh bangkit semula sebagai anak seni dalam era norma baharu,”
– Shazriq
Bebas juga menjadi runut bunyi untuk drama bersiri Samarinda Terlerai Noktah yang disiarkan di TV3 bermula 26 Ogos 2021 dan juga Disney+ Hotstar pada pukul 10:00 malam.
Lagu Bebas edaran Alternate Records & Talents nyanyian Shazriq Azeman ini juga turut menampilkan Le Mahar, Afaro dan Aizi dan boleh didengarkan di semua pelantar digital bermula 27 Ogos 2021.
Lirik Lagu BEBAS
Lirik & Komposisi: Shazriq Azeman, LeMahar, Afaro & Aizi
Jurutera Rakaman: Afaro & Aizi
Disusun & Dihasilkan oleh : Afaro & Aizi
Adunan oleh : Afaro & Aizi
Mastering: Afaro & Aizi
Bebaskan dirimu dari ikatanku,
Tinggalkan wangianmu untuk ku dakap selalu.
Biarkan diriku bersuarakan syahdu,
Lepaskan genggaman mu.
Janji-janjimu hanyalah
boneka harapan buatku,
Kata hatimu dikaburi
bayangan kata-katamu.
Jadi biarkan aku pergi dulu,
demi luka-lukamu membisu.
Pergi jauh dari hidupku,
Kembalikan senyumanmu.
Rap:
Aku tahu aku banyak buat salah,
Aku tahu aku orang banyak helah,
Malah, seringkali menyakitkan,
Kau perlu menjauh kerna ku bagai alahan.
Segala desahan, desakkan yang kau rasa,
Segala buatan salah yang ku buat dengan bangga,
Bukan kush, tapi kita terap barai, Elok tutup tirai sekarang masa untuk surai.
Rap Verse 2:
Ini bukan Disney, bukan Beauty and the Beast,
Kau bagai bidadari, ku pula bagai iblis,
Ya aku kekurangan dan hati engkau sangat tulus,
Apa ijazah cinta kalau hanya sekadar lulus.
Aku tahu aku hanya dalam bayang,
Ku tak cukup sempurna untuk cinta kamu sayang,
Jadi mengapa tangguh, terima yang ku cadang,
Tak guna kalau bincang, tak guna kalau bersidang
Cahaya dalam gelita.
Ketulusan mempersona.
Ku terpedaya.
Janji-janjimu hanyalah boneka harapan buatku.
Jadi biarkan aku pergi dulu,
demi luka-lukamu membisu.
Pergi jauh dari hidupku,
Kembalikan senyumanmu.