in

Artis Popular Tanahair Meriahkan Kejohanan E-Sukan Kampus Hujung Minggu Ini!

Sebuah kereta Honda Hybrid Jazz turut menanti penonton bertuah

Lebih ramai artis terkenal tanah air bakal memeriahkan #KEKJAM bersempena Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus Zon Tengah yang bakal berlangsung 5 dan 6 Oktober ini bertempat di Dewan Berlian, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor. 5 artis popular seperti Wany Hasrita, Nabila Razali, Haqiem Rusli, Muna Shahirah dan Amir Hasan akan meneruskan menghiburkan penonton dalam satu konsert mini yang bukan sahaja menghimpunkan bakat-bakat e-sukan IPT tempatan tetapi juga peminat-peminat mereka.

IMG_5675

#XPAXKEK menghimpunkan lebih 18 artis popular tanah air yang akan bersama-sama memeriahkan lagi pencarian bakat e-sukan dari kalangan pasukan IPT tempatan. Terdahulu, #KEKJAM telah dimeriahkan oleh Indah Ruhaila dan Aman Aziz di Zon Borneo yang telah berlangsung di Unimas, Sarawak dan Zon Selatan yang berlangsung di Paradigm Mall, Johor Bharu pula telah dimeriahkan oleh Harris Baba, Wani Kayrie dan Afieq Shazwan.

Antara artis popular lain yang bakal memeriahkan #KEKJAM di #XPAXKEK ini adalah Hael Husaini, Ernie Zakri, Ara Johari, Ismail Izzani dan Naim Daniel. Turut bersama memeriahkan lagi #KEKJAM adalah Tajul, Tuah Adzmi dan Zack Zakwan.

Setelah berjaya menganjurkan XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 1 (#XPAXKEK), Media Prima Digital dan Celcom Axiata Berhad meneruskan penganjuran edisi kedua kejohanan e-sukan tersebut, dalam misi mencari bakat-bakat terbaik dalam kalangan pasukan e-sukan kampus di institusi pengajian tinggi seluruh negara, untuk merebut hadiah tunai terkumpul bernilai RM 180,000.

Dianjurkan MyGameOn, portal permainan kendalian Media Prima Digital, dengan kerjasama rakan strategik e-sukan Kitamen, acara ini akan diadakan di lima zon berbeza di seluruh negara. Selepas berjaya menarik lebih 17,000 pengunjung dan 2.2 juta tontonan video dalam edisi sebelumnya, kali ini, #XPAXKEK akan mempertaruhkan dua judul permainan mudah alih popular di dunia, Mobile Legends Bang Bang dan PUBG Mobile ke dalam arena di mana setiap pasukan berpeluang mempamerkan skil masing-masing untuk merebut hadiah tunai terkumpul RM 180,000!

Pemenang setiap zon kemudiannya akan bertanding di ‘grand final’ untuk merebut kejuaraan utama akhir November ini di Kuala Lumpur. Kampus dengan mata terkumpul paling banyak berpeluang membawa pulang biasiswa bernilai RM 50,000, tajaan jenama belia unggul Celcom, Celcom XPAX, sebagai salah satu inisiatif mereka memperkasa e-sukan di Malaysia. 

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali berkata “Kami sangat gembira dengan kejayaan dan maklum balas positif yang diterima berkenaan #XPAXKEK. Melihat kepada komuniti e-sukan yang terus berkembang, #XPAXKEK bukan sahaja bertindak sebagai platform untuk mencari bakat-bakat muda kita tetapi turut sama melibatkan penyertaan akar umbi di seluruh Malaysia. #XPAXKEK bukanlah sekadar acara hujung minggu; ia adalah acara untuk mendidik, menghibur dan membantu komuniti e-sukan tempatan meluaskan sayap serta potensi dan peluang karier mereka di masa hadapan

Menariknya kali ini, penonton yang menonton penstriman secara langsung perlawanan #XPAXKEK berpeluang membawa peluang sebuah kereta Honda Jazz Hybrid, tajaan Honda Malaysia. Mereka hanya perlu menonton kesemua strim #XPAXKEK dan mengumpul 4 kod rahsia yang akan dikeluarkan di setiap zon. Mereka perlu membina ayat kreatif menggunakan kod-kod rahsia tersebut dan pemenang dengan ayat paling kreatif akan diumumkan di Kejuaraan Grand Finale di The Curve, Damansara akhir November ini.

Edisi kedua #XPAXKEK akan turut menampilkan beberapa elemen seperti mendidik belia menerusi siri forum e-sukan bersama pemain industri, KEK Trial di mana pengunjung berpeluang memenangi hadiah menarik dengan menyertai permainan yang ditawarkan selain mencuba pengalaman permainan lain yang ada. Selain itu, Legion daripada Lenovo akan turut menganjurkan perlawanan terbuka permainan CS : GO di mana pemenang berpeluang membawa pulang monitor dan komputer Lenovo.

Minggu ini, #XPAXKEK akan berlangsung di Zon Tengah menemukan 32 pasukan terbaik dari negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Butiran adalah seperti berikut:

Tarikh : 5 & 6 Oktober 2019 (Sabtu & Ahad)

Masa : 10 pagi – 6.00 petang

Lokasi   : Dewan Berlian, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam

Pengunjung boleh mengetahui lebih lanjut tentang #XPAXKEK di www.mygameon.my serta laman Facebook rasmi MyGameOn. Untuk rekod, #XPAXKEK Semester 1 berjaya menarik lebih 17,000 pengunjung dengan lebih 2 juta tontonan video di Facebook & YouTube.

#XPAXKEK Semester 2 dicetuskan secara eksklusif oleh Celcom XPAX. #XPAXKEK Semester 2 turut diaktifkan Legion by Lenovo, Honda Malaysia, Realme Malaysia, Malindo Airways, Rohto Mentholatum, Lazada, Fitlion, Royale Chulan Hotel & OYO Hotels. #XPAXKEK Semester 2 disokong MDEC, Mobile Legends E-Project, KBS & ESM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapakah Bakal Juara Big Stage 2019?

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem SADAKO 贞子