in , ,

Artis Ternama Negara China Rakam Lagu Ciptaan Faizal Tahir

Satu pencapaian membanggakan buat karya tempatan apabila lagu X Missing You hasil ciptaan Faizal Tahir, Ja’a, Mage, Mike Chan, Tuju dan Yonnyboii diadaptasi dalam versi antarabangsa nyanyian penyanyi terkenal dari China dan Hong Kong iaitu G.E.M menerusi I’ll Be Missing You (Versi Mandarin).

Kolaborasi antara kedua pihak iaitu Faithful Publishing selaku penerbit lagu itu dengan pihak G.E.M sekaligus membuktikan lagu nyanyian asal Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Tuju dan Yonnyboii punya kualiti tersendiri.

Dalam masa sama, kerjasama kedua pihak ini dilihat sebagai pembuka jalan untuk Faithful Publishing meningkatkan eksport lagu ke luar negara seterusnya memperkenalkan lagi kekuatan dan penciptaan lagu anak seni tanah air.

Pengarah Penerbitan Faithful Publishing, Karim Karam berkata, adaptasi lagu X Missing You kepada I’ll Be Missing You nyanyian G.E.M adalah satu pencapaian dan penghargaan buat pencipta lagu tanah air.

FT2

“Proses rundingan ini mengambil masa lima bulan. Apabila ia berhasil, perkara ini dilihat mampu meningkatkan nilai eksport lagu tempatan ke peringkat antarabangsa. 

“Ini adalah langkah kecil yang pertama dalam usaha Faithful Publishing untuk meningkatkan eksport lagu tempatan ke pasaran antarabangsa. Dalam dunia digital hari ini, pencipta lagu dan syarikat penerbitan harus mempunyai pandangan yang lebih luas dan karya ciptaan mereka mampu untuk bersaing di peringkat global,” katanya.

Sementara itu, penyanyi dan komposer lagu ini, Faizal Tahir mengakui tidak pernah menjangkakan sama sekali lagu ciptaannya diadaptasi dan dinyanyikan bintang antarabangsa.

“Alhamdulillah, sebagai seorang komposer dan penerbit sudah semestinya kita mahu pendengar menerima lagu kita dengan baik. Tapi untuk dinyanyikan oleh penyanyi dari luar negara bukan sesuatu yang saya jangkakan. Jadi sudah semestinya saya menerima dengan baik dan teruja dengan tawaran ini dari mulanya ia diberitahu kepada saya. 

“Lebih lebih lagi jika ia mampu membuka pintu dan ruang untuk pengkarya tempatan seperti saya untuk dapat berkongsi idea dan bekerjasama dengan artis luar sekaligus menaikkan peluang komposer atau penerbit lain di Malaysia untuk turut melakukan sedemikian,” katanya.

KARIM_KARAM_1

Berkongsi mengenai keunikan lagu X Missing U sehingga berjaya dibawa ke pasaran antarabangsa, Faizal berkata ia terletak pada gabungan empat vokal dan karakter yang berbeza dalam lagu ini.

“Melalui nyanyian Dayang Nurfaizah, Yonnyboi, Tuju dan saya sendiri, bagi saya ini adalah kekuatan dan keunikan lagu ini. Setiap penyanyi membawa karakter tersendiri yang sangat unik dengan penyampaian yang sangat baik. Saya berpendapat itulah yang  menjadi penarik perhatian kepada lagu ini sehingga ada artis luar yang berminat untuk menyanyikannya,” katanya.

Untuk rekod, lagu I’ll Be Missing You nyanyian G.E.M yang baharu saja dilancarkan sudah berada dikedudukan #3 lagu baharu di China, tersenarai dalam playlist Music 163 China yang mempunyai 2.4 billion strim dan berada di kedudukan #3 carta trending YouTube di Taiwan dan #18 di Hong Kong.

GEM3

Sedikit info mengenai G.E.M atau nama sebenar Gloria Tang Tsz-kei, dia menjadi artis wanita paling laris di China dan Hong Kong. Dia juga penyanyi Mandopop wanita pertama yang mencapai 100 juta tontonan di YouTube dengan tiga video muzik .

G.E.M juga satu-satunya bintang pop China dalam senarai BBC 100 Women dan Forbes 30 under 30.

Berikut disertakan pautan laman sosial Instagram dan YouTube G.E.M serta lagu I’ll Be Missing You.

https://www.instagram.com/gem0816/

Pautan untuk I’LL BE MISSING YOU

https://gem.lnk.to/bemissingyou

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CAHAYA 004 KITAB BASAH

Cukup Unik! Ini Ulasan Pementasan CAHAYA 004 KITAB BASAH

Modek Samsung Soundbar Yang Manakah Sesuai Untuk Anda?